Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Tuesday 31 May 2011

PEMIMPIN MINGGU DESTINI SISWA 2

Assalamualaikum WBT

Ahlan wahsalan?
Harap2 semua sihat disisi Allah yang penyayang.

Pertama sekali, ana mahu mohon maaf kerana tidak dapat meng’post’ coretan pasal PMDS kali ini lebih awal.  Almaklumlah sesangat sibuk bila sudah mula kuliah ini.  Huhu^.^
Dan juga kesihatan yang tidak mengizinkan ana online.

PMDS kali ini sangat best and special, nak tahu kenapa? Sebab kursus 3hari 2malam di Melaka, dapat kenal OC baru, dan kursus kali ini lebih relax dari kursus yang lepas, ala-ala santai kali ini.  Seperti kursus lepas, oc-oc dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 1 Nation OC, Tunder Cat, dan K.A.M.I.  Ana dalam group K.A.M.I, nak tengok tak logo dan trendmark group K.A.M.I yang menjadi juara.hehe...




Ha, kalau nak tahu yang istiqamah itu, idea ana lah..sukalah istiqamah! Hehe...
Apa pendapat anda mengenai poster group K.A.M.I ini?boleh jadi juara lak tu.
Alhamdulillah...

Sekarang, ana nak ceritakan ketika oc-oc dapat berjalan ke bandar Melaka.  Ana tak beli apa-apa pun, hanya jalan-jalan (sebab pernah pergi sebelum ini, boleh pergi lagi dengan family lak) huhu^.^

Inilah wajah2 bandar Melaka







Turut tidak ketinggalan pemandangan yang paling ana sukai.  Dimana ada laut, disitu ada ana untuk merakam suasana ciptaan Allah.  SubhanAllah...
=)





Seterusnya, kami kembali ke Perak untuk bertugas disana.  Itulah kursus yang santai, dan telah tiba pula saat menyibukkan diri sampai tidak cukup rehat, tapi nak buat macam mana, dah tugas.  Ana demam seminggu, mungkin perubahan cuaca yang menyebabkan tidak sihat.  Sampai saat ini juga, ana masih batuk-batuk lagi.  Inilah namanya dugaaan supaya kita dekat dengan Allah SWT.kan?hehe..siapa setuju angkat tangan! Hehe....

Tibalah saat yang semua oc-oc tunggu, bertugas! Alhamdulillah, ana masih kekal di Biro Protokol (biro popular..hahaha).  Disini ana memanjatkan kesyukuran pada Ilahi, kerana buat pertama kalinya ana jadi pengacara majlis tanpa rasa gementar, dan setelah 2 semester dalam biro ini, alhamdulillah sangat ana dapat pelbaga pujian.syukur3...huhu^.^
Semoga ana dapat terus kekal dan sentiasa dapat menambah prestasi..aminn...

Antara gambar2 ketika bertugas..

Dewan tempat ana bertugas.


Seperti biasa, walau ana tidak suka pakai tudung putih kalau dah tugas, terpaksalah.hee...


Ini adalah hari ke-3 bertugas, pendaftaran HEA (Hal Ehwal Akademik).



Gambar di atas ini, masa malam oc habis kursus, ramai tak oc siswi? Malam ini juga ana secara mengejutnya dipilih menjadi MC untuk majlis perasmian oleh TP HEP.  Saat ini ana masih gementar sebab tidak sedia teks dan terpaksa jadi secara mengejut, walau ana ada buat silap,tetapi mereka masih memuji suara ana lunak, waduh...tak tahu macam mana gemuruhnya darah berdiri kat podium atas pentas.hee..alhamdulillah, masa bertugas ana tidak gementar..terima kasih pada Abg Subuh, Abg Nazri dan Abg Lan, tidak lupa juga pada MPP Exco Komunikasi dan Korporat Exco Perhubungan Alumni dan Kampus, Amalina Rashid (AR) yang banyak mengajar dalam menjadi pengacara majlis yang baik, dan kepada Abg Wan the master of the sifu..hehe..tq so much!



Alhamdulillah..selesai sudah tugas2 kami sebagai oc pada semester ini.  Pada esok harinya, ana dan rakan2 oc lain pergi merehatkan diri, hehe.  Mula2 pergi kenduri kawan ayah, anak beliau kahwin, baru kami berjalan2 dan membeli barang keperluan sebelum hari-hari ‘busy’ kuliah bermula.huhu^.^


Sekian, maaf ya kepada yang tertunggu ana update blog.
Terima kasih sudi menunggu dan setia, semoga Allah bersama-samamu.

Kepada ibubapa ana yang masih menanti kepulangan ana, semoga Allah mengurniakan kalian kesihatan yang baik.  Ana rindu nak suap mama ayah makan. =)


Wassalam.

Monday 16 May 2011

SubhanAllah... Ciptaan Allah yang ku kagumi...

Assalamualaikum wbt

"LAUTAN"

Dengan nama Allah yang Maha Kuasa...

Alhamdulillah...
Sebelum berakhirnya cuti saya di rumah ini, saya ingin berkongsi tentang ciptaan Allah, dan juga minat saya pada ciptaan Allah ini.

LAUT, apa yang terlintas difikiran anda semua jika disebutkan perkataan ini?  Secara fizikalnya, anda pasti akan menjawab suatu tempat atau kawasan yang dipenuhi air yang sangat luas.  Bagi ana, laut adalah simbol yang tenang.  Mahu lihat tak? gambar yang saya ambil bila ke laut.

 Gambar ini di kampung saya, Dataran Kerang Telok Sengat, Kota Tinggi Johor


Lumut


 Laut Manjung, Perak


Lumut, jalan-jalan dengan keluarga =)


Hutan Paya Bakau, Perak

Syukran Ya Habibi...

Assalamualaikum wbt

Dengan nama Allah yang sebaik Pemberi Ganjaran..
 
Adam...
Hawa mengerti dengan apa yang Adam cuba sampaikan, malahan Hawa juga kagum dengan azam Adam dalam meneruskan hidup sebagai seorang khalifah, juga dalam usaha mencari ilmu.  SubhanAllah...
Selama kenalan kita, Hawa boleh mendefinisi Adam sebagai seorang yang baik, Hawa terpesona dengan peribadi yang dimiliki Adam.  Seorang Adam menjadi idaman seorang Hawa, mempunyai ciri-ciri yang soleh. Hawa kagum saat Adam mengatakan "untuk menjaga pemikiran kita".(Masjid An-Nur.) Hawa kagum Adam yang menjaga setiap tutur kata, menjaga kesucian hati dan fikiran.
 
Adam...
Hawa tahu kalau perpisahan itu pahit, Hawa juga merasakan yang sama.  Hawa sungguh kagum dengan sifatmu, yang cepat sedar akan siapa diri kita, hanyalah seorang Khalifah.  SubhanAllah...

Adam...
Hawa juga mengedari bahawa Hawa merasakan perasaan yang sama.  Persamaan kita, ice lemon tea, hehe...Namun, kita sama-sama mempunyai komitmen dan masa hadapan yang menjadi sandaran dan harapan keluarga kita, juga tugas kita sebagai khalifah, sebagai anak, dan sebagai pelajar.

Adam...
akan Hawa ingat kata-kata Adam..
"mungkin Adam ada disini untuk mengubati luka hati Hawa yang begitu dalam.... mengembalikan jiwa Hawa sebagai makhluk yang harus tetap maju kedepan!.."
Terima kasih ya Allah..menemukan Adam yang membantuku menyedari hakikat sebenar.
Hawa akan terus pandang ke hadapan, terima kasih atas sokongan Adam.  

Terima kasih Adam atas peribadi mu yang mulia.
Pesan ku,
"Jadilah dirimu kumbang yang hebat
dan doakan ana agar menjadi bunga yang mekar"

Akan Hawa doakan kejayaan Adam di dunia dan akhirat...
Gambate!!!


"Ya Allah
kurniakanlah ku perasaan cinta padaMu
CINTA yang melebihi cinta kepada seluruh ciptaanMu
dan jadikanlah ku hambaMu yang engkau redhai..aminn..."


 
" Sampai jumpa kelak ditempat yang diredhai oleh Allah SWT 
(dan minum ice lemon tea.)hehe^.^ "

Wallahu'alam..
Wslm...

Sunday 15 May 2011

oh Ayah oh Ibu....

Assalamualaikum wbt...
Apa khabar semua..harap2 sihat gitu...
huhu^.^
Alhamdulillah..
Hari ini selesai konvokesyen kak ngah...
Walaupun penat seharian di UiTM Shah Alam...
tapi saat yang paling berbaloi buat ana...

Lepas saja ambil gambar kak ngah, saya yang kelaparan terus mencari makan di khemah jualan.
Saya beli nasi ayam dan juga air milo, kemudian saya telefon sama mama, "mama where are you??" hehe...
Mama cakap ayah sudah keluar dahulu, saya bergegas ke tempat yang kak ngah suruh mama dan ayah tuju ke dalam dewan.  Alhamdulillah, tidak sukar saya mencari mama dan ayah dalam keadaan yang sesak bangat ni...huhu^.^

Saya terus ke mama dan ayah.  Mama dan ayah juga menyatakan bahawa mereka sangat lapar, tapi nasi yang saya beli hanyalah sebungkus nasi ayam, keadaan juga mula sesak dengan banjiran ibubapa dan keluarga para graduan merumit saya untuk kembali ke khemah jualan yang jauh.  Kami mencari posisi yang sesuai untuk makan, almaklumlah...kawasan dewan, kami bersama-sama duduk di tepi khemah tempat makan bersama para ibubapa yang lain.  Setelah itu, saya duduk dan membuka nasi ayam tadi, sudah tentu ibubapa saya juga lapar, mana tidaknya dari tengahari kami di sana. 

Kemudian saya mula makan, inilah saat yang paling saya tidak akan lupa seumur hidup saya, saya jarang pulang dek kerana belajar jauh nun di negeri orang, saya sangat bersyukur kerana dapat meluangkan masa bersama mereka...balik pada cerita,saya duduk ditengah-tengah antara mama dan ayah, ayah di sebelah kiri, mama disebelah kanan, saya mula membuka bungkusan nasi ayam tadi, ayah meminta untuk merasa sedikit ayam..namun, apa yang saya lakukan ialah saya menyuap kedua ibubapa saya, ya Allah...saya sangat terharu, saya tidak pernah menyuap ayah dan mama sehingga nasi itu habis, mama cakap "tira makanlah juga nasi itu" tapi saya terus menyuap ayah dan mama makan, saya balas pada mama, "orang muda tidak apa-apa jikalau makan sedikit, nanti tidak muat pula nak pakai baju kebaya ini.", saya terus menyuap ayah dan mama, saya monolog dalam hati 'ya Allah sesungguhnya, saya lapar, tapi saya merasa kenyang menyuap nasi ini ke mulut ayah dan mama, walau hakikatnya dari pagi lagi saya tidak sarapan.' Saya rasa bahagia  dapat menyuap nasi pada mama dan ayah saat mereka masih sihat.

Ya Allah, lindungi kedua ibubapaku saat ana jauh dari mereka, dan di mana mereka berada, rahmati dan berkati ibubapaku..aminn...


Wednesday 11 May 2011

Menghitung hari & The Arrivals

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah...setelah beberapa hari internet di rumah ini ada masalah sikit.  Akhirnya, kembali saya mem'blogger'..hehe..
Sebenarnya, waktu cuti semester yang terluang ini, kadang-kadang tak sabar nak balik UiTM.  Hari apa yang dihitung oleh saya di sini ialah 17Mei ini, saya akan kembali bertugas sebagai seorang  pelajar merangkap Pemimpin Minggu Destini Siswa.  Kami semua akan menghadapi kursus selama 3 hari di UiTM Melaka sebelum menjalankan tugas kami.  Barang-barang untuk pulang semester akan datang sudah 60% siap.  huhu^.^ kejap saja rasa cuti semester kali ini.
Kali ini, saya hendak berkongsi dengan saudara dan saudari tentang siri Al-Masih Al-Dajjal, pernah dengar pasal The Arrivals? Beberapa hari yang lepas, kakak saya bercerita pasal siri ini.  Rasanya ramai sudah tahu pasal siri ini menarik ini, dan dalam masa menghitung hari ini juga saya menonton siri ini.  Untuk makluman lanjut semua, search laman web ini, www.wakeupproject.com dan http://thearrivals.blogspot.com/

Saturday 7 May 2011

NOTHING IS IMPOSSIBLE.....

Through You 
I can do anything
I can do all things
'Cause it's You who gives me strength
Nothing is impossible

Through You blind eyes are open
Strongholds are broken
I am living by faith
Nothing is impossible

I'm not gonna live by what I see
I'm not gonna live by what I feel
Deep down I know that You're here with me
And I know that You can do anything

I believe, I believe
I believe, I believe in you 



p/s : thanks to Shah for give this songs...!

Hancur hatiku..........

Assalamualaikum wbt

Ya Allah...
kenapa saya diduga begini...
saya tidak mampu untuk hadapi semua dugaan ini...
kenapa dia meminta saya untuk mendapatkan kembali perempuan itu sedangkan saya dia tinggalkan...
sekarang dia suruh saya pujuk perempuan yang saya langsung tidak pernah kenal....
yang akan menjalankan hubungan dengan dia....
kau pendusta cinta....
biarlah menjalani hidup ini dengan cinta2 dari Allah...
saya sangat terluka dengan janji awak...
biarlah saya sendirian...

Tuesday 3 May 2011

Hatiku berkata....

Assalamualaikum WBT

Banyak lagi yang saya ingin pelajari, “ana adalah insan biasa yang sering melakukan kesilapan, tapi itu bukan alasan untuk ana berubah demi kebaikan”.  Sebenarnya banyak kekurangan saya, saya ingin menjadi seorang yang positif, saya ingin mempelajari dan memperbaiki diri dan fikiran saya.  Banyak kelemahan saya sebenarnya, sehingga kadang kala saya ingin saja berputus asa dari semuanya.  Astagrafirullahalazim… Kadang-kadang saya menangis kerana tidak dapat melakukan yang terbaik untuk semua.  Namun!!! Saya tidak akan pernah putus asa untuk perbaiki diri saya. Justeru itu, sentiasalah beristiqamah diriku!!!! Saya yakin boleh!!! Dengan izin MU, Ya Rabbi…insyAllah, mudah-mudahan.  Amin….

Saya amat terluka dengan pengalaman lalu, kisah lalu yang sangat menyakitkan saya.  Justeru itu, saya ingin perbaiki diri saya, saya banyak khilaf dan saya minta maaf semua.

Renungan untuk diriku dan dirimu,
Ini adalah dari kitab Allah,
Semoga engkau mengerti saudara,

“tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita,

ALLAH MEMILIHMU!!!!

JANGAN pernah sia-siakan KASIH SAYANG Allah ini.

Surah As Syams : 8 – 10

Maka ALLAH mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
Sesungguhnya BERUNTUNGLAH orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya MERUGILAH orang yang mengotorinya.”

Wallahualam. Hanya Allah sahaja yang tahu.