Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Tuesday 29 May 2012

Doa dan rintihan seorang penghijrah

Assalamualaikum


suatu penghijrahan yang baru memerlukan kekuatan hati...
meninggalkan perkara buruk dan -ve dalam diri yg telah sebati dari kecil..
penghijrah yang baru setahun jagung sangat memerlukan sokongan jiwa dan keadaan sekeliling yang mendorong ke saff Nya...
semoga tabah dan sabar dijalanNya...
semoga dugaan yang menimpa dapat diatasi dengan baik..semoga sentiasa beristiqomah dan bersungguh-sungguh menuju kebaikan hakiki...

#amin ya Rabb ♥

Wednesday 23 May 2012

Tidak semua orang miliki ‘hadiah’ istimewa dari Allah

Assalamualaikum WBT


Tidak semua orang miliki ‘hadiah’ istimewa dari Allah….

Hadiah paling bermakna dalam hidup seorang Muslim itu ialah hidayah.
Kerna...
Hidayah yang akan membentuk seorang Muslim itu akan lebih dan sentiasa mengingati Allah.
Dan beristiqomah dalam imannya.

Memang benar seorang yang bergelar Muslim itu adalah beragama Islam.
Islam satu-satunya agama Allah.

Tapi apakah kita menjalankan semua suruhan Islam sepenuhnya?
Apakah dengan kekurangan itu akan membuat kita sentiasa mencari Dia?
Apakah cukup amalan kita dengan bergelar seorang Islam sahaja?
Apakah cinta pada Islam kita itu sempurna?

Jika kita bosan, apakah kita perlu lakukan untuk mengisi masa lapang kita?
Update status facebook  bahawa kita bosan?
Keluar shopping sama teman-teman?
Bosan melakukan kerja di pejabat?
Bosan menghadiri kuliah?
Bosan dengan rutin yang sama?

Hidayah itu perlu kita cari...
Luangkanlah masa kita untuk menambah keindahan langit dan pemandangan hidup kita.

Ketika di perantauan, untuk menimba ilmu.
Saat ini Allah menyeruku.
Allah telah memberikan ‘hadiah’ yang paling berharga dan tidak akan pernah seseorang dapat memberi ‘hadiah’ sebesar itu.
Dugaan itu sangat  besar bagiku, hingga mahu saja ku putus asa dan berhenti dari bernafas.

“Allah tidak akan menguji hamba-hambanya, melainkan dugaan itu mampu untuk ditanggungnya.”

Ayat itu lalu membuatku kuat.
Hari-hari yang kutempuh seakan-akan pahit segalanya.

Tapi jika ini jalan yang Allah beri untukku tempuh…
Ana harus ikhlas….
Kerna jika hidayah inilah yang akan menjamin akhiratku…
Ana redha…
Ana harus redha akan ketentuan ini…
Bawah lindungan hidayah ini, ana tahu Allah sangat mencintaiku.

Hidayah Allah itu juga, bukan senang diperolehi,..
Cahaya hidayah...
Cahaya itu turun seperti air hujan...
Begitu banyaknya...
Begitu besar rahmatnya pada bumi..
pada makhluk ciptaan Allah..
Namun, adakah hidayah itu kita ambil atau kita endahkan??

(tetiba air mata turun lah pulak...airmata gembira taw kerana dekat dengan Dia..bukan cengeng taw..huhu^.^)
Apakah matlamat mu?
Dimanakah kesudahan kita?

Segalanya kembali pada Allah.

Namun, kita hanyalah manusia biasa yang lemah dan tidak sempurna, doaku sentiasa mengiringi semua umat Rasulullah SAW dan sebagai khalifah Allah..carilah hidayah itu..penuhi hati-hati mu dengan cinta Nya..

Wallahua'lam..

Jaza khAllah bhil khair..

I believe in Allah Faith...hope u too..

Assalamualaikum WBT

By the name of Allah, The Almighty...
I believe in Allah faith...and i hope u feel the same way too, dear.
I had tried so many thing to make me forget about you, to accept others..
But it is seems useless because i never stop thinking of you even though i try so hard.

I believe every Caliph of Allah want to be a good person..
No one face death with a lot of sins...
because after all we will back to Him...

I do believe in Allah faith...

Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah...
Kembalilah yang menyatukan segalanya..Allah..

Berbalik kepada hakikat cinta dan menyintai, jangan ditanya siapa di hati. Hati dan cinta itu sangat luas, sangat subjektif dan sangat mendalam. Jangan berharap menjadi "yang satu" di hati, tapi berusahalah menjadi "Nombor Satu" dihatinya. Cinta manusia tiada yang hakiki. Ia boleh berubah dan diuji.

Kembalikan hati kita kepada Allah. Hati kita juga milik Allah. Kita juga boleh berubah hati bila Allah mengkehendaki. Cuma, bercintalah dengan ikhlas dan menurut syariat. Di waktu cinta itu masih ada, nikmatilah ia dengan sepenuh ikhlas dan tulus kerana apabila hati itu diisi lagi atau berhenti menyintai, sekurang-kurangnya kita pernah berkongsi sesuatu perasaaan yang indah.Perasaan yang dikongsi itu benar.
Berdoalah kepada Allah agar cinta itu sejati, kerana apabila diuji, cinta menjadi semakin hebat dan kuat~atau mungkin juga menjauh.

Allah tidak zalim bila Dia memutuskan cinta antara dua hati- cuma sebenarnya Allah ingin mengajarkan kita tentang sesuatu atau mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi.



Jika  kerana dugaan ini Allah mencintaiku...Anna redha Ya Allah...
Sentiasalah menemaniku kala ujian hebat melanda..
Sentiasalah menguatkan imanku tatkala ujian berat menimpa..
Aminnn...
Lah Tahzan Anna Athirah :)

Wallahua'lam


Wednesday 16 May 2012

Oh, air mata...


Menangislah kalau itu mampu menguatkan mu...
Menangislah kalau air mata itu mampu meredakan kemarahan...
Menangislah kalau air mata itu mampu membuat dendam terurai..
Menangislah kerana sayang akan ikatan darah daging mu...
Menangislah kerana mahu dapatkan sabar...
Menangislah kerana ingin membentuk hati yang sihat, fikir yang baik..
Menangislah kalau itu yang terbaik...
Menangislah...
Wahai marah, wahai dendam, wahai kepuasan hati, wahai angkuh, wahai ego...pergilah dengan air mata kerana cinta tanpa syarat, Allah dan keluarga bahagia.

Kecewa...

Assalamualaikum WBT

Marah?? it is good for us to angry with thing doesn't worthy?? Facebook???

I do admit i cant love any guy anymore in my life since this few years.  After he left, i lost about a couple month, my mind was totally die.  I feel like earth will ended soon.  But, let come back to the basic.  A basic love.  Allah, family and sister. As a muslim we do feel these love, everyday until we get felt bored.  Are you bored with that love??? 

Me, i wont, but i was along time ago.  Now, it is different...i do only have these love.  Why am i suppose to cry because of this?? You dont feel my love toward you...dont be like me...dont.  When you have lost everything in this world except family.  You will realize sooner or later...and i hope when you realize it is not too late has i been through.  Appreciate love from family then a people, called GUY.  It is an advise for myself and for you dear lovely siblings. 

#it is hurt, i dont know should i cry or angry...it is better i cry..because angry will destroy you...jangan pernah menyesal.

Wallahua'lam...


Saturday 12 May 2012

Couple? Nikah? Taubat?

Assalamualaikum WBT


Coretan kali in khas untuk jejaka dan wanita diluar sana dan specially for myself.

Sebut pasal couple, indah memang indah, tapi bila dah indah tu hilang, semua dibuang.  Andai waktu itu dapat kita ulang untuk betulkan semua, untuk mendapat kesedaran awal tapi semua itu pasti tidak akan berlaku.  Apa yang patut dilakukan sekarang, TAUBAT. 

Focus pada apa yang ada dihadapan mata sekarang.  Lihatlah dihadapan kamu, wajah ibubapa...wajah keluarga yang tercinta, cinta yang tidak akan pernah mengkhianati kamu.  Balaslah jasa ibubapa, capailah cita-citamu.  Perbaiki dirimu, biar indah dimata Allah.  Jodoh??? Jodoh itu telah tertulis di Lauh Mahfuz...memilih pasangan hidup menentukan masa depan kita dan juga akhirat kita, haruslah cermat dan penuh ketimbangan... Ingat sayang, kita tidak pernah sunyi, kita punya Allah <3

#hati..tenanglah...


Thursday 10 May 2012

21 Ciri Lelaki Layak Dijadikan Suami

Assalamualaikum WBT



Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-
1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)

17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”

21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

Akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut permintaan pasaran.
Originally by : Syabab Musafir Kasih

Tuesday 8 May 2012

Perkhimatan Berinai Seri Kembangan, Bangi, KL dan sekitarnya

Assalamualaikum WBT

Teman-teman yang dikasihi sekalian..anda dijemput melawat blog henna saya

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=5179954788855764383#template/src=sidebar





#saya masih baru lagi tapi insyAllah semoga menjadi lebih baik seiring banyaknya tempahan dan latihan kepada kawan-kawan saya yang sudi jadi model, adik beradik saya, kaklong, kakngah dan roomate UiTM saya, Intan Syafika..love uolls <3

Syukran jazilan