Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Thursday 27 April 2017

Resepi Ikan Merah Masak Sambal

Assalamualaikum

Ikan merah ni kadang-kadang sedap makan tau lagi2 kalau goreng! Harga pun agak boleh tahan. Hehe

Okay, here we go,

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan merah (dipotong 4, basuh bersih, lumur garam & kunyit)
  • 1 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 sudu sb cili kering/cili giling Puteri (ikut tahap kepedasan)
  • Sedikit belacan
  • Gula dan garam secukup rasa
Cara-cara:
  1. Goreng ikan sehingga keemasan.  Angkat dan tos.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan belacan, goreng sekejap.
  4. Masukkan cili giling, biarkan hingga naik bau dan garing. (pastikan cili garing supaya cili betul2 masak agar tidak sakit perut.
  5. Masukkan garam & gula secukup rasa. Tutup api. Masukkan ikan kedalam sambal dan gaul rata.
Siap! Satu lagi resepi yang simple untuk dimasak. Selamat memikat hati suami!

xoxo,
Anna

Resepi Bayam Tumis Air


Assalamualaikum

Tajuk bunyi simple, tapi Anna percaya ramai juga yang cari menu sama tapi lain-lain cara masak dan perubahan bahan dalam masakkan kan kan kan?? hehe

So, here it is,

Bahan-bahan:

  • 1 ikat sayur bayam
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air (250ml)
  • sedikit ikan bilis
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Tumiskan bawang merah, putih dan ikan bilis sampai naik bau.
  2. Masukkan sos tiram, dan air biarkan mendidih.
  3. Rasa, letakkan garam sekiranya perlu.
  4. Masukkan sayur bayam.
Siap! Hehe. Selamat mencuba.

xoxo,
Anna

Resepi Ikan Bawal Emas Masak Kicap

Assalamualaikum

Ha! masak apa hujung minggu lepas? Lauk memikat hati suami tak? hehe

So, ini resepinya.

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan Bawal Emas (basuh bersih, lumur dgn garam & kunyit)
  • 4 ulas bawang merah (potong)
  • 3 ulas bawang putih (potong)
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis (optional)
  • 3 tangkai cili api (dipotong - optional)
  • kicap manis
  • sos tiram

Cara-cara:

  1. Goreng ikan sehingga garing dan keemasan. Angkat dan toskan minyak.
  2. Tumis bawang merah, putih, halia dan kayu manis.
  3. Masukkan sos tiram, dan sedikit air. 
  4. Masukkan kicap manis, tunggu mendidih sikit, rasa dan tutup api.
  5. Tuangkan kuah kicap tadi keatas ikan yang telah siap digoreng.
Siap! Simple. Hubby pun suka lauk2 ikan ni.

Love,
Anna

Tuesday 18 April 2017

Resepi Tomyam Seafood

Assalamualaikum

Ok, sekarang Anna nak kongsi resepi masakan untuk suami hujung minggu lepas. Oleh kerana, sebelum 9 bulan mengandung ni Anna asyik 2 - 3 kali makan nasi lauk Tomyam dan Telur Dadar. hehe ^_^

Bahan-bahan:
  • 1 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia/lengkuas
  • 1 batang serai
  • 4 helai daun limau
  • 3-4 biji cili padi
  • 1 paket perencah Tomyam
  • 2 kiub pati tomyam Maggi
  • 5 cawan air (satu cawan = 250ml)
  • 4 batang jagung kecil (dipotong serong)
  • 1 batang lobak merah (dihiris bulat nipis)
  • 1/4 sayur kobis
  • 1/4 bunga kobis
  • 3 biji tomato (dipotong 4 atau 6)
  • 6 ekor udang
  • 6 ekor sotong
  • daun sup / bawang / pasley
  • sedikit garam dan gula
  • (pilihan - tambah ayam atau daging, tapi tak jadi seafood lah nanti kan? haha)
Cara-cara:
  1. Tumis bawang besar, merah, putih, halia, serai, cili padi dan daun limau hingga naik bau.
  2. Masukkan perencah tomyam, tumis sampai naik bau jugak.
  3. Masukkan air. Kacau. Kemudian, masukkan kiub pati tomyam tadi.
  4. Masukkan lobak merah, jagung kecil, kobis, bunga kobis dan udang.
  5. Setelah mendidih masukkan sotong dan tomato. (dua bahan ni tak boleh masuk awal nanti sotong terlalu masak liat dan tomato akan hancur).
  6. Sekiranya perlu, masukkan garam dan secubit gula. (rasa dulu sikit, kalau ok, tak payah letak).
  7. Tutup api, letakkan daun sup, bawang, pasley.
Siap! Goreng telur dadar! Makan panas-panas! Wooo.. sedap.

Selamat mencuba!

xoxo,
Anna


Kerna akhirnya kita punya Allah!

Assalamualaikum semua!

Rasanya lama sudah tak berkarya curhat jiwa. Sesuatu yang positif untuk pengisian hati.

Kesibukkan kerja, tugas harian isteri dirumah, as a partime business women. wow life is so challenging!

Sebagai seorang yang bekerjaya itu, ya, memang sibuk, tak pernah habis, tapi lagi tambah penat..bila mengandung dan travel with train and walking. Allahu...bagaimana hati ini bisa istiqomah dalam semua itu? Yang Maha Kuasa, bantulah hamba Mu dalam mencari rezeki yang halal. Tetapkanlah istiqomah dan sentiasa hati ini positif demi mencari redha Mu Allah.

As a wife, sangat mencabar! Dalam masa yang sama, kerja pulak! SubhanAllah. Betapa perlu kuatnya menjadi seorang perempuan untuk dunia akhir zaman. Sama, kerja di pejabat dan dirumah, kerja rumah tak pernah habis, Rumah ku syurga ku, rumah perlu kemas, cantik, bersih, barulah malaikat masuk dan mendoakan penghuninya. Alhamdulillah kalau dapat istiqomah berfikiran macam tu kan?

Sekarang, sebagai penjual! haa gituw... Minat yang mendalam dalam berniaga inai dari 2012, here i am still standing and sell henna! Alhamdulillah masuk 5 tahun bulan Mei ni. Bersyukur juga dapat sokongan suami dan kebenaran untuk terus berniaga. Tapi sejak2 dah nak sarat ni, tak larat nak pegang tiga2 watak ni sekali gus.

Turunnya istiqomah dalam berpositif. Sangat2 meruntun jiwa. Sebenarnya Allah itu sentiasa dengan kita. Kadang kala terlupa dek dugaan ujian kepenatan dalam menjalani kerja seharian. Allahu..maafkan hambaMu ni. Ditambah dengan sakit sebagai penghapus dosa, disitu hamba Mu tersungkur, sungguh kesakitan ini mungkin kerna dosa-dosa lalu.

Yang Maha Pemaaf, ampunilah hamba Mu ini. Sungguh banyak dosa dan noda yang telah hamba Mu lakukan masa lalu.

Kerna hanya dengan mengingat Mu hati ini tenang.

Yang Maha bolak balik kan hati, semoga hamba Mu ini, menjadi ikhlas terhadap kebaikan yang dilakukan kepada orang tua ku. Allah...sungguh itu yang belum sepenuhnya ku dapat. Yang Maha Pemurah, berikalnlah mutiara keikhlasan hati dan jiwa itu. Tunjukkan hamba Mu jalan menunggu keindahan itu.

dan tiada tempat hamba Mu mengadu. Sungguh, kerna akhirnya kita punya Allah untuk segala di langit dan di bumi. Tuntun hati ku ini Allah.

Salam cinta,
Anna

Friday 14 April 2017

Resepi Ikan Selar Goreng Berlada

Assalamualaikum!

Resepi paling simple Anna rasa and sedap!

Bahan-bahan:

  • 3 keping ikan selar
  • 10 biji cili merah
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 asam keping (ganti dgn 1 sudu besar air asam jawa)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Minyak untuk goreng ikan dan tumis
Cara-cara:
  1. Goreng ikan terlebih dahulu.
  2. Blender semua bahan kecuali garam dan gula.
  3. Ikut preference masing2 nak cili hancur or kurang hancur.
  4. Panaskan minyak, tumis cili hingga naik bau / masak.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
Siap! Hidang.

Selamat mencuba!

xoxo,
Anna

Resepi Roti Jala & Kari Ayam

Assalamualaikum!

Ni salah satu lagi resepi yang Anna teringin buat masa pregnant 9 bulan ni..haha
Dia punya tak ingat letih tapi tetap nak buat jugak sebab teringin masak.

So, let see what we need!

Resepi Roti Jala

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung
  • 2 1/2 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air/santan/susu segar (Anna, guna air sbb senang. haha)
  • pewarna kuning ATAU 1/2 pewarna kunyit
Cara-cara:

Masukkan semua bahan dalam blender. (masukkan air dahulu dan diikuti dengan bahan-bahan lain supaya tepung tak melekat kat dasar blender).

Cara lain, kacau dengan pengayak tepung. (macam mama selalu buat, tapi Anna sangatlah nak cepat, hehe).


Resepi Kari Ayam (bersantan)

Bahan-bahan:
  • 12 ketul ayam (terpulang)
  • 2 biji kentang
  • 1  1/2 bawang besar
  • 4 ulas bawang putih 
  • 2 inci halia
  • 1 asam keping (boleh ganti dgn 1 sudu bsr air asam jawa)
  • 1 cawan santan
  • 2 cawan air
  • 1 paket kecil rempah kari Adabi (rendam dgn sedikit air dalam mangkuk)
  • 4 sekawan (buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih) (ada yang resepi tak letak cengkih, bagi yang kurang suka rasa rempah, better jgn letak sebab Anna pun tak suka, haha)
  • 2 pelepah daun kari
  • 2 tangkai cili merah
  • Secubit gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan putih, masukkan halia, 4 sekawan. Tumis sampai naik bau.
  2. Masukkan air asam jawa. Masukkan rempah kari Adabi yang direndam dan daun kari, tumis sampai naik bau / garing sedikit.
  3. Masukkan air. Diikuti dengan kentang, dan ayam. Biarkan hingga mendidih atau bahan empuk sedikit.
  4. Masukkan santan biarkan mendidih. Pastikan kentang empuk dan ayam masak. Masukkan cili merah. Siap!
Simple yet delicious. Puas hati tau dapat buat sendiri, sambil2 masa berselawata tak? Nak bagi suami makan kan? Seronok sangat dapat masak dan tengok suami kita makan dengan selera.

Syukur.

Okay, that's all from Anna. Now, enjoy the photo! Bawak bekal ke office masa tu.




Love,
Anna

Resepi Kuah Lodeh

Assalamualaikum semua!

Lahai...lama sangat tak ber 'blogger'.

Okay, let straight to the point. Resepi dulu untuk masakan 2-3 orang. Kenapa sikit sgt? Selalunya Anna dengan hubby je makan. So portion sikit lah. Jimat. Kdg2 makan panaskan balik ni kurang selera sejak Anna pregnant ni.

Bahan-bahan:

Untuk bahan kisar:

  • 2 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sudu besar udang kering

Untuk bahan masak:

  • 5 batang kacang panjang - dipotong pendek
  • 2 biji kentang - dipotong dadu/kecil
  • 1 batang carrot - dipotong 1" tapi nipis
  • 1/4 biji kobis - dihiris
  • 1 ikat soo hoon - dipotong pendek dan di rendam
  • 2 keping tahu kering (fucuk) - dipotong kecil dan di rendam
  • 2 keping tempe - dipotong pendek
  • 2 keping tauhu (Anna guna tauhu petak kering, jgn konfius dengan tahu kering fucuk tau!)
  • 2 batang cili merah - di potong serong
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 1 /2 cawan air (tergantung nak kuah cair atau pekat, Anna prefer cair sebab terbuat pekat hari tu so tak dapat nak panaskan lagi).
  • 2 cawan santan
  • garam & sedikit gula
  • minyak untuk menumis

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar. Masukkan serai yang dititik.
  2. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yang dipotong tadi. Masak hingga sedikit empuk. (Jgn terlebih empuk nnt hancur).
  3. Masukkan carrot dan kacang panjang. Gaul sebati.
  4. Masukkan kobis, soo hoon, fucuk, tempe, dan tauhu.
  5. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih sambil di kacau.
  6. Masukkan cili merah  dan masukkan santan.
  7. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Biarkan mendidih.
  8. Sekiranya cukup rasa, matikan api dan bolehlah dihindangkan dengan nasi impit kuah kacang! ah sedap! haha atau dengan nasi putih pun boleh.
Siap!

Okay, resepi Anna ni tak guna santan pekat dan santan cair (ganti dgn air) sebab Anna tak biasa masak lauk bersantan. Entah kenapa dah 9 bulan mengandung ni semangat nak masak walaupun letih? "-.- hehe

Masak ni, perlukan jiwa dan ILMU memasak so you can estimate any ingredient. That the secret sbnrnya. huhu ^_^

Happy cooking!

xoxo,
Anna Athirah