Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Sunday 17 April 2011

SELAMAT HARI LAHIR MAMA


SELAMAT HARI LAHIR MAMA

Assalamua’laikum WBT

“ Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata):

“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17:24)

“Mama, saya jatuh rindu pada mama dan ayah.  Saya mohon ampun dari Allah kerana membiarkan mama dan ayah kesunyian di rumah.”

Sempena Hari Lahir mama pada bulan ini, saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan ibu sepertimu, Jamilah Abu Bakar...seorang ibu yang tabah dan sabar melayan kerenah anak-anak gadisnya...mama,
                               
“Engkau adalah satu, tiada penganti..
  Engkau mencintaiku tanpa pernah kenal erti jemu dan bosan...
  Engkaulah ratu hatiku yang sentiasa membuat jiwa dan hatiku bahagia..
  Engkau memberikan kasih sayang dan cinta yang tidak pernah putus...
  Engkau membesarkanku tanpa mengenal erti penat dan lelah...
                                                                
 Mama....................
                                      Terima kasih untuk kasih sayang yang tak pernah usai...
             Tulus kasihmu tak termampu ku balas....
                                        Semoga Allah memberikan kedamaian dalam hidupmu...
                 Tulus kasihmu akan abadi dalam hidupku...”


Wednesday 13 April 2011

Hayatilah...

Assalamualaikum WBT

Saya mahu berkongsi sesuatu..
Sebenarnya, kawan saya yang menghantar mesej pada saya tempoh hari.


Perkara ini kita selalu lupa, lalai,  dan ambil ringgan.  Ianya mengenai duduk di antara 2 sujud. 
Apa yang kita baca itu adalah sangat bermakna dan rugilah sekiranya kita tidak menghayatinya dengan penuh kesungguhan.  Kalau saudara dan saudari sudah tahu teruskan beramal, bagi yang tidak tahu ana ingin berkongsi ilmu ini.  Pesanan dari saudara yang menghantar mesej ini, amalkan dan sebarkanlah InsyAllah kita akan mendapat keberkatan dari Allah.  Ilmu yang baik harus dikongsi, buat ibuku yang membaca coretan ini, anakmu mendoakan kesejahteraanmu, maaf kiranya anakmu ini terpaksa berjauhan untuk berjuang mencari ilmu. Salam rindu buat ibuku yang tercinta.

" Rabbighfirli" - Tuhanku ampunilah aku.
"Warhamni" - Sayangilah aku.
"Wajburnii" - Tutuplah aib-aibku.
"Warfa'ni" - Angkatlah darjatku.
"Warzuqnii" - Berilah aku rezeki.
"Wahdinii" - Berilah aku petunjuk.
"Wa'Aafinii" - Sihatkan aku.
"Wa' fuannii" - Maafkan aku.

Selamat Beramal.

Wa'Allahualam...

Projek Akhir Mandarin

Salam hamba-hamba Allah yang dikasihi..
semoga sentiasa berada dalam rahmatNya...


Coretan hari ini saya hendak berkongsi sedikit tentang subjek yang Dip. Pengurusan dan Teknologi Pejabat perlu ambil.
Bahasa Mandarin 1.  Projek akhir kami iaitu video sketsa mengenai subjek yang kami telah pelajari untuk semester ini.  Saya dan ahli kumpulan memulakan tugasan pada hari sabtu yang lepas.  Namun, dek kerana kami hanya menggunakan kamera telefon bimbit sahaja, video yang kami rakam semua tidak mengeluarkan suara.  Itulah dugaan kami, kami meneruskan perjuangan kami pada keesokan harinya.  Akhirnya, berkat kesabaran dan doa kami, video kami sangat memuaskan ahli kumpulam kami dan mendapat pujian dari rakan-rakan.  Syukur, Alhamdulilah...

Mama dan Ayah...
Anakmu sangat merinduimu...
Semoga Allah sentiasa melindungi kedua orang tuaku...
Tira sayang mama...
Bacalah blog tira sebagai peneman Mama dan Ayah ye...



Wslm..

Pemimpin Minggu Destini Siswa (PMDS) UiTM Perak

Salam....

Hari ini saya mahu berkongsi tentang pengalaman saya sewaktu semester lepas.
Saya suka melibatkan diri dalam aktiviti di UiTM ini kerana saya ingin belajar kemahiran berkomunikasi, kepimpinan dan juga pengurusan emosi, diri dan lain-lain lagi.  Justeru itu, saya mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam persatuan-persatuan di UiTM ini, disamping untuk mengisi masa lapang, menghibur dan melepaskan tekanan yang dilalui semasa zaman universiti ini.  Pastinya, memenatkan tapi jika hati ikhlas dan niat yang betul tentu saudara dan saudari merasakan kemanisan berada dalam keluarga PMDS ini.
Gambar ini diambil masa malam kursus kami sebagai kakak dan abang Orientation Committee (OC).
[kami akan menjalani kursus sebelum menjalankan tugas untuk lebih efektif.]


(Sam, Fizul, saya, Lan dan Wan) 
Ini pula gambar sewaktu semua OC sudah diberi tugas masing-masing, gambar ini diambil sewaktu Biro Protokol perlu mencari blazer untuk digunakan semasa menjalankan tugas.
[Biro Protokol, salah satu tugasnya menjaga pelajar ketika di dewan, biro ini juga sangat popular, kata-kata senior OC, siap ada gelaran, Biro Protokol @ Biro Fofiler/Popular, macam-macam...huhu..]


*p/s: Gambar di atas dan gambar  di atas blog ini diambil ketika kami keluar bersama-sama OC senior untuk mencari blazer dan kasut di Batu Gajah.  Kami singgah ke Kellie's Castle untuk menikmati pandang dan mencungkil sejarah istana misteri ini.


 Vest yang saya pakai dalam gambar ini, setiap OC akan dapat tapi hanyalah sewaktu menjalankan tugas.  Uniform ini perlu dikembalikan pada pihak pengurusan untuk OC semester akan datang pula.


Gambar ini pula diambil sewaktu kepenatan seharian berdiri dalam dewan.  Inilah uniform Biro Protokol yang sentiasa memerlukan kekemasan.

Gambar ini pula malam terakhir kami menjadi OC, ketika berkumpul ini kami diberi taklimat untuk mengedarkan borang soal selidik, borang ini juga adalah masa depan OC yang akan datang.

Konklusinya, keluarga OC ini memang menarik dan seronok, kalau mahu belajar menguruskan emosi juga sangat digalakkan.  Sampai disini sahaja coretan kali ini, sebenarnya saya tidak sabar untuk menjalani sesi Minggu Destini Siswa yang akan datang.

Wassalam...

Sunday 10 April 2011

Bersedekah

Salam semua.
Apa khabar?
Harap semua berada dalam rahmatNya.
InsyAllah..

Hari ini saya ingin berkongsi tentang bersedekah.
Sebenarnya saya dapat mesej dari kawan saya hari Jumaat yang lepas.

"Assalamua'laikum. Saya mahu kongsi sedikit khutbah hari Jumaat kali ini di Masjid Negeri, Negeri Sembilan. Tuntutan bersedekah. Sesunggunhya amalan bersedekah jika hendak digambarkan bagaikan sebiji benih yang bercambah 7 tangkai, dan pada setiap tangkai ada 100 biji. (Surah Al-Baqarah). Secara ringkasannya, pahala kita akan digandakan dengan banyak oleh Allah kalau kita bersedekah kepada orang yang memerlukan. Para sahabat dulu sanggup menyamar jadi orang buta atau fakir semata-mata untuk bersedekah.  Mereka menyembunyikan amalan mereka itu untuk mengelakkan perasaan riak.  InsyAllah..selamat beramal  =) "

Wallahua'lam.

Cinta Tanpa Syarat

Salam ukhwah buat semua...
Saat berjauhan dari sisi keluarga tercinta.
Hatiku sunyi dan pilu kerana kerinduan orang tersayang, mama, ayah, kakak-kakak dan adikku.

Ayah dan mama....
Salam kerinduanku kirim semoga Allah sentiasa melindungimu....


"Tugas mereka hanyalah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang, TANPA SYARAT.  Allah memberikan percikan Rahman dan Rahim untuk makhlukNya tanpa syarat...
......hanyalah pada naluri dan hati seorang IBU DAN BAPA kepada anak-anaknya....
.....mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita kerana mereka kasih dan cinta kita dengan CINTA TANPA SYARAT..."

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibubapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil"
Amin ya rabbal a'lamin...

Saturday 2 April 2011

Majlis Ramah Mesra Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012 bersama Mahasiswa UiTM Perak

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.
Semalam selesai majlis pertama kami  sebagai Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) di bawah pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA Perak bertempat di Dewan Kuliah Utama 1, Blok Akademik.


 

Disini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang pengalaman pertama sebagai Sekretariat Mahasiswa Fakulti dan pengalaman ke-3 menjadi pengacara majlis.

Pada tanggal 31 Mac 2011, saya menerima mesej dari Nurul Amalina binti Abdul Rashid;

“Salam.. Taniah! Anda telah terpilih menjadi ahli Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) sesi 2011/2012.  Anda berada di bawah pimpinan saudari Nurul Amalina binti Abdul Rashid dalam Exco Komunikasi Korporat, Exco Perhubungan Kampus dan Alumni.  Sila hadir mesyuarat pertama bersama MPP pada malam ini 8.30malam di Pusat Islam lama.  Kehadiran diwajibkan.  Selamat menjalankan tugas. Terima kasih.”

Ya Allah, syukur Alhamdulillah.

Kami diberikan tanggungjawab untuk menjadi urusetia pada malam itu.  Walaupun belum secara rasmi dilantik tetapi ini adalah amanah yang telah diberikan.  Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin.

Sebenarnya, banyak yang saya mahu pelajari, contohnya, ciri-ciri kepimpinan dan komitmen , dan saya ingin terus berusaha untuk menjadi pengacara majlis yang baik dalam kalangan yang terbaik, saya sangat bersyukur kerana terpilih dalam Exco Korporat, Exco Perhubungan Kampus dan Alumni. Dengan itu, saya dapat mengasah lagi kemahiran dari yang pakar untuk jadi seperti mereka. 

Alhamdulillah, skrip saya sebagai pengacara majlis pada malam itu, berdasarkan rujukan dari Kak Syaza dan olahan oleh saya sendiri serta bimbingan dari Amalina dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, Hazwan bin Ismail, untuk lebih efektif keberkesanannya terhadap majlis pada malam itu.

Saya juga ingin perbaiki kelemahan dan kekurangan dalam diri ini, dari pelbagai aspek, rohani juga jasmani, fizikal dan mental, semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati keikhlasan diri ini.  Namun, ketika Engkau telah memberikan saya kesenangan dan kegembiraan, jangan Engkau biarkan saya lupa dengan cinta-cinta Mu, Ya Allah.
Siapa agaknya pasangan pengacara majlis saya pada malam itu???
Dapatkah anda meneka???

Inilah dia pasangan pengacara majlis pada malam itu.
Nama adik ini, Padil.  Semester ke-2 Diploma Ukur Bahan dari Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU).

wslm...