Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Saturday 2 April 2011

Majlis Ramah Mesra Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012 bersama Mahasiswa UiTM Perak

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.
Semalam selesai majlis pertama kami  sebagai Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) di bawah pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA Perak bertempat di Dewan Kuliah Utama 1, Blok Akademik.


 

Disini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang pengalaman pertama sebagai Sekretariat Mahasiswa Fakulti dan pengalaman ke-3 menjadi pengacara majlis.

Pada tanggal 31 Mac 2011, saya menerima mesej dari Nurul Amalina binti Abdul Rashid;

“Salam.. Taniah! Anda telah terpilih menjadi ahli Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) sesi 2011/2012.  Anda berada di bawah pimpinan saudari Nurul Amalina binti Abdul Rashid dalam Exco Komunikasi Korporat, Exco Perhubungan Kampus dan Alumni.  Sila hadir mesyuarat pertama bersama MPP pada malam ini 8.30malam di Pusat Islam lama.  Kehadiran diwajibkan.  Selamat menjalankan tugas. Terima kasih.”

Ya Allah, syukur Alhamdulillah.

Kami diberikan tanggungjawab untuk menjadi urusetia pada malam itu.  Walaupun belum secara rasmi dilantik tetapi ini adalah amanah yang telah diberikan.  Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin.

Sebenarnya, banyak yang saya mahu pelajari, contohnya, ciri-ciri kepimpinan dan komitmen , dan saya ingin terus berusaha untuk menjadi pengacara majlis yang baik dalam kalangan yang terbaik, saya sangat bersyukur kerana terpilih dalam Exco Korporat, Exco Perhubungan Kampus dan Alumni. Dengan itu, saya dapat mengasah lagi kemahiran dari yang pakar untuk jadi seperti mereka. 

Alhamdulillah, skrip saya sebagai pengacara majlis pada malam itu, berdasarkan rujukan dari Kak Syaza dan olahan oleh saya sendiri serta bimbingan dari Amalina dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, Hazwan bin Ismail, untuk lebih efektif keberkesanannya terhadap majlis pada malam itu.

Saya juga ingin perbaiki kelemahan dan kekurangan dalam diri ini, dari pelbagai aspek, rohani juga jasmani, fizikal dan mental, semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati keikhlasan diri ini.  Namun, ketika Engkau telah memberikan saya kesenangan dan kegembiraan, jangan Engkau biarkan saya lupa dengan cinta-cinta Mu, Ya Allah.
Siapa agaknya pasangan pengacara majlis saya pada malam itu???
Dapatkah anda meneka???

Inilah dia pasangan pengacara majlis pada malam itu.
Nama adik ini, Padil.  Semester ke-2 Diploma Ukur Bahan dari Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU).

wslm...

No comments:

Post a Comment