Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Biarkan waktu berputar seiring waktu berjalan

Biarkan waktu berputar seiring waktu berjalan

Istiqomah

Daisypath Anniversary tickers

AH

Daisypath Anniversary tickers

Daughter

Lilypie Pregnancy tickers

BF

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, 28 December 2011

Hari Pertunangan Ku

Assalamua'laikum wbt kwn2...
Alhamdulillah dapat juga menulis hari ini.
Lama tak update blog ni...
So, terimalah coretan ana untuk kali ini yang bertajuk.

Hari Pertunangan Ku <3

Suatu pagi yang tenang....

"Eh, Athirah mana???" tanya mama pada adik dan kakak yang senang rehat di ruang tamu.
"Mungkin dia di bilik" jawab adik. "Kenapa mama?," sambung kata adik.
Lalu mama menjawab "Hari ini Tira akan bertunang, sekejap lagi pihak lelaki akan datang dengan rombongan serta keluarga mereka."
"Apa????!!! bertunang?!" sentak adik, kaklong dan kakngah.
"Ya, Athirah akan bertunang pada hari ini. Kamu semua tolong mama kemas, hias rumah dan memasak hari ini ya." jawab mama dengan selamba dan berlalu naik ke tingkat atas rumah.
'Tok tok' bunyi pintu bilik diketuk.  Tangan mama terus mencapai tombol pintu dan memulas tombol untuk membuka pintu.
"Mama rupanya, terkejut Tira. Ada apa mama??" kata ana yang sedang duduk dimeja belajar.
Mama duduk di katil yang berhampiran, lalu berkata "Mari sini duduk sebelah mama, ada benda penting mama hendak kamu tahu."
"Ada apa mama?" tanya ana lagi.
"Hari ini hari penting, hari ini akan ada orang datang rumah kita, mama hendak kamu siapkan diri, pakai makeup dan kejap lagi mama bagi baju untuk kamu pakai." kata mama.
"Kalau orang datang rumah selalunya Tira akan tolong mama masak, kemas rumah tapi kenapa hari ini lain pula, Tira mama suruh pakai cantik-cantik? Ada apa-apa yang penting ke hari ini?' tanya ana yang dalam keadaan tidak jelas dengan kenyataa mama.
"Sebelum itu, mama minta maaf banyak-banyak pada Tira, mama tidak sempat untuk beritahu dan minta setuju dari Tira...tapi ketahuilah wahai anakku, inilah yang terbaik untukmu." kata mama dengan nada yang sayu.
"Mama, kenapa mama macam sebak...ada apa-apa terjadi ke?" tanya ana dalam keadaan yang melankolik.
"Sebenarnya anakku, hari ini akan datang satu rombongan dari sebuah keluarga...dan hari ini adalah hari pertunangan kamu, Athirah." kata mama sambil menatap mataku dengan penuh harapan.
"Apa..???? Tira bertunang hari ini? Athirah tak faham..mama bergurau dengan Tira ye..??? kata ana dengan nada terkejut kemudian beransur-ansur selamba. Seperti tidak percaya.
"Athirah, mama harap Tira dapat terima keputusan dan pilihan yang mama telah buat.  Mama setulusnya minta maaf kerana menetapkan jodoh ini." kata mama dengan penuh harapan sambil menatap wajahku yang sayu.
"Mama, Tira tak boleh terima..Tira tidak mengenali lelaki itu malahan tidak pernah berjumpa dan bersembang, mendengar suara dan melihat wajahnya, tidak tahu tahap agamanya." kata ana sambil menangis.
"Wahai anakku yang mama sayangi, ketahuilah pilihan mama ini baik untukmu di dunia dan di akhirat, insyAllah." balas mama sambil memujukku.
Sambil berlinangan airmata, ana terus memeluk mama. Tidak tergambar rasa kesedihan, perasaanku juga bercampur...apa yang harus dilakukan.
Mama melepaskan pelukanku, lalu bangun sambil berkata, "Mama pergi ambil persalinan yang pihak lelaki sudah berikan pada mama tempoh hari sewaktu merisik. Kamu bersiaplah bersihkan diri ya."
"Baik mama." balas ana.
'Derhakakah diriku? sekiranya diri ini membantah serta menolak permintaan ibuku, keputusan yang telah ibu berikan pada keluarga lelaki yang tidak dikenali, juga lelaki yang akan menjadi teman hidupku? Ya Allah, apakah ini sesuatu yang baik?' monolog ana sambil bersiap.
Setelah mama memberi baju padaku, mama terus turun bawah dan mengemas apa yang perlu.  Kakak dan adik juga menolong menyiapkan hidangan di dapur. Manakala ana sedang siap di bilik atas, dengan keadaan yang berlinangan airmata.

"Athirah sudah siap ke?" tanya kak ngah.
"Hampir siap, tetapi Tira tidak dapat nak makeup muka ni...Tira belum sedia hendak menjadi isteri dan mendirikan rumah tangga.  Kenapa harus Tira yang bertunang?" kata ana pada kakngah sambil teresak menangis.
"Athirah, kami adik-beradik lain tidak tahu-menahu pasal keputusan yang mama buat. Kami turut terkejut juga. Tapi Tira, kakngah yakin keputusan yang mama buat ini adalah terbaik." pujuk kakngah.
Lalu, kakngah mendandan diriku...mengenakan warna yang paling ana sukai, merah jambu.  Lelaki yang bakal ku tunangi juga seperti tahu warna kesukaanku.

"Assalamualaikum wbt...." kedengaran suara seorang wanita berumur memberi salam.
Adik berlari ke tingkat atas untuk memberitahu bahawa pihak lelaki telah sampai.  Mama pula bergegas ke muka pintu menyambut rombongan pihak lelaki.
"Wa'alaikumussalam wbt..akak, sampai juga. Jemput masuk semua." kata mama.
"Jemput duduk dulu ya. Senang tak cari rumah ni kak?" tanya mama pada bakal besannya.
"Alhamdulillah, Allah memudahkan perjalanan mungkin kerana kami membawa niat yang suci untuk menyatukan anak kita." kata bakal ibu mertuaku.
"Mana Athirah?" tanya bakal ibu mertuaku.

"Athirah, jomlah kita turun...semua sudah tunggu tu..sudah jangan menangis lagi, tak elok..kan sudah cantik ni, hari ini hari penting Tira, senyumlah adikku" kata kakngah.
'Ya Allah, semoga semua yang berlaku adalah baik untukku di dunia dan akhirat. amin'. monolog ana.
"Bismillahirahmanirahim.." ucapan bibirku sambil melangkah menurun tangga untuk ke ruang tamu.
Kakngah menemaniku turun tangga, lalu ana duduk pada bantal yang telah tersedia depan bakal ibu mertuaku.
Begitu cepat persiapan yang mama dan adik beradikku lakukan seperti sudah tahu majlis ini akan berlangsung, segalanya tersiap dengan rapi. Kerusi sofa diletakkan dekat dinding dan juga meja makan agar ruang tamu tengah kelihatan luas untuk meletakkan pelamin mini untukku.

"Athirah, cantik bakal menantu ibu." kata bakal ibu mertuaku yang telah mengelarkan ibu pada dirinya untukku panggil.
"Terima kasih ibu." balasku.
"Jadilah isteri dan menantu yang baik untuk anak ibu dan keluarga ibu." kata ibu sambil ana bersalam dan bercium tangan ibu. Setelah salam, lalu tanganku dipegang untuk ibu menyarung cincin.  Jatuh airmataku berlinang, namun harus ku hentikan bila mama meletakkan tangannya dibahuku.

Setelah itu, ana salam dan mencium tangan bakal ibu mertuaku.  Ibu terus memelukku seperti sebak juga, mungkin barangkali merasakan bahagia mendapatkan seorang menantu pilihan dirinya dan juga anaknya.
"Alhamdulillah..." kata ibu sambil mengucup dahiku.

Setelah itu, datang seorang lelaki memberi salam.  Mama menjemput lelaki tersebut masuk dan dia terus duduk sambil menghadap hantaran tunangan untukku dari dirinya.

"Athirah bangun duduk sebelah dia, nak ambil gambar kamu berdua ini." bisik kaklong.

Ana bangun tanpa rasa keberatan, melihat lelaki itu bersila di hadapan hantaran sambil memandangku yang menuju kearahnya.  Hatiku menjadi bahagia, dia seperti orang yang ku kenal.  Lalu kami duduk bersebelahan sambil menunduk kebawah. Masing-masing malu barangkali.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Eh, terangnya...ha?? ana mimpi ke??"
hehe....
Mimpi indah semalam lah....

Assalamualaikum kwn2..huhu..
Agak-agak teman2 baca sampai habis tak cerita ni?? panjang sangat kan..hehe... Inilah mimpi indah semalam. Maaf ya, buat suspen je kat korang.
*p/s : 
- gambar sumber google images..hehe...
- ini mimpi indah <3 yang macam real..insyAllah..
- mimpi ini diolah sedikit oleh ana untuk kesan yang lebih real =)


Wassalam by Anna Athirah 

Monday, 19 December 2011

Cinta ibarat rama-rama


Cinta ibarat kupu-kupu
Makin dikejar, makin ia menghindar. Tapi bila dibiarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat yang tak terduga. Cinta dapat membahagiakanmu tapi sering juga manusia bercakap mengenai cinta sungguh menyiksakan.
Jadi, cinta itu hanya layak diberikan kepada seseorang yang istimewa yang akan kamu jadikannya suami/isteri sahaja. Jadi jangan risau, bertenang sahaja, jangan terlalu terburu-buru memiliki cinta dan pilihlah dikalangan cinta yang terbaik!

Saturday, 10 December 2011

si dia bukan cinta abadi mu...

Ya Aziz ..
Engkau Yang Maha Berkuasa atas kehidupanku...

Jika dia bukan PEMILIK tulang rusukku
jangan biarkan aku MERINDUKAN kehadirannya
jangan biarkan aku melabuhkan HATIKU dihatinya
kikislah PESONANYA dari pelupuk MATAKU
hapuslah segala INGATANKU tentang dirinya
buanglah KEINGINAN HATI untuk BERHARAP kepadanya

Dan JAUHKANLAH dia dari relung hatiku...
Kerana Hanya Yang TERBAIK dari SISI-MU lah yang sentiasa ku tunggu sebagai pelabuhan terakhir perasaan suci yang Engkau Anugerahkan dihatiku.
amin ya rabb