Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Thursday 27 October 2011

Dialog Seorang Ibu ataupun Bapa

Assalamualaikum WBT
Apa khabar teman2?
Semoga sihat disamping yang tercinta.

Dialog seorang ibubapa yang masih hidup.
"Ya Allah,
Adakah aku telah cukup mendidik anak-anakku menjadi seorang yang soleh/solehah?
Apakah anak-anakku akan mengirimkan doa untik bekalanku  di Akhirat nanti?
Apakah sepeninggalan ku akan menyedarkan anak-anakku?"


Duhai anak-anakku lihatlah diriku yang masih bernyawa ini...
Pesanku....
Didiklah dirimu wahai permata ayah dan bonda...
Mahukah kau melihat kami terbakar di Neraka?

Itulah  yang terdetik dihatiku,
setiap kali ana memikirkan suruhan~Nya, pakai hijab, tutup aurat dan dirikanlah solat.
Sama2 kita berjuang pada Saff~Nya...
menuju...
Kehidupan yang hakiki..
InsyAllah...

Sama2 istiqomah dan perbaiki diri :)
Wassalam...

Wednesday 26 October 2011

Hidup harus diteruskan "umpama sebuah bas yang bergerak" =)

Assalamualaikum WBT
Apa khabar kawan2 semua?
Esok ana teman adik ke Melaka sebab dia mahu buat research pasal sarang burung.
So, malam ini tidak boleh tidur awal sebab...
Tak tahulah..hehehe..mungkin kalau ana buat coretan bagi mengantuk.
Sambil blogger, dengar lagu ni. Ungu ft Rossa - Tercipta Untukku.
Lagu ini sangat istimewa sebab seseorang dedicate lagu ini untuk ana.
Tapi bila sudah tiada apa2 dengan dia, ana sangat benci dengar lagu ini.
Sekarang ana mencabar diri untuk dengar lagu ini ;)





Ayuh mula coretan...
Cuti semester ni kalau dah tak ada buat apa2...
Fikiran ni pun mulalah teringat benda2 yang lepas..
So, dalam masa bersendiri di rumah ni..
Haruslah kuatkan diri sendiri dengan mengingati apa yang ada sekarang..
Tahu tak kenapa ana cakap umpama sebuah bas bergerak..
Sebabkan kalau dulu ana naik bas..ana mesti sedih..teringat perkara dulu..
Tapi sekarang tidak, ana ucapkan terima kasih pada teman ana..
kerana kalau ana naik bas sekarang ana rasa happy bila ingat kata2 dia =)

Saat ana merenung kembali...
Pemergianmu....
Ana mendiamkan diri...
Seperti tidak percaya...
Jujur ana kecewa...terlalu kecewa sehingga tidak dapat berkata apa2...
Ana takut untuk terima kenyataan yang terang2 di depan mata....
Ana terus diam...
Memberi mu peluang untuk fikir sejenak...apakah sudah bulat keputusan mu...?
Apakah ini pengakhiran kepada semua yang dikau impikan sebelum ini?
Mungkin dikau dikuasai amarah...ana terus memujuk mu...
Namun, dikau mencari ana kembali, tapi adakah kali ini dikau ikhlas?
Akhirnya, dikau memilih jalan mu...
Dan untuk kali keduanya dikau pergi dan melontarkan kata2 kesat padaku...
Ana...keluarga ana dilanda satu berita yang sangat menyedihkan....
Ana sangat sedih...kerna dikau bukan mengecewakan ku..dikau mengecewakan kedua ibubapaku...
Cukuplah untuk dikau ana terus kenang....cukup menyakitkan...
Hari berlalu sehingga berbulan lamanya...
Dikau pergi....
Haruskah ana menangis terus pemergian mu?
Jawapannya? Tidak!
Kerna takdir...terima kasih Allah kerna memanggilku...
Agar ana sedar akan kenyataan...
Betul kata ibu...
Ada yang lagi baik untuk ana disana...
Ana bersyukur....
kerna jika kita tidak putus...
Ana tidak akan berjumpa dengan kawan2 yang sangat mencintai ana...
Jika kita tidak putus...
Ana tidak akan rasa nikmat cinta Mu yang sangat membuatkan ana begitu bahagia...
Jika kita tidak putus..
Pasti ana tidak akan merasa dihargai oleh insani seperti teman2ku.
Namun, ana sedikit terkilan kerna tidak dapat menunaikan hajatku padamu...
Ingin sekali ana bawa dikau bersama...
Tapi apa kan daya...
Ana seorang hamba yang lemah...
Maaf atas segala kekurangan..

Terima kasih semua buat ana terus berdiri...

***
"Jangan mencari cinta, tapi carilah seseorang yang membuatkan anda bahagia.Lambat laun, kebahagiaan itu akan berubah menjadi cinta."

Thursday 20 October 2011

Jangan bersedih kerana tiada yang kekal ABADI (II)


Assalamualaikum wbt
Ahlan wa sahlan teman2 yang masih setia melihat blog ana.

Terlebih dahulu ana mengifakkan kesyukuran terhadap Allah yang Maha Esa, Alhamdulillah.  Sekiranya ana tidak putus hubungan dengan dia, pasti ana tidak dapat jumpa teman2 ana yang sangat menyayangi ana sekarang.  Ana merasa bahagia kerana tanpa dia pun ana boleh mendapatkan bahagia malahan lagi berlipat ganda rasanya. 
“ada rahmatnya bila tidak lagi bersama terasa jauh diriku ini dengan dosa……”
“andainya kita terus bersama belum tentu kita bahagia selagi tidak kau ubah cara hidupmu..”
Itulah lirik lagu kumpulan Exist –Alasan.

Kadang2 manusia akan mencipta alasan pabila hati sudah mula berubah, mungkin dikau tersenyum setelah hatimu puas, tetapi bagiku adalah satu ketenangan.

Disana ada seseorang yang telah tercipta terbaik untukku….

Jika ana harus memilih kebahagian denganmu dan kebahagian bersama sahabatku, ana memilih sahabat…bak kata Kak Mina ~ menjadi solo itu bukanlah sesuatu yang tidak baik bila kita ada kawan yang buat kita rasa seperti dalam bercinta.

Namun tidak dinafikan juga, sebagai manusia biasa ana pasti terjatuh cinta...justeru ana harus kuatkan semangat dan tekad untuk tidak terlalu melayan rasa cinta untuk masa depan yang lebih baik. Sebab telah tertulis di Luah Mahfuz jodohku, apa yang harus ana buat ialah menunggu dengan sabar saat itu tiba.
Ana, ingatlah kata ibumu....jangan macam jadi dulu...mahukah ana kecewa lagi?
Maaf ibu, ana akan terus berjuang untuk tidak  membuat ibu kecewa lagi, untuk tidak membuat ibu melihat ana sedih...ibu, maafkan kedegilan anakmu, terima kasih kerna selalu menjadi sahabat terbaikku =’) 

Sungguhpun cinta telah lahir dalam jiwa ana harus mengingati dan akan ku cuba untuk sematkan ia seperti.....

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

Thursday 13 October 2011

Doaku dan doamu...

Bismillahirrahmanirahim...

Assalamualaikum WBT...

Hayati doa ini...


 

Doa 1,
Ya Allah...ana meminta kepadamu,
kelembutan ketentuan takdirMu,
berikanlah ana petunjuka untuk memberikan keputusan,
aku memohon kepadaMu,
pasangan hidup yang menjadikan diriku
sentiasa dekat denganMu.

Doa 2,
Ya Allah,
ana memohon kebaikan yang telah diminta oleh hamba2Mu yang soleh..
Ya Allah,
ana meminta pendamping hidup yang terbaik 
sebagaimana hamba2Mu yang soleh meminta pendamping hidupnya.

Doa3,
Ya Allah,
ana berlindung padaMu daripada fitnah lelaki mahupun perempuan
Ya Allah,
jagalah kesucian diriku,
pertemukan aku dengan pendamping hidup yang soleh
yang bisa menjaga kesucian dirinya,
dan juga menjaga kesucian dirinu...

Aminnn ya Rabb...

Wednesday 12 October 2011

Jangan bersedih kerana tiada yang ABADI (I)

Assalamualaikum WBT
Ahlan wa sahlan sahabatku?
Semoga selalu disamping orang yang tersayang dan dalam keadaan sihat.insyAllah...
Adakah anda berasa sedih kebelakangan ini?Kalau jawapan anda ya...anda patut baca coretan kali ini.



“Kesedihan itu bukan sesuatu yang kekal, lama kelamaan ia akan pergi jua dengan adanya usaha.”

Kenapa ana perlu kejar bayangan, bayangan yang sudah tiada lagi…ana patut bersyukur dengan rahmat yang ada dari Allah ini.

Ana...
Kuatkanlah dirimu dengan kata2 ini dengan kata2 dan dalil ini...

BERUNTUNGLAH KAMU!
Tatkala ALLAH memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
ALLAH MEMILIHMU!!!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.
[as-Syams: 8-10]
“maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan,
Sesungguhnya BERUNTUNGLAH orang yang mensucikan jiwa itu,
Sesungguhnya MERUGILAH orang yang mengotorinya.”


Mungkin betul juga kata2 dalam filem KLB….
Jejaka yang kita ingin pilih tidaklah perlu sehensem putera, tidak perlu juga seorang yang pandai berkata2 romantik, yang penting dia ikhlas nak dengan kita.  Mungkinkah ana juga akan merasa yang sama apabila ana sudah betul2 jumpa orang yang sangat menyayangi ana?

will continue....

On my 21st birthday...

Assalamualaikum WBT
Ahlan wa sahlan =)



Pada mulanya, ana merasakan dan menunggu juga, apakah perkara yang istimewa pada hari lahir ana kali ini?
Dapatkah memory lalu diatasi dengan memory kali ini???
Adakah hari lahir ini lebih special dari yang sebelum ini?
Jawapannya.....
Yes! It is special! Better than before!
Mahukah teman2 tahu apakah yang membuatkan hari lahir ana pada kali ini sangat special?
Pada hari ini juga ana dapat sesuatu pengalaman yang berharga dan hari yang penuh hikmah.

Sebenarnya, tahun ini tahun dapat banyak hadiah.  Hadiah kenangan yang ana tidak dapat lupakan pun banyak juga.  Ana terasa bahagia dengan kehadiran kawan2 yang sentiasa menyayangi diri ini.  Terima kasih kawan =)

Seterusnya, ana nak ucapkan banyak terima kasih pada Nasrullah Jusoh sebab jadi orang yang pertama wish dan belanja makan Secret Recipe, dan untuk pengetahuan kawan, itulah first time ana makan di Secret Recipe.hehe...Terima kasih juga pada my roomate yang comel2 belaka, Intan Syafika dan Cik Noraza Hazirah sebab bagi hadiah dan ucapan dan Cik menjadi orang kedua wish..hehe..

Ana nak ucapkan terima kasih pada my bebeh, Nurul Nabilah sebab sudi nyanyi lagu birthday walaupun masih dan ceramah. I love u bebeh!

Last but not least, thanks to all that wishing my great day =) love u all.




p/s : i love this words...from kak mina, 
Being single isn't a bad thing when you have your friends that make you feel you're in a relationship <3

Friday 7 October 2011

Adik-beradik VS Anak Tunggal

Assalamua’laikum WBT
Apa khabar kawan2... 



Hari ini ana mahu kongsi satu perkara yang InsyAllah…bermanfaat utk kawan2 yang mempunyai adik-beradik.

Let take a look for a while….

Kata2 dari salah seorang adik mahupun kakak…
‘ala, asyik adik je dapat…angah pun nak juga.’
‘mama, adik nak macam kak long juga…’

Kadang2 ibubapa kita serba salah..pernahkah kita terfikir?huhu^.^
Namun sebenarnya...kita tidak nampak yang disebaliknya, dengan adanya adik-beradik kita boleh menerapkan nilai-nilai murni seperti berkongsi,  bertolak-ansur malah yang lebih baik kita mempunyai ramai orang yang menyayangi kita tanpa paksaan dan tanpa kita sedar.

Namun bagi yang tidak mempunyai adik-beradik ataupun anak tunggal…ada kelebihan dan kekurangan, kalau kita anak tunggal, ibubapa kita selalu akan memenuhi kehendak kita, nak apa-apa saja mesti dapat..kadang2 sehinggakan belajar pun mahu bergantung kepada orang lain....hhhmm...mengapa kita tidak cuba untuk memahami sendiri ya?Anak tunggal mempunyai tanggungjawab yang besar sebenarnya kerana pada andalah segala sandaran ibubapa.Adakah anda akan lebih berdikari jika disituasi ini?

Hakikatnya, barulah kita sedar…selama ini, apa yang telah kita cuba capai adalah pengalaman dan petunjuk dari Allah bahawa kelebihan adik-beradik mengajar kita lebih berdikari dan berusaha keras untuk mencapai kemahuan dan kejayaan dengan usaha sendiri.  Tidakkah anda merasakan betapa hebatnya kelebihan adik-beradik yang selama ini kita perolehi? 


Ana bersyukur mempunyai adik-beradik kerana hadirnya mereka dapat menceriakan hari2 ana, suka duka bersama, dan paling berharga kami dapat belajar berdikari agar lebih baik di masa hadapan. Terima kasih tidak terhingga pada Ilahi dan ibubapa serta adik-beradik yang tercinta.

"Cinta kita pada Allah ataupun pada makhluk ciptaanNya...
Terkadang kita terlalu berharap pada manusia…tapi kesudahanNya…kita tidak dapat apa2…ikhlaskan hati anda semua dalam kehidupan anda.  Semoga kita selalu istiqomah dan sentiasa perbaiki diri selalu…bak kata pepatah dari teman ana di Indonesia.
“Semoga semakin hari kita semakin lebih baik dimata Allah Sang Maha Penyayang” ~dacas

Amin ya rabbala’llamin…
=)