Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Saturday 24 September 2011

CintaTanpaSyarat II

Assalamua’laikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar teman2?
Semoga sihat dan mendingan dalam lembayung rahmatNya.



Coretan ana kali ini special untuk orang yang mencintai ana serta keluarga dari mula hingga terusan.
Buat Helena Dila, terimalah.  Buat Kak Ngah dan Bebeh, ayuhlah renungkan cerita cinta ini.  Sudah lama ana ingin berkongsi, namun kelapangan tiba lewat.

Ana memperkenalkan seseorang yang sangat special dalam hidup ana tanpa ana sedari dia adalah segalanya bagi ana.  Dialah telah memberikan segalanya untuk ana, dialah CINTA tanpa syaratku selepas ayah dan bonda.

Hikmah puasa
Saat yang paling ana tidak akan lupa ketika hendak balik ke rumah untuk cuti raya.  Sejurus aja ana tiba di kota metropolitan, Kuala Lumpur.  Waahhhh…begitu banyak kereta, jalan2 di kotaraya itu sibuk sangat.  Bak kata perpatah, ‘jalan jam ni, elok bawak roti…hahahaha’ begitulah perumpamaannya.  Setelah tiba dikota, jam tangan menunjukkan akan masuk waktu berbuka puasa, namun ana masih terkandas di dalam bas.  Setiba di stesen LRT, wahhh….banjiran manusia yang sibuk pulang kerja dan anak2 muda yang pulang dari sekolah.  Telefon ku asyik berderingan kerana kakak ku telah memberitahu akan menjemputku sejurus tiba di stesen Sentul.  Dia merisaukan ketibaanku, adakah ana akan lewat dan selamat? Terus, hatiku berdoa pada yang Esa, ‘Ya Allah, semoga perjalanan menuju kepada kakakku lancar’.  Akhirnya, Alhamdulillah, Allah itu maha memberi, ana tiba tepat waktunya.  Ana akan tinggal dirumah kakak sebelum balik dirumah di Selangor.

Sifatmu, kagumanku
Mungkin takdir itu telah menyedarkan ana lagi.  Pengorbananmu, wahai kakakku yang tersayang.  Saat berada di sana, ana berbuka bersama teman2 sekerjanya.  Alangkah hiba, hatiku berdetik, sungguh ada 3 antara teman2nya yang hadir mempunyai telefon bimbit yang lastest, berpakaian cantik seperti hari lebaran dan berkereta.  Ana dihinggap rasa yang sayu, kakakku mampu memiliki seperti mereka, mampu membeli telefon lastest, mampu membeli pakaian cantik seperti hari lebaran, dan memiliki kereta yang besar tapi kesemua itu, tidak diperlukan kerana dikongsi untuk adik2 dan keluarga yang mencinta. Dikau sanggup menaiki motor dari menggunakan kereta milikmu, dikau sanggup tidak menukar telefon yang lebih update, dikau berpakaian bersederhana dan tidak bermegah, ana merasakan sungguh banyak pengorbananmu.  Hatiku berdoa lagi, ‘Ya Allah, Kau bahagiakanlah kakakku, pertambahkan rezekinya, ana sangat menyayangi dia.’

Kemesraamu, kegembiraanku
Sejurus makan kami pulang, ana ingin makan asam padahal waktu sudah lewat, badanmu juga pasti penat setelah bekerja di siang hari.  Namun, dikau membalas dengan baik sekali, dan mengajak ke kedai membeli asam, kuaci, keropok dan air botol.  Hati ini berdoa lagi, ‘Ya Allah, ana sangat mencintai dia, berikanlah hidayah dan berkati hidup kakakku selalu.’  Saat itu adalah paling bahagia bagiku, dirumahmu juga dikau melayanku dengan baik sekali.  Hatiku berdoa ‘Ya Allah, alangkah ana sangat bersyukur ke hadratmu, diberi rasa yang bahagia dari orang yang menyayangiku.’

Perhatianmu, membahagiakanku
Esokkan hari adalah hari untuk pulang ke rumah di Selangor.  Namun, kakak harus kerja juga, pada mulanya ana tidak mahu ikut, setelah sejenak berfikir ana setuju mengikutinya ke tempat kerja dan terus pulang ke Selangor.  Hatiku masih terus istiqomah berdoa, ‘Ya Allah, Kau berikan kekuatan untuk kakakku meneruskan tanggungjawabnya dengan ikhlas, dan lindungilah kakakku dari segala bahaya.’  Ana menunggu di lobby dengan membawa beg2 pakaian, lalu kakak telefon menyuruhku menaiki lif ke tingkat 6.  Setiba disitu, ana disuruh untuk duduk di kerusi yang berhampiran dengan plag agar boleh online sementara menunggu kakak habis kerja.  Dalam penungguan itu, tidak terkira dikau menjenguk dikerusi, terkadang ana leka online dikau memandangku untuk memastikan ana tidak apa2 mahupun berasa boring kerana dikau harus terus bekerja lewatan.  Dikau merisaukan ku, membuat ana merasa dilindung dan gembira diberikan perhatian itu.  Sungguh ana sangat bahagia, saat2 berada disampingmu, agar diri ini boleh merasakan kehidupan seharian mu.

Saat menaip coretan ini, mata ku berkaca-kaca, ada sinar air mata cinta yang lahir dari hati. 
Kakak, terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan atas segala pengorbananmu terhadap adik2 mu dan juga keluarga.  Sungguh selama ini, ana buta, tidak melihat dirimu dengan lebih dalam dan cinta2 yang lahir dari mu.  Sungguhpun, luaranmu dingin, tapi pengorbananmu, MasyAllah, tidak ada seorang pun yang bisa melakukan yang sama seperti mu.
Kakak, semoga syurga Allah ganjaranmu kerana dikau telah membahagiakan dan menyenangkan IBUBAPA mu semasa mereka hidup.  Maafkan diriku kerana sekarang ana hanya mampu membalas dengan doa yang tidak putus2 agar dikau bahagia dan menjadi kita berempat menjadi anak yang solehah.
Terkadang ana terfikir, jika dikau berkahwin, ana pasti akan merasakan seperti orang merampasmu dariku, ana pasti akan merasakan kehilangan kasihnu itu, kerna itu adalah lumrah, dikau pasti ingin membina keluarga mu sendiri…untuk saat ini, ana tidak tidak sanggup membiarkan orang merampasmu, mampukah lelaki itu menghargaimu, menjaga makan dan minummu? Ya Allah, temuakan jodoh yang mendekatkan kakak ke jalan Mu. Amin ya rabbala’lamin.

Doaku untukmu sentiasa bertasbih kakak.  Syukran.


*maaf kalau ada yang tersinggung, ambil yang jernih buang yg keruh <3

Cinta vs Suka vs Kekasih vs Kawan

Assalamua’laikum WBT

Ahlan wa sahlan teman2 =)
Semoga semakin hari, kita semakin baik di kaca mata Sang Pencipta. InsyAllah.

Cinta membuatkan sesorang disuruh.
Tapi akibat terbius cinta yang teramat juga akan mengebabkan terkadang kita tidak menyedari melukai orang paling dekat dengan kita.
Bagi pendapat ana, ana lebih suka berkawan dari berkasih.  Kenapa agaknya ya? Hhmmm....Mungkinkah sebab pernah terluka?iya, mungkin itu salah satu daripadanya.

Situasi pertama I (Bius cinta)
Ada 3orang kawan, dimana mereka sudah lama kenal. Alia, Bell dan Cinta.  Alia dan  Bell telah mempunyai kekasih, manakala  Cinta tidak memiliki kekasih.  Namun, takdir menemukan  Cinta kepada Hafiz yang setelah perkenalan mereka akhirnya menjadi pasangan kekasih.   Ditakdirkan, mereka berdua berjauhan kerana Hafiz bekerja dan Cinta pula masih belajar.  Cinta pula, selalu cemburu melihat  Alia dan  Bell kerna selalu kekasihnya ambil perhatian hinggakan kemana2 mereka pergi pasti akan memberitahu kekasih mereka. Cinta pula mencuba segalanya untuk melakukan yang sama, merasai perasaan yang sama seperti Alia dan Bell.  Cinta memaksakan kekasihnya sentiasa menghubunginya selalu, menghantar mesej selalu 24/7 lah umpamanya.  Dukacita, akhirnya Hafiz meminta putus dengan Cinta akibat tidak tahan dengan perangai Cinta.  Cinta merasakan dunianya gelap, akibat dibuis cinta yang menjanjikan kebahagian berakhir dengan tragedi yang selama ini ditakutinya.  Selepas tiada apa2 hubungan Cinta sedar bahawa selama ini dia bertindak mengikut sekelilingnya tapi dengan pengalaman itu juga mendewasakan Cinta bahawa cinta membuatkan dia disuruh tapi cinta yang tidak tentu arahnya, akan membinasakan diri, gembiralah syaitan meranalah diri.

Situasi pertama II (Kekasih vs Kawan)
Cinta selalu meminta pendapat daripada Alia tentang apa2...kisah  hidupnya, mahupun tentang masalah peribadi.  Jika kelapangan Cinta akan selalu akan meluangkan masa dengan Alia.  Pada suatu hari Cinta bersiar-siar dengan Alia, tiba2 telefon Alia berbunyi.  Setelah habis bertelefon, Cinta bertanya pada Alia, “Lagu apa yang Alia guna untuk nada deringan telefon bimbit tadi, bestlah boleh bluetooth pada Cinta lagu tu?” Alia menjawab, tunggu sebentar kerana Alia sedang bermesej dengan kekasihnya jika lambat membalas mesej pasti kekasihnya marah.  Sejurus itu, Alia terus bluetooth dengan Cinta dan seperti yang dijangka kekasihnya misscall  dan terus misscall, namun lagu yang dihantar juga masih lagi loading untuk sepenuhnya transfer ke telefon Cinta.  Terus Alia berkata “Kan Alia dah cakap nanti dia marah dan bad mood dengan Alia, isshhh..masa ini juga Cinta nak minta lagu! masa ini juga lah..hhmmmm..” kata Alia dengan nada yang marah.   Cinta terus meminta maaf, tergamam dan terdiam kerna selama ini Alia tidak pernah berkata seperti itu, namun jauh disudut  hati Cinta amat sedih, salahkah teman mu ini meminta lagu?  Jika kamu ditempat Cinta apakah perasaanmu diperlaku begitu? Itulah hebatnya manusia dek dibius cinta.  Sehinggakan tidak merasa apakah kita telah menghiris perasan kawan sendiri?  Cinta bertindak untuk melupakan perkara itu, memujuk2 hati nya sendiri..setiba dirumah Cinta menangis dan pesanan ibu hinggap dikotak fikirannya...dan mungkin Cinta juga pernah berbuat kesilapan yang sama?

Situasi kedua (Cinta vs Suka)
Sekumpulan kawan telah berkawa selama setahun.  Cinta, Danial dan Arjuna.  Cinta dan Arjuna telah berkenalan selama setahun, masa berputar sehingga Cinta menyedari bahawa dia dan Arjuna semakin rapat dalam ½ tahun dari setahun perkenalan mereka.  Cinta menyukai Arjuna sebagai teman yang paling mengambil berat tentang dirinya.  Namun, tidak selalunya perasaan itu konsisten, lama kelamaan Cinta menaruh cinta pada Arjuna.  Adakah Arjuna merasakan yang sama?  Mungkinkah Arjuna merasakan yang sama?  Detik waktu terus berlalu, Cinta sangat menyayangi perhubungannya dengan Arjuna.  Akhirnya, Cinta membuat keputusan untuk tidak meneruskan perasaan cintanya pada Arjuna, Cinta terfikir,sekiranya perhubungan kawan itu dilanjutkan kepada cinta pasti hubungan itu akan menjadi lain sesudahnya.  Cinta sangat menyayangi persahabatan dengan Arjuna.  Akhirnya, Cinta berjaya memujuk hati nuraninya agar tidak jatuh hati lagi pada Arjuna dan terus tetap bersahabat dan agar terus tetap menanti cinta yang telah dijanjikan Lauh Mahfuz. 

Sekian.

Teman2...watak yang dicipta, tidak kena dengan yang hidup mahupun sudah meninggal.
Ambil yang jernih buang yang keruh ok? huhu^.^ think positive and take only the good advise, leave the negativity =)

Apa yang ana mahu sampaikan cinta kadang boleh membuat kita bahagia, dengan cinta kadang kita juga merana.  Justeru, matlamatkanlah cinta2 mu dijalan Allah.  Pesanan ini untuk teman2 yang tercinta dan paling utama diri ana sendiri. 

Ana akhiri dengan sedikit puisi untuk teman2, apa2 pun yang menimpa kalian ingatlah pesanan ini, semoga kita sama2 boleh mengaplikasikannya, InsyAllah.

Cinta segera muncul dan berkembang dari keyakinan yang kuat
dan malah terhadap kebaikan yang tersimpan dalam jiwa seluruh umat manusia
juga pemahaman yang mendalam bahawa tidak ada seorang manusia pun yang sempurna
dan bahawa kita semua sama dalam balutan cinta tidak ada perbedaan atau batas yang memisahkan
dan ketika kita percaya bahawa cinta yang memiliki cinta yang melimpah kita bebas untuk mencintai sesiapapun dengan cinta yang melimpah dan TANPA SYARAT.

CINTA TANPA SYARATKU
CINTA YANG SENTIASA BERBALAS
CINTA YANG TIDAK PERNAH PUDAR
CINTA YANG KEKAL ABADI
CINTA DARI MAKHLUK ALLAH
IAITU
KELUARGA.

Wassalam.

(***ibuku berpesan supaya jangan menyimpan rasa kecil hati mu terhadap sesiapapun, agar kebahagiaan tercapai dengan lebih mendingan.)

InsyAllah, Jaza khaAllah bil khair.