Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Biarkan waktu berputar seiring waktu berjalan

Biarkan waktu berputar seiring waktu berjalan

Istiqomah

Daisypath Anniversary tickers

AH

Daisypath Anniversary tickers

Daughter

Lilypie Pregnancy tickers

BF

Lilypie Breastfeeding tickers

Saturday, 24 September 2011

CintaTanpaSyarat II

Assalamua’laikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar teman2?
Semoga sihat dan mendingan dalam lembayung rahmatNya.



Coretan ana kali ini special untuk orang yang mencintai ana serta keluarga dari mula hingga terusan.
Buat Helena Dila, terimalah.  Buat Kak Ngah dan Bebeh, ayuhlah renungkan cerita cinta ini.  Sudah lama ana ingin berkongsi, namun kelapangan tiba lewat.

Ana memperkenalkan seseorang yang sangat special dalam hidup ana tanpa ana sedari dia adalah segalanya bagi ana.  Dialah telah memberikan segalanya untuk ana, dialah CINTA tanpa syaratku selepas ayah dan bonda.

Hikmah puasa
Saat yang paling ana tidak akan lupa ketika hendak balik ke rumah untuk cuti raya.  Sejurus aja ana tiba di kota metropolitan, Kuala Lumpur.  Waahhhh…begitu banyak kereta, jalan2 di kotaraya itu sibuk sangat.  Bak kata perpatah, ‘jalan jam ni, elok bawak roti…hahahaha’ begitulah perumpamaannya.  Setelah tiba dikota, jam tangan menunjukkan akan masuk waktu berbuka puasa, namun ana masih terkandas di dalam bas.  Setiba di stesen LRT, wahhh….banjiran manusia yang sibuk pulang kerja dan anak2 muda yang pulang dari sekolah.  Telefon ku asyik berderingan kerana kakak ku telah memberitahu akan menjemputku sejurus tiba di stesen Sentul.  Dia merisaukan ketibaanku, adakah ana akan lewat dan selamat? Terus, hatiku berdoa pada yang Esa, ‘Ya Allah, semoga perjalanan menuju kepada kakakku lancar’.  Akhirnya, Alhamdulillah, Allah itu maha memberi, ana tiba tepat waktunya.  Ana akan tinggal dirumah kakak sebelum balik dirumah di Selangor.

Sifatmu, kagumanku
Mungkin takdir itu telah menyedarkan ana lagi.  Pengorbananmu, wahai kakakku yang tersayang.  Saat berada di sana, ana berbuka bersama teman2 sekerjanya.  Alangkah hiba, hatiku berdetik, sungguh ada 3 antara teman2nya yang hadir mempunyai telefon bimbit yang lastest, berpakaian cantik seperti hari lebaran dan berkereta.  Ana dihinggap rasa yang sayu, kakakku mampu memiliki seperti mereka, mampu membeli telefon lastest, mampu membeli pakaian cantik seperti hari lebaran, dan memiliki kereta yang besar tapi kesemua itu, tidak diperlukan kerana dikongsi untuk adik2 dan keluarga yang mencinta. Dikau sanggup menaiki motor dari menggunakan kereta milikmu, dikau sanggup tidak menukar telefon yang lebih update, dikau berpakaian bersederhana dan tidak bermegah, ana merasakan sungguh banyak pengorbananmu.  Hatiku berdoa lagi, ‘Ya Allah, Kau bahagiakanlah kakakku, pertambahkan rezekinya, ana sangat menyayangi dia.’

Kemesraamu, kegembiraanku
Sejurus makan kami pulang, ana ingin makan asam padahal waktu sudah lewat, badanmu juga pasti penat setelah bekerja di siang hari.  Namun, dikau membalas dengan baik sekali, dan mengajak ke kedai membeli asam, kuaci, keropok dan air botol.  Hati ini berdoa lagi, ‘Ya Allah, ana sangat mencintai dia, berikanlah hidayah dan berkati hidup kakakku selalu.’  Saat itu adalah paling bahagia bagiku, dirumahmu juga dikau melayanku dengan baik sekali.  Hatiku berdoa ‘Ya Allah, alangkah ana sangat bersyukur ke hadratmu, diberi rasa yang bahagia dari orang yang menyayangiku.’

Perhatianmu, membahagiakanku
Esokkan hari adalah hari untuk pulang ke rumah di Selangor.  Namun, kakak harus kerja juga, pada mulanya ana tidak mahu ikut, setelah sejenak berfikir ana setuju mengikutinya ke tempat kerja dan terus pulang ke Selangor.  Hatiku masih terus istiqomah berdoa, ‘Ya Allah, Kau berikan kekuatan untuk kakakku meneruskan tanggungjawabnya dengan ikhlas, dan lindungilah kakakku dari segala bahaya.’  Ana menunggu di lobby dengan membawa beg2 pakaian, lalu kakak telefon menyuruhku menaiki lif ke tingkat 6.  Setiba disitu, ana disuruh untuk duduk di kerusi yang berhampiran dengan plag agar boleh online sementara menunggu kakak habis kerja.  Dalam penungguan itu, tidak terkira dikau menjenguk dikerusi, terkadang ana leka online dikau memandangku untuk memastikan ana tidak apa2 mahupun berasa boring kerana dikau harus terus bekerja lewatan.  Dikau merisaukan ku, membuat ana merasa dilindung dan gembira diberikan perhatian itu.  Sungguh ana sangat bahagia, saat2 berada disampingmu, agar diri ini boleh merasakan kehidupan seharian mu.

Saat menaip coretan ini, mata ku berkaca-kaca, ada sinar air mata cinta yang lahir dari hati. 
Kakak, terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan atas segala pengorbananmu terhadap adik2 mu dan juga keluarga.  Sungguh selama ini, ana buta, tidak melihat dirimu dengan lebih dalam dan cinta2 yang lahir dari mu.  Sungguhpun, luaranmu dingin, tapi pengorbananmu, MasyAllah, tidak ada seorang pun yang bisa melakukan yang sama seperti mu.
Kakak, semoga syurga Allah ganjaranmu kerana dikau telah membahagiakan dan menyenangkan IBUBAPA mu semasa mereka hidup.  Maafkan diriku kerana sekarang ana hanya mampu membalas dengan doa yang tidak putus2 agar dikau bahagia dan menjadi kita berempat menjadi anak yang solehah.
Terkadang ana terfikir, jika dikau berkahwin, ana pasti akan merasakan seperti orang merampasmu dariku, ana pasti akan merasakan kehilangan kasihnu itu, kerna itu adalah lumrah, dikau pasti ingin membina keluarga mu sendiri…untuk saat ini, ana tidak tidak sanggup membiarkan orang merampasmu, mampukah lelaki itu menghargaimu, menjaga makan dan minummu? Ya Allah, temuakan jodoh yang mendekatkan kakak ke jalan Mu. Amin ya rabbala’lamin.

Doaku untukmu sentiasa bertasbih kakak.  Syukran.


*maaf kalau ada yang tersinggung, ambil yang jernih buang yg keruh <3

4 comments:

  1. pengorbanan seorang kakak amat la besar =]

    ReplyDelete
  2. huDa smkIn lawa btuDung..=D
    kim clm kat fmly huda k..ag phK rierie
    i always mish u..muah2! <3<3<3

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...syukur..tQ rierie sygs...
    kmslm family rierie jg...
    hope 1 day..i can meet ur fmly n know u more..
    rierie my ever forever best friend...
    susah nak dpt kwn cm rierie...
    bia jauh tp rierie tetap dihati..wwaa...jiwang lak..miss u cho much too dear..
    muuaahhh3x

    ReplyDelete