Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Friday 7 October 2011

Adik-beradik VS Anak Tunggal

Assalamua’laikum WBT
Apa khabar kawan2... 



Hari ini ana mahu kongsi satu perkara yang InsyAllah…bermanfaat utk kawan2 yang mempunyai adik-beradik.

Let take a look for a while….

Kata2 dari salah seorang adik mahupun kakak…
‘ala, asyik adik je dapat…angah pun nak juga.’
‘mama, adik nak macam kak long juga…’

Kadang2 ibubapa kita serba salah..pernahkah kita terfikir?huhu^.^
Namun sebenarnya...kita tidak nampak yang disebaliknya, dengan adanya adik-beradik kita boleh menerapkan nilai-nilai murni seperti berkongsi,  bertolak-ansur malah yang lebih baik kita mempunyai ramai orang yang menyayangi kita tanpa paksaan dan tanpa kita sedar.

Namun bagi yang tidak mempunyai adik-beradik ataupun anak tunggal…ada kelebihan dan kekurangan, kalau kita anak tunggal, ibubapa kita selalu akan memenuhi kehendak kita, nak apa-apa saja mesti dapat..kadang2 sehinggakan belajar pun mahu bergantung kepada orang lain....hhhmm...mengapa kita tidak cuba untuk memahami sendiri ya?Anak tunggal mempunyai tanggungjawab yang besar sebenarnya kerana pada andalah segala sandaran ibubapa.Adakah anda akan lebih berdikari jika disituasi ini?

Hakikatnya, barulah kita sedar…selama ini, apa yang telah kita cuba capai adalah pengalaman dan petunjuk dari Allah bahawa kelebihan adik-beradik mengajar kita lebih berdikari dan berusaha keras untuk mencapai kemahuan dan kejayaan dengan usaha sendiri.  Tidakkah anda merasakan betapa hebatnya kelebihan adik-beradik yang selama ini kita perolehi? 


Ana bersyukur mempunyai adik-beradik kerana hadirnya mereka dapat menceriakan hari2 ana, suka duka bersama, dan paling berharga kami dapat belajar berdikari agar lebih baik di masa hadapan. Terima kasih tidak terhingga pada Ilahi dan ibubapa serta adik-beradik yang tercinta.

"Cinta kita pada Allah ataupun pada makhluk ciptaanNya...
Terkadang kita terlalu berharap pada manusia…tapi kesudahanNya…kita tidak dapat apa2…ikhlaskan hati anda semua dalam kehidupan anda.  Semoga kita selalu istiqomah dan sentiasa perbaiki diri selalu…bak kata pepatah dari teman ana di Indonesia.
“Semoga semakin hari kita semakin lebih baik dimata Allah Sang Maha Penyayang” ~dacas

Amin ya rabbala’llamin…
=)

No comments:

Post a Comment