Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Thursday 24 September 2015

Finally! Cikgu Lesen Kajang The Best!

Assalamualaikum wbt

This post quite late actually...

Just got my P for B2 license..Alhamdulillah setelah 2 tahun lebih susah payah! Ini semua kerana Aaron..!! Ku gagahkan jugak! huhu^_^

Okaylah. Untuk jadikan post ni manfaat sikit, Anna nak share kat mana Anna buat lesen yang boleh Anna katakan a good place rather than the previous one.

After recovered from accident, i bought Aaron which is my hero my keunggulan my strength gittuuuwww, a scooter! What a dream come true! Well, had a dream to have a scooter back then 2005 which minah hiphop sgt masa dekat Ampang dulu. huhu^_^

So, here it is Anna recommended kalau sesiapa nak amik lesen area Kajang ni dekat cikgu Anna ni...

Ni bisness kad dia...

Ni Institut memandu nya lah..

Dekat Cikgu Hanif ni, dia byk pakej taw. So boleh datang kedai dia kat Saujana Impian atau contact dia.  A good teacher!

*Okay knp Anna ckp 2 tahun lebih? At first back then 2012 Anna buat dekat cikgu lain kdi dia dekat Bandar Kajang..x best servis dia..Anna ade lesen L B2 & D.. tp rezeki dari Allah kan.. pendek cerita, Anna pun accident (Kun Fa Ya Kun), one day before JPJ test kereta. Since that fobia nk riding and driving, and masa tu dengan sem akhir degree nya..thesis and so many many things.. i felt so kucar kacir hidup. Alhamdulillah...i am here now. Faced all the things... Once i decided to continue it back, JPJ dah tukar sistem baru, which is Anna nak sambung P tapi kena bayar daripada mulaaaa sekali..means bayar lagi sekali pakej tu.  Last sekali Anna decided to let it burn and go find a good teacher and start from the beginning.  This license journey..well Allah not simply give it to me, need to work hard even harder.  But now, Alhamdulillah..and me planning on D pulak. Wish me luck!

xoxo ~ Anna

Thursday 17 September 2015

Kelak..

Assalamualaikum wbt

Dingin malam...
Ku cuba pejamkan mata..tapi fikiran jauh terbang...
Apa yang masih diingatan...?

Sering kali dia, dia yang muncul..
Wajah dan senyum masih jelas...
Senyuman yang manis dan bahagia..
Madah kata cinta masih terngiang..
Tatkala ku cuba lambungkan ingatan...
Ia pasti kembali padaku..

Dalam diam ku..
Ada rindu..
Dalam sepi..
Ada kamu..

Ku cuba..
Sekali lagi untuk berharap..
Atau kita punya impian yang sama?
Ada mungkin kali ini..
Yang terpasti?

Kamu pernah bermadah..
Jika kita niat yang baik...pasti yang baik jadi..

Semoga kita menemukan bahagia..

Kamu dan daku..
Sama2 pernah sakit kecewa..

Kita punya impian...impian yang sama..
Tidak terluah oleh kata..
Tapi dihati mungkin rasa..
Kita cuba menjadikan semua dalam kesabaran serta doa yang tak putus..
Untuk punya bahagia..

Ku ingin kita saling butuh..
Kamu bahagia ku..
Semoga kita bertemu..
Di janji Allah...
Sekarang, kini,
dan
kelak..

~Anna

Kembalilah.........

Rasa diri berdosa adalah satu tanda hati itu hidup. Rasa berdosa perlu selalu ada dalam diri kita yang bergelar hamba. Rasa berdosa tak perlu kenal jawatan, harta dan kekayaan mahupun amalan. Rasalah diri berdosa meskipun qiam tak tinggal, quran selalu ditangan, aurat dijaga rapi atau mulut petah bicara tentang Tuhan. Dosa kita ibarat buih di lautan, tak terkira banyaknya.
Rasa diri berdosa, tangisilah. Biar tumbuh rasa kesal di pasu hati. Biar hati disirami air mata kekesalan daripada kering tanpa penghayatan. 
Rasalah diri kerdil dan tak punya apa-apa kecuali kasih belasNya. Jangan kita hanya hebat di mata mereka bergelar manusia tapi sampah di mata Dia. Kerana yang kita mahu hanya redhaNya.
Ar-Rahman Ar-Rahim, Ya Ghafur Ya Alim. Tiada satu pun yang terlepas dari pengetahuanNya even setitis air mata yang jatuh ke pipi. Apatah lagi yang jatuh membanjiri. Kasihnya Dia pada kita buatkan kita masih terdiri menghadapi hari2. Peluang diberi silih berganti bagi mereka yang menyedari.
Wahai hati., tangisilah biar beribu kali.
Yakinlah rahmatNya itu luas meliputi benua langit dan bumi. Ikhlaskan dan sujudkan hati dalam doa dan solatmu.
Dan pada Dia urusan dikembali. Teruskan mencuba lagi dan terus mencari. Lumpur di badan harus dicuci biar setiap saat berlalu pergi.
Moga selamat di pengakhiran nanti ❤️

Sunday 6 September 2015

Resepi Pulut Kuning dan Kari Telur

Assalamualaikum wbt

Kali ni, Anna nak post pasal resepi pulak... Berdasarkan resepi2 yang Anna pakai, terhasil lah resepi sendiri.

Sebenarnya Anna nak bayar nazar ni.. sebab.. "i got my P license!!!" Alhamdulillah. Well, untuk motor je. Cerita al kisahnya panjang, pendekkan rezeki baru dapat sekarang setelah diuji accident bagai.

Okay dah habis..hehe

Resepi Pulut Kuning

Bahan-bahannya:
1 kg beras pulut susu (Anna guna pulut susu sebab sedap, berlemak dan lembut)
2 - 3 cawan santan pekat
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Rendam pulut dalam air dan letak serbuk kunyit, gaul sebati. Biarkan selama 4 jam.
2. Masak sekejap santan tadi, letak garam secukup rasa dan daun pandan.
3. Panaskan kukus selama 30 - 45 minit.
4. Selepas 4 jam, toskan pulut yang telah kuning tadi. Letak dalam loyang atau bekas.
5. Tuangkan santan menutupi paras pulut. (atau mengikut anggaran anda)
6. Kukus selama 30 - 40 minit, balikkan pulut selepas 15 minit supaya pulut masak dengan sebati.
7. Selepas masak, tutup bekas pulut supaya tidak keras.


Resepi Kari Telur

Bahan-bahanya:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang cili merah
1 inc halia
5 tangkai daun kari
2 peket rempah kari (Anna guna Adabi)
secawan air gelas besar
2 cawan santan cair
4 biji kentang
15 biji telur ayam (sudah direbus)
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan daun kari, bawang merah, bawang putih dan halia. (tumis hingga naik bau)
3. Masukkan rempah kari, goreng sebati sekejap sahaja jgn hangus dan terus curah air. (ada orang dia bancuh dulu tapi lama sikit lah dan kurang wangi, up to you.)
4. Masukkan cili, kentang, tunggu hingga kentang empuk. Kemudian masukkan santan. Tunggu hingga mendidih dan masak.
5. Masukkan telur rebus tadi, biar masak dalam 10 minit.
6. Siap dihidang!

Itu sahaja, i give you simple resepi and senang nak baca. Selamat mencuba.

*masa sekolah teknik dulu amik course masak2..bila masuk U, hurm..x minat nak going further career in masak memasak. but im glad, that school teach me a lot basic cooking and baking. walaupun ade certain baking yang x jadi bila buat..hehehe

xoxo
~Anna

Berjanjilah seperti bulan yang tak pernah lelah..

Assalamualaikum wbt
Apa khabar teman2?
Rasanya sudah lama Anna tak berkarya ya?
Huhu ^_^
Antara bulan dan juga matahari...
Teman2 lagi suka yang mana?
Pokoknya, bulan dan matahari ini sangat setia pada titah Allah.
Sebab apa? Sebab ia tak pernah lelah memberikan sinaran pada dunia.
Pepatah ada mengatakan....
"Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi keesokannya."
Tapi dalam hal ini,
Anna lebih suka bulan....
Sebab apa?
Sebab....bulan muncul di kala malam yang gelap.

Menerangi saat kita ketakutan dan tidak punya apa-apa.

KeranaMu Ya Rabb Aku Berubah

Assalamualaikum WBT

"mencintai Ilahi dan Islam
satu-satunya agama dan cara hidup yang diredhai Allah
yang sentiasa menyediakan 
JALAN PULANG

seluas lautan
setinggi langit
dan segunung dosa sekalipun, 
setiap kekhilafan masih boleh dibasuh
disucikan dengan
keinsafan
kemahuan
ketakwaan
dan taubat yang bersungguh-sungguh

Fitrahkah kita?

Assalamualaikum WBT

Manusia yang jiwanya terpesong daripada fitrah akan jauh daripada rahmat Allah,
akan terdorong ke arah kegelapan,
apalagi jika bertuankan keseronokan duniawi semata-mata,
maka semakin lekalah diri berada dalam kelalaian,
sedarlah walau siapa pun kita,
walau tingginya darjat,
ia tidak menjamin kebahagiaan kecuali
KEMBALI KEPADA ALLAH SWT

Monday 17 August 2015

Braces Tips: Spacer & Trans-Palatal Arch (TPA).

Assalamualaikum wbt

Okay lah, selalu Anna mesti update pasal religi. This time around nak update pasal braces  | pendakap gigi. ;D

Hurmm.. x pernah terfikir nak pakai pun before this, but now..this is it. hehe. Me with braces and joined the #TEAMGIGIBESI. hehe

Looking at my sister, she barely 3 years using this braces and akan buka dah within few month, while me baru saja nak pakai.

So, wondering lah mcm2 kena pakai, i mean the band TPA, spacer lah semua. Adik Anna x kena pun! So, xde lah tempat nak tanya sangat. Lastly, buat research and reading sendiri saja lah.

So here the tips untuk gigi yang mcm Anna yang kena guna besi yang akan melintang vertically kat lelangit, nama dia TPA shortform Trans-Palatal Arch nama penuhnya. TPA ni dia guna untuk bagi gigi atas tak moving sesuka hati dan menarik gigi anda ke dalam. hehe . ni gambar bawah ni contoh gambar Anna Google :)

*Normal TPA

Amat mencabar sebenarnya nak pakai braces ni. Sebelum dia pakaikan TPA dia cabut dulu gigi and in my case 2 batang gigi atas saja kena cabut. Gigi bawah mmg dan 'missing' masa zaman high school dulu.  Kemudian seminggu sebelum dia akan pasangkan SPACER untuk masukkan band yg korg tgk kat tepi TPA tu.

*Inilah spacer  yang Anna cakapkan tadi.

Lepas je cabut gigi and pakai spacer ni siaplah, nyilu yang amat.

*to be continued...

Love xoxo ~ Anna

Friday 14 August 2015

Empayar Iblis

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. Iblis Azazil nekad untuk menjadi penderhaka, lalu dia meminta supaya Allah s.w.t. panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat iaitu selagi wujudnya manusia.

Dia (Iblis) berkata(Al-Israk:6...2):
“Terangkan kepadaku inikah orang yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil.” Permintaannya diperkenankan. Allah s.w.t. murka kepada syaitan laknatullah di atas sifatnya yang sombong, degil dan dengki.

Firman Allah: “Pergilah, siapa di antara mereka yang mengikuti kamu maka sesungguhnya neraka jahanam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup.” Lalu Iblis Azazil dihalau dari syurga.
Allah berfirman (Shaad:77-78):
“Kalau demikian, keluarlah engkau dari syurga, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang direjam. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat-Ku terus menerus hingga ke hari kiamat.
Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar Iblis. Iblis laknatullah mengetuai kerajaannya selaku maharaja hingga ke hari kiamat. Ianya tiada pilihanraya di mana ada syaitan yang mencabar kerusinya. Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan terima laporan daripada syaitan yang berkhidmat untuknya, persis seorang presiden sebuah negara. Iblis mempunyai barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di bawah empayar Iblis.

Lima menteri kanan itu terdiri daripada anak-anaknya sendiri. Mari kita mengenali menteri-menteri ini:

1. Dasim
Malaun ini dikatakan anak emas Iblis laknatullah. Kenapa? Dasim serta seluruh rakyat kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci, berang dan dengki setiap kali ijab kabul dilafazkan. Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka itulah kemuncak kegemilangan bagi kerajaan Dasim yang terkutuk.

2. Al-A’war
Membentuk dan memudahkan laluan zina dan keruntuhan moral ialah tugas kementerian si durjana ini. Gembiralah Iblis apabila zina berleluasa dan lahir anak-anak luar nikah, kerana itu petanda keturunan Adam pincang.

3. Maswath
Anak Iblis yang satunya ini merupakan pakar jurusan menipu. Dia dan pengikutnya sentiasa membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia. Permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.

4. Zalnabur
Si terkutuk ini pula dan kakitangannya berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci-maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang ramai, seperti di pasar atau shopping mall.

5. Tsaba
Geng syaitan ini memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, mangsa tanah runtuh, mangsa rogol mahupun mereka yang kematian orang tersayang termasuk dalam senarai ‘most wanted’ Tsaba. Mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap Allah, manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan Allah s.w.t. atas semua yang terjadi.

Tidak ada yang terlepas dari gangguan syaitan kecuali mereka yang dilindungi Allah s.w.t. Sebenarnya sejak dilahirkan, setiap bayi ditemani seekor syaitan bernama ‘qarin’ (syaitan ini umpama ‘baby sitter’ berbanding syaitan-syaitan lain yang mempunyai tugas tersendiri). Hanya selepas nyawa terpisah dari badan, tugas ‘qarin’ dikira beres.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tangisan bayi ketika kelahirannya (adalah akibat perbuatan jahat) dari syaitan.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

“Setiap anak Adam pasti akan ditusuk di bahagian tepi (badannya) dengan jari-jarinya (Iblis) ketika dilahirkan, melainkan Isa bin Maryam sahaja. Iblis telah cuba melakukan tusukan tetapi tusukannya telah terhalang”. (Riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)


Saturday 8 August 2015

Tidak Mudah tapi terasa akan Indah

Assalamualaikum wbt

Tidak mudah tersenyum ketika hati menangis dan teriris
Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari itu adalah bahagian dari kasih Ilahi
Agar Allah memindahkan  kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita

Tidak mudah bangkit dalam keadaan terperuk
Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari
Bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya agar kita tumbuh besar dan kuat

Tidak mudah memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa indah ketika kita boleh membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri

Tidak mudah memaafkan ketika kita dibenci dan dihina
Tapi akan terasa indah kalau itu bahagian dari penyucian diri
Dan ikhlas hanya mengharap redha Allah

Tidak mudah melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya
Tapi akan terasa indah ketika menyedari itu adalah awal dari kejayaan kita

Tidak mudah melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari itulah jalan yang harus ditempuhi
Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya

Tidak mudah menghilangkan duka kerana kehilangan
Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari
Bahawa Allah telah meminjamkan kepada kita beberapa ketika

Tidak mudah menghadapi penderitaan dan dugaan yang terus mendera
Tapi akan terasa indah ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur
Dan menyedari itu bahagian dari cara Allah menyayangi hambanya
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya


*Ada ketika kita merasakan dunia seakan berlaku tidak adil pada kita... Keluh, resah, kenapa, mengapa..bagaimana? Pelbagai perkara yang bermain difikiran.  Justeru itu, berhenti untuk seketika, carilah Dia yang saat dunia tidak lagi kelihatan cerah bagi kita.. Baiki diri dan hadapi kepincangan.
~Love - Anna

Thursday 6 August 2015

3 Kunci Keselamatan

Assalamualaikum wbt

Sahabat Uqbah bin Aamir (RadhiAllahu ahnhu) pernah bertanya:
"Apakah (kunci) keselamatan itu?"
Nabi (SAW) mengatakan:
"Kendalikanlah lisanmu, jadikanlah rumahmu lapang untukmu dan menangislah kerana dosamu."
[Hadis Riwayat Ahmad dan Attirmidzi, dihasankan oleh Attrimidzi dan Syeikh Albani]

Dalam hadits ini Nabi (SAW) menyebut bahawa keselamatan itu boleh diraih dengan 3 perkara:

1. Menjaga lisan
dari perkataan yang mendatangkan dosa, mahupun bahaya dari orang lain. Hendaklah seseorang tidak mengatakan kecuali kebaikan, sebagaimana dalam hadits lain.

2. Seboleh mungkin untuk selalu di rumah,
kecuali bila ada kebutuhan untuk keluar rumah. Kerana dengan begitu seseorang akan semakin memperhatikan keluarganya, dan dapat mengurangi kemungkinan berbuat salah kepada orang lain.

3. Menyesali dosa-dosa
yang telah dia perbuat, dia menangis dan bersimpuh di hadapan Allah meminta ampun kepadaNya, sehingga dengannya terhindar dari murka Allah dan selamat di dunia dan akhiratnya.

Wallahu a'lam.


*Bukan senang nak berubah perlukan hati dan iman yang kuat.  Jangan putus asa sebab setiap manusia buat silap, tiada Allah ciptakan manusia sempurna. Learn from the mistakes, take chance to do better, to make things better, to live better. Just believe in Allah faith. #stayinAllahfaith
~Anna

Wednesday 5 August 2015

Maafkanlah

Maafkanlah..
Masa lalu dan bertaubatlah

Tidak perlu merasa diri tidak pantas untuk menjadi lebih baik,
semua orang pernah berdosa,
semua orang melewati masa kelamnya, bukan hanya dirimu.

Jika semakin jatuh kita ke dalam perasaan terpuruk  kerana luka
akan dosa lantas menghalangi diri dari bertaubat,
itu kah yang kamu inginkan untuk hidup mu?

Disaat seperti itu, kita sukses membuat syaitan tertawa dan
Allah cemburu pada maksiat yang kamu lalukan.
Kamu tahu itu semua tidak baik, kan?

Maka tidak perlu ada rasa kecil hati, bahkan putus asa dari pengampunan Allah.
Sebab itulah yang syaitan inginkan, kamu harus benci membantunya. Harus.

Maafkanlah masa lalu mu, tawakalkan masa depanmu, nikmati masa mu yang sekarang.
Maafkan memang tidak mengubah apapun yang terjadi di masa lalu.

Tapi ia memperindah hari esok dan menceriakan hari ini.

Semoga Allah tambahkan hidayah dan ilmu yang bermanfaat... Aminn...


*menaip sambil menangis...sampai tak nampak huruf kat skrin.. lagu2 opick pulak menusuk ke hati..
Allah... :'(


Saturday 25 July 2015

Kerna daku bukan siapa-siapa di mata Mu

Dunya....
Semakin dikejar-kejar..

Terkadang kita leka..
Ingin sekali capai bahagia itu..

Tetapi waktu tidak mengizinkan lagi..
Tanggal apapun semua rahsia Dia...

Hati..
Jiwa..
Sering saja leka..

Iman..
Sering juga tidak konsisten..

Namun, kita hanya manusia yang terlahirnya dari Adam dan Hawa..
Yang api juga berjanji untuk menyesatkan kita..

Ya Rabb..
Saat hati jiwa iman semuanya goyah..
Ku mencari Mu..
Tapi Kau jauh..
Seperti membenci ku..
Daku tersungkur tersujud mencari dan mengejar Mu..
Menjerit-jerit lahir batin ku...

Ya Allah..
Ya Allah..
Ya Allah..

Ampuni jiwa yang ternoda..
Ampuni hati yang terlupa..
Ampuni iman yang goyah..

Maafkan daku yang hodoh lagi hina..

Daku tetap kembali..
Daku tetap mencari..
Daku tetap mengejar Mu.. 
Walau apa pun..

Tolong jauhku dari segala yang dilarang Mu..
Tolong Ya Rabb..
Tiada siapa ku bergantung hanya pada Mu..
Daku merayu..

Berkata Abu Bakr asy-Syibli:
" Jika kamu ingin melihat dunia beserta isinya maka lihatlah sampah.  Itulah dunia.
Jika kamu ingin melihat dirimu maka ambillah segengam tanah kerana dari tanah kamu dicipta, ke dalam tanah kamu akan kembali, dan dari dalam tanah kamu akan keluar.
Jika demikian keadaanya maka dia tidak boleh bersikap bongkak atau sombong kepada sesamanya."
(Dari kitab Sifatush Shafwah, Ibnul Jauzi)


*dosa-dosa buka aurat pun kena taubat..semoga diri ini kuat menjaga larangan Nya.. inshaAllah



Saturday 18 July 2015

Tempat Praktikal / Latihan Industri Diploma & Degree, Selangor & KL

Assalamualaikum wbt

Apa khabar dear blogger or reader?

Harini kemas2 barang-barang dekat bilik, tak tahu lah kemas yang kali ke berape ntah. Sebabnya dah lima tahun merantau study sana sini. dah kerja tak nak lah merantau lagi, ha, melainkan nikah dan kena ikut suami. Huhu^_^ So, kemas2 barang apa yang patut dibuang. Kalau nak ikutkan sayang semua barang, jadi stor lah rumah ni.

Tgh belek2 barang2 jumpa pula diari harian yang ada tulis senarai tempat2 praktikal masa diploma dulu.

So, Anna ingat boleh bantu kawan2 atau adik2 yang mencari tempat praktikal.

Here it is the address list;

1. Lembaga Minyak Sawit Malaysia
    6, Persiaran Institut,
    Bandar Baru Bangi,
    43000 Kajang, Selanor.

2. Bahagian Khidmat Pengurusan
    Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia,
    Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
    Lot 5733, Jalan Putra Permai
    43000 Kajang, Selangor.

3. Tenaga Nasional Berhad (Bangi)
    Bahagian Pembahagian TNB
    Lot 1, Jalan 6C/13,
    43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

4. Jabatan Perolehan
    Permodalan Nasional Berhad (PNB)
    Tingkat 33, Menara PNB,
    201-A, Jalan Tun Razak
    50400 Kuala Lumpur.
    OR
    Education Development and Corporate Communication Division
    36th Floor, Menara PNB
    201-A, Jalan Tun Razak
    50400 Kuala Lumpur.

5. PETRONAS Gas Berhad,
    Aras 50, Menara 1,
    Menara Berkembar PETRONAS KLCC,
    50088 Kuala Lumpur.

6. Human Resources
    Maxis Mobile Sdn. Bhd.
    Level 17, Menara Maxis
    Kuala Lumpur City Centre
    50088 Kuala Lumpur.

7. Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
    Tingkat 12, Pusat Kecemerlangan,
    Wisma Bernama,
    28, jalan 1/65A,
Off Jalan Tun Razak,
50700 Kuala Lumpur.

8. Human Resource
    Malaysia Airports Holdings Berhad,
    Corporate Office,
    Persiaran Korporat KLIA,
    64000 KLIA, Sepang, Selangor.

9. Bahagian Sumber Manusia
    Jabatan Khidmat Pengurusan,
    Majlis Perbandaran Ampang Jaya,
    Pandan Indah, 55100 Selangor.

But, some of address yang kena mohon online dah. Mcm PETRONAS, MAS. Read more on others article or googling the web and call the company! Time ni Anna masih lagi zaman2 surat menyurat ni. Alhamdulillah, finish my internship Diploma at Permodalan Nasional Berhad (PNB) and Degree at Kebabangan Petroleum Operating Company (KPOC). And now working as Secretary at ...dot dot dot.. hehehe

Goodluck adik2.

*kepada adik2 perempuan yang maybe putus cinta masa study, lagi lah pulak bf study tempat sama, atau satu kelas? mesti kecewa. yang penting jaga diri dan akhlak. kalau jodoh awal jumpa masa universiti dan habis sekolah, itu rezeki.  tapi kalau dah masuk dunia pekerjaan ni, lagi mencabar dan banyak pilihan yang bujang dan ada masa depan. so jgn kecewa, siapa tahu rezeki jodoh masa bekerja, tapi kalau tak lagi, apa nak buat, rezeki bersama ibu bapa lagi. Dan mungkin ada yang putus dipertengahan, putus tunang , cerai dan kematian.  Semua itu takdir Allah dan rezeki masing2. Semoga jiwa kita tetap sabar. Sabar lagi jiwa. Dekatkan lagi diri dengan Allah. InshaAllah janji Allah pasti.  Tetapkan cekal dan berdoa untuk menghadapi ujian Allah.  Setiap manusia punya masa lalu dan khilaf.

Jazakumullah bil khair.

Wslm.
~ Anna

Tuesday 9 June 2015

Menangis pada Allah yang Maha Mendengar. . .

Assalamualaikum wbt

Demi (rombongan malaikat) yang bersaf-saf.
Demi (rombongan) yang mencegah (kejahatan) dengan bersungguh-sungguh
Demi (rombongan) yang membacakan peringatan.
Sesungguhnya, Tuhanmu benar-benar Esa. 
(al-Saffat/ yang bersaf-saf: 23: 446)

"Hijran mahjura": semoga saya terhindar daripada bahaya ini.
Ini adalah satu ungkapan yang biasa disebut oleh orang Arab ketika menemui musuh yang tidak dapat dielakkan lagi, 
atau
ditimpa sesuatu bencana yang tidak dapat dihindari. (al-Furqan: 19: 362)

"Apakah belum pernah ada orang yang datang memberi peringatan kepadamu (di dunia)?" (al-Mulk:29:562)



*A Caliph of Allah. An Ummah of Rasullullah. A Zaujah of a great Imam.
~Anna




Ibadah

Assalamualaikum WBT

Apabila kita melakukan ibadat
tidak memadai hanya besertakan niat
tetapi mestilah berlandaskan 
SYARIAT
dan
IRINGI
dengan cara yang betul

Bukalah minda,
lapangkan dada,
TERIMALAH KENYATAAN

dan perbaiki kepincangan
YAKINLAH....

tiada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau
dan
tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa hadapan.


Real relationship..

Assalamualaikum wbt

AL - Quran tu surat cinta Allah. 
Azan pula Call dari Allah, 
Solat itu Dating dengan Allah.

So, no single status in our life, 
we are all in relationship 
with 
Allah.


"run Forest run"!

Assalamualaikum wbt

Ingat tak korang dekat cerita Forest Gum..?? huhu ^_^ Kalau sebut pasal lari je mesti terus ingat cerita tu.. hehehe

Okay, kali ni, Anna nak share dekat korang pasal hobi baru Anna, Running!

So far, sudah 3 track jogging yang Anna dah explore, rupanya cantik-cantik semua tempat jogging yang Anna pergi.

1. KLCC Park, KL
2. Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak
3. Taman Tasik Cempaka, Bangi

Itu antara jogging track yang Anna dah pergi dengan team or partner running.  You will find it is good things to do, sebab badan akan rasa ringgan dengan kita bersenam atau jogging.

So, i am going to explore more jogging track around me.

Selamat mencuba dan berlari..!! hehe

*See the world, see how beautiful life that Allah gives to you. Biarkan dunia berputar seiring waktu berjalan....and
.
.
don't be sad..! Life goes on. xoxo
~Anna




Wednesday 3 June 2015

Short Trip to Perak

Assalamualaikum wbt

Ahlan wa sahlan..huhuhu ^_^

Even thought my father orang Perak, but not so many places yang Anna pernah discover lah actly.
Mengimbau pulak zaman-zaman study diploma dekat Seri Iskandar, tempat selalu lepak dulu Bandaraya Ipoh, Lumut, Teluk Intan, Marina Island, Teluk Batik and Pulau Pangkor (tak sempat pergi)

and the most word yang paling rindu pasal Perak ni kalau jadi emcee untuk event UiTM SI,
"Salam 1Malaysia, Salam Perak Amanjaya." gituuuwww huhuhu

Okay, short trip ni company yang bawa 2h 1m, and of course my DDECian ada. There are so much fun!!! Im really enjoy those moment..... nek bas ramai2 with all the family.. jadi baby sister.. best sgt!!! ....and moment with you :)

So, antara tempat2 yang menarik kat Perak kitorang pergi,

Muzium Perak, boleh dikatakan as design trip sebab kita pergi Muzium but sadly hujan masa tu, so x dapat amik gambar dekat jet pejuang, monumen & keretapi lama dekat luar muzium.

Safari Night Zoo Taiping, since pergi masa cuti sekolah memang ramai sangat orang and Q panjang so some of my colleague take a walk lah (including me)...lagi enjoy dari nek tren tu, laju sangat and u will not enjoy the moment tgk haiwan waktu malam2..

and most tempat akak2 akan pergi,
Pasar Changkat Jering! Anna suggest kan tempat ni untuk beli souvenir , sebab of course you will buy ikan kering (orang johor panggil ikan kering) ikan masin, ikan pekasam, belacan, udang kering, macam2 lagi untuk ur parent.  Tapi, masa pergi tu hari Ahad, so tak banyak kedai buka tapi yet it still ada 2 3 kedai buka. Luckily! Kena lah beli ole2 untuk mama ayah taw. Kalau tak kopi, ikan kering. Anak mama ni..hahaha.. Sometimes, parent ni paling senang nak belikan ialah makanan! hehe

Okay, that's all the story pasal short trip to Perak.. yang best nyer some of them beria-ria masak ikan pekasam right after balik dari trip! okay serious sedap! hehehe..





*Just enjoy the moment with less stress and hope. wink ;) xoxo
~Anna

Tuesday 26 May 2015

Wajah itu....

Assalamualaikum wbt

Wajah itu,
Seorang lelaki..

Wajah seorang wira perkasa, 
Ayah
Makin tidak bisa ku lihat hari demi hari...
Kala kita sibuk ke sana sibuk ke mari..

Wajah itu,
Ku lihat pudar..
Kian samar hari demi hari..
Ku cari saat bersama
Pejam mata, Oh! Sungguh rindu saat bahagia!

Wajah itu juga,
Tiap hari dambaan isteri tercinta, Mama.

Wajah wanita agung yang,
Tak pernah lelah membagi cinta..
Tak pernah lelah memberi bahagia..
Tak pernah putus asa berjuang
Dan
Tak pernah lelah sekali berbakti

Ketika di duga
Dia tidak pernah membenci siapa pun
Menyalahkan juga tidak
Malah menegur
Dan makin menyayangi
Menerima segala nafas dari Allah

Ku ingin jadi seperti ibu

xxx
Wajah berdua itu,
Kini kian tua..
Di makan usia..

Apakah ku bisa berbakti kepada mereka?

Moga ku bisa membuat wajah itu bahagia..
Mengambil segala kebaikan, kesabaran, ketabahan dari Wira dan Wirati ku.

Oh Ayah Ibu.

Terima kasih untuk kasih sayang yang tak pernah usai..

~Anna


Langkah kaki di dalam Rencana Nya..

Assalamualaikum wbt

Pernah rasa rindu pada Nya...?
Sampai air mata menitis...?

Sungguh ku rindu Cinta ku...
Cinta yang tidak pernah meninggalkan kita saat apapun..


Kini ku lalui hari-hari dengan Dia...

Bukan itu yang ku mahu?

Ku ingin masa-masa terluang terbazir hanya daku dan Dia...
Saat bersama Dia..
Hati jadi tenang...

Ya Rabb,
Jauhi hati ini dari iri melihat kebahagian insan lain...
Kerna ku tahu..
Saat untukku akan tiba..

Mungkin makan bertahun lamanya..
Atau...
Mungkin bukan di dunya..

Tuntun hatiku dalam sabar menanti...

~Anna

Tuesday 5 May 2015

Akhiri...

Kali ni, daku terdiam
Membisu
Kaku
Buntu
Sakit
Perih

Dunia seakan berlaku kejam kepada ku
Setiap masa yang ku lalui

Seakan makin perit
Malah menyakitkan

Mengapa?
Kenapa?
Sakit
Jiwa
Fizikal

Apa daku tidak layak untuk kecapi bahagia?

Dimanakah pengakhirannya?
Daku hanya insan yang lemah
Butuhkan perlindungan
Bukan kekerasan

Apa guna mencinta?
Apa guna berjanji
Jika hanya untuk menyakiti
Mengapa diri ku disakiti
Apa kurang ku pada mu?

Daku ingin pergi
Pergi jauh
Sejauh-jauhnya

Toleransi ku dianggap enteng
Kefahaman ku dipandang hina
Kasih ku kau buang

Tolong
Tolong
Tolong

Akhiri kisah derita ini............

Monday 4 May 2015

Konvokesyen UiTM.. again! (Pengambilan Jubah)

Assalamualaikum wbt

Good morning dear blogger.
Hari ni rajin pula Anna nak update blog pagi2. Well, since i go back to the basic. Deactived all my social network. I'll learn back slowly.....

Ok, kat sini Anna nak share sikit. Sometimes, bila kita dah habis study, dapat pula kerja cepat, kerja pulak busy tahap dewa dewi, kita lupa step segala-segalanya, hehe.

Sebelum pengambilan jubah:
Ada 3 perkara yang uols kena buat:

1. Borang Jubah Akademik Graduan yang telah ditandatangani (http://konvokesyen.uitm.edu.my/)
2. Slip bayaran yuran konvokesyen yang telah dijelaskan
3. Slip Kajian Pengesanan Graduan (http://graduan.moe.gov.my/)

So far itu saja, untuk pengambilan jubah ni. Tak complicated kalau uols tak kena saman. Kalau kena ada kaunter bendahari masa hari pengambilan jubah tu. Alhamdulillah, mine well so perfect.

Rushing balik lepas ambil jubah. Sebab naik motor dari Kajang ke Shah Alam. hurmm.. quite tough! but Alhamdulillah, sebab cuti dan kereta tak banyak.

So dah boleh ber 'photoshoot' lah semua graduan-graduan ni.

Sempat lah bergambar dengan some of my classmate yang terserempak. And mostly, with my partner in crime. Ezzuwani..!!!




Sunday 26 April 2015

Adam

Assalamualaikum wbt

Maafkanku Ya Rabbi,

Sesungguhnya terkadang daku tewas di medan dunya yang sementara..
Dunya yang penuh noda..
Terkadang..
Terlampau mengejar cinta, daku melakukan dosa pada Mu..

Ya Rabb,
Dimanakah Cinta-Cinta yang pernah ku lafaz pada Mu...

Maafkan ku Allah... Maafkan ku...

Maafkanlah ku,
Kalau lidah ini setajam pedang yang bisa mengoncang dunia..

Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman..

Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah..
Sesungguhnya dia juga yang berhak mengaturkan segalanya..
Sudikanlah menghayati bait-bait kata yang ku ukirkan untuk mu..

Wahai Adam,

Cinta bisa menguggat pelbagai perkara, ketahuilah jangan percaya pada mata, ia hanya pandangan syaitan durjana,

Kiranya harus kamu tahu, diri ini masih kurang seadanya, idea dan pendapat hanya pandangan manusia semata, belum tentu betul pada pandangan yang Maha Esa.

Adam,

Andainya kamu mencintai kerana Allah yang Maha Pencipta..

Sesungguhnya diriku hanya untuk Dia.  Kira kehadiran mu menambahkan ketaqwaanku padaNya.. Cari ku dalam takdir Dia.

Allah azza wa jallah.

~ Anna : Seorang kaum hawa yang diciptakan dari Dia untuk kaum adam.

Tuesday 21 April 2015

Does heart stop beating or we just stop counting?

Assalamualaikum wbt

Dear heart,

Woman. So unpredictable, so does her heart. She can be independent or dependent.

Woman reflect her man.

Don't take them for granted.

The pain will change her.

Affection. Attention. Where is goes?

Nikah is not something that you can easily apply it. It has certain rules.

Learn to understand it.  Love is just not enough when you put Allah aside.

We better start counting the day to meet Him and counting all the bless rather than to be stay in your safe zone. It dangerous.

Leave me in His faith.

~Anna

Friday 10 April 2015

Pesuruhjaya Sumpah Taman Sri Pemaisuri, Bandar Tun Razak

Assalamualaikum wbt

Lama sgt dah tak update blog kan? lately busy sgt2 mengejar cita2..hehe
Setelah berhempas pulas study selama 5 tahun, akhirnya di sini saya bersyukur dapat kerja tetap sebelum konvokesyen. I will tell you more on that.......

Skrg ni nak cerita pasal nak buat akuan sumpah untuk borang tawaran kerja ni. Dah nak hampir sebulan kerja baru ada masa nak settle kan apa yang penting.

Nak di jadi cerita, semalam pergi JPJ Taman Sri Permaisuri nak settle kan geran motor baru ku. Alang2 menyeluk pekasam cari pesuruhjaya sumpah kat sini.

And...!

Tersgt murah dipasaran. Anna bawa dua copy borang yang nak kena cop, so the first one dia cas RM4.00, utk yang lagi satu dia cas RM2.00 je.. So total, RM6.00.

Gambar kat bawah ni dia bagi semalam sebab bisness card dia dah habis. So korg boleh g dekat alamat tu or call mesej ke.

Goodluck!

Jazakumullah bil khair.

~ Anna