Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Tuesday 24 April 2012

Solat

Assalamualaikum wbt
Ahlan wa sahlan ya ukhti ya akhi??
Solat itu tiang agama, tanpa solat tidak sempurnalah agamanya, jika orang itu tidak menjaga solat, adakah dia akan dijaga olehNya??
"Assolatu imanuddin..waman aqamassolah aqomaddin"
 "Solat itu tiang agama..sesiapa yg mendirikan solat sesungguhnya dia telah mendirikan agama"
~ Rasulullah 

Sunday 22 April 2012

♥ Kelantan 2012

Assalamualaikum WBT

Post kali ini, insyAllah pasal Holiday di Kelantan ♥
 Rombongan pergi Kelate ni sempena Family Day Sekretriat MPP dan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Perak, masa semester ana yang lalu...
Totally, best gler...rasa nak pergi lagi..
4 hari 3 malam

So, let see the picture ♥


 #hari pertama terus pergi UiTM Machang untuk lawatan balas




#malam pertama kami di Kelate, ada sesi soal jawab kat UiTM Kota Bharu lak :)


#hari kedua kitorang ada explorace..
serious xske masa kena masuk sungai dan inilah kali pertama ana kena gigit...pacat..!!!
then the best night, BBQ kat rumah kakak mina..(maaf, gambar ana tiada masa  malam ni, ada ke orang sibuk BBQ ana pergi tidur..tidur????hahaha)




 #nasi dageng..sedap..best moment :) maaf masa ini pun xbanyak amik gambar..sibuk makan dan cari hadiah..huhu^.^
#hari terakhir kat sana..macam biasa tempat wajib singgah Pasar Siti Khadijah

#dan tidak lupa untuk singgah ke .... Rantau Panjang... rambang mata tengok barang kat sana...the cheapest food ever at Rantau Panjang, buah mangga with asam RM1.00..i miss this food...

Bagi sesiapa yang ingin ke Kelantan nanti, ada dinasihatkan untuk membawa duit yang banyak...wajib shopping..!! sampai sana tidak akan dapat berjimat punya..so prepare your money..
makanan kat sana pun sedap2 taw...hehe...

Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi tak sempat nak ambil dari kawan2...
I guess that all from me..

Wallahua'lam...jazakhAllah..

Thursday 19 April 2012

♥ Seruan Cinta dari Nya..Rabb ku ♥


Assalamualaikum WBT
Ahlan wa sahlan ya akhi ya ukhti..?
Khaifa luk???

Tiba-tiba hati ini merasakan satu perasaan yang tenang dan aman...
Perasaan cinta...ooppss..cinta..??? siapakah jejaka itu..??

Bukan..bukan..bukan bukan perasaan cinta dari hamba Allah...
Tapi cinta dari Allah..huhu^.^
Tenang melihat ciptaan Allah..tenang melihat rumah Allah...
Ceritanya mula2 tengah sibuk ber'facebook'..
Tiba-tiba ada ada kawan perempuan ana upload picture di Kaabah, Makkah..

#inilah rumah Allah...(sangat menenangkan)

Teringat pula, masa dalam kereta kelmarin Kak Dayah cakap...kalau dia dah kerja elok, kumpul duit dia nak pergi Umrah dengan mak dia...
SubhanAllah...macam ada satu perasaan yang menusuk hati bila dengar...
Hari ini pula terpandang picture Kaabah..SubhanAllah...
Indah..!!!

Ada pula lagi satu cerita ni, kawan ana Sekolah Taman Tasik, Ampang dulu..baru approve dekat facebook...
Masa pergi open house rumah Syafri, 2 tahun lepas adalah jumpa kawan-kawan sekolah lama...
Masa itulah tahu ada teman ana yang belajar di sana...Cairo, Mesir

Dengan dua cerita tadi, terlahirlah perasaan ingin ke sana..
Makkah dan Cairo 

Jom kita tengok pemandangan di Cairo

#SubhanAllah..cantik kan <3


 #replika bangunan ni...cantik kan <3

#SubhanAllah...melihat masjid ni..tenang..rasa dipanggil2 ke sana ~ Masjid al-Azhar, Kairo

#sumber gambar dari teman ana Muhammad Iqbal Atan yang sekarang berada di sana..tahniah ya dah dapat pergi sana..

Kepada anda yang telah membaca entry ana...ana mohon doa dari semua ya...semoga hajat tercapai untuk ke sana..amin.... insyAllah...
syukran..

Monday 16 April 2012

♥Allah Maha Pemurah♥

Assalamualaikum WBT

PNB is the initial name for Permodalan Nasional Berhad. 

 PNB ialah sebuah syarikat pengurusan dana yang terbaik di Malaysia. PNB juga sebuah syarikat pelaburan untuk menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat di kalangan Bumiputera dan membina peluang

Melalui PNB, banyak saham korporat utama Malaysia yang diperolehi dari dana yang disediakan oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dipindahkan ke tabung amanah dan dijual kepada Bumiputera dalam bentuk unit yang kecil.

PNB juga kini merupakan institusi pelaburan utama negara dengan pelbagai portfolio yang meliputi saham amanah, amanah harta institusi, pengurusan harta dan pengurusan aset.

Sekian saja pasal PNB, sebenarnya info itu untuk diri sendiri juga..nak tahu sebab apa??
Sebab untuk final year my dip, semester 6 adalah latihan industri.  So, inilah tempat praktikal yang akan ana menjalani latihan praktikal dari 4 Jun 2012 sampai 7 September 2012...

Syukur sangat dapat juga rezeki untuk praktikal disini sebab orang kata susah sangat nak dapat join company yang the most finest fund management company.  
And one of my friends said, 'no doubt PNB hold biggest MNC at Malaysia'..

Konklusinya, semoga masa kedepan ana dapat menjalani latihan dengan lebih baik dengan redha Allah dan bawah lindungi rahmat Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kadang2 rezeki kita itu, memang ada...Allah menduga kita dengan kehendak yang kita mahu...sama ada kita berusaha atau sabar menanti rezeki itu.

Sabar itu membuah kemanisan...insyAllah..

Syukran ya Rabb...

Sunday 15 April 2012

Jika kamu dekat dengan Allah....

Assalamualaikum WBT


Setelah secucuran air mata...
Akan ada senyuman yang mengembang...

dibalik gelapnya malam..
akan terbit fajar..
akan terbit matahari
dan akan ada siang...

Awan derita...
awan kemalangan...
dan awan kesedihan...
akan tersapu...
dengan angin yang dekat dengan Allah..
 kemalangan akan usai..
kesedihan akan selesai..
dengan izin Allah SWT...insyAllah

Jika kamu dekat dengan Allah...
dan Allah menyertai hidupmu...
Maka siapa yang kau takuti..???
dan apa yang kau khuatirkan???

#KCB
~ picture from lukisan dakwah Rusydee Artz (FB - https://www.facebook.com/syababmusafirkasih )

Friday 13 April 2012

Pesan mama ♥ Bacalah Kalam Allah ~ al-Quran ♥

Assalamualaikum WBT


"iqroul yasin gofurulloh fi ahlul kubur"

Hukuman dan siksaan ahli keluarga kita dalam kubur akan terhenti buat seketika
pabila
kita yang masih hidup ini membaca al-Quran dan Surah Yasin,
lebih afdal pada malam Jumaat.

#pesan dari Jamilah bt Abu Bakar

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wahai anak,
 kita yang bakal menyelamatkan ibubapa kita di akhirat kelak.
Terlahir anak, 
sebagai tabung amalan ibubapa.
Begitu juga sebaliknya,
 apabila kita sudah dewasa dan mendirikan rumahtangga terus menjadi ibu/bapa.

Wallahua'lam

Thursday 12 April 2012

Bergedel Daging

Assalamualaikum WBT

Buat pertama kalinya, post kali ini pasal masakan.
Bergedel ini selalunya makan dengan Mee Soto atau Bihun Sup.


#Ingat lagi masa first time buat bergedel ni, Form 1...hehe


Bahan-bahan:
5 biji kentang
3keping daging burger / daging cincang
1 1/2 sudu tepung gandum
1 batang cili merah
daun bawang dan daun sup
garam secukup rasa
Sebiji telur ayam

Cara-cara:

1. Goreng kentang dan daging sehingga warna keemasan.
(Kentang juga boleh menggunakan cara rebus atau kukus, saya memilih untunk goreng biar lebih wangi.)

2.  Setelah tos minyak bahan yang bergoreng, lenyekkan kentang dan juga daging tadi sehingga hancur.

3. Hiris daun bawang, daun sup dan cili merah tadi.

4. Campurkan kentang dan daging yang dilenyekkan tadi ke dalam mangkuk aduanan yang berisi tepung gandum.  Masukkan cili, daun bawang dan daun sup serta garam secukup rasa.

5. Gaulkan hingga bahan tadi sebati.  Bentukkan doh  mengikut saiz dan bentuk yang anda mahu. (Nak ikot bentuk yang saya buat pun boleh, cute kan..hehehe)

6. Salutkan bergedel yang telah dibentuk tadi dengan telur dan goreng.

7. Hidangkan bersama menu makanan anda. =)

Simple kan <3



Selamat mencuba =)

Wednesday 11 April 2012

Pada hakikatnya, kita tidak pernah sendiri...kita punya Allah

Assalamualaikum WBT

Pada hakikatnya, kita tidak pernah sendiri...kita punya Allah ♥

Walau kita ada handphone 2 atau 3 nombor sekali pun, kadang-kadang tak berbunyi-bunyi, tak ade orang nak mesj dengan kita, kredit kita masih ade,terkdang bila sunyi kita cuba untuk call sesorang untuk luangkan masa dan hilang kan rasa sunyi.
Namun, selepas itu kita passti akan kesunyian semula..kalau kita sunyi lagi adakah semua orang dapat meluangkan masa dan bersembang dengan kita??

Ada juga mereka yang sunyi, merasakan dia tidak bahagia kerana tiada cinta...??
Ye ke tak ada cinta dalam hidup kita??
Ke cinta dari makhluk Allah?
huhu^.^

Dalam kesederhanaan, ana mencari apakah erti kesunyian yang dirasai.  Kadang pegang handphone nak call seseorang untuk sembang-sembang, tapi lepas itu sunyi balik.  Maka, hati ini berkata apakah yang perlu ku buat? apakah yang harus ana lakukan sekiranya merasa begitu...?

Cinta apakah yang membuatku merasa sangat bahagia selalu.??

 Justeru,

Kesepian yang kurasai kerana Allah mahu meluangkan masa dengan hambaNya.

Sebab Allah sayang hambaNya, tapi adakah hambaNya sedar??
 Allah itu sebenarnya mahu kita luangkan masa dengan Dia lebih dari manusia..
dalam erti kata cinta, Allah jealous taw kita asyik sibuk dengan manusia saja..hehe..
dalam kata lain 'dating' dgn Dia..
lihat betapa Allah sayang kita...

Padaku, kita tidak pernah sendirian kita punya Allah ♥ 
cinta pada makhlukNya akan menyusul selepas itu, seperti yg termaktub di Lauh Mahfuz...
sabar ya para pejuang ♥

Wallahua'alam...

Ada seni dalam komunikasi rumahtangga

Assalamualaikum WBT


Rumahtangga bukan sesuatu masalah yang mudah.
Kerna itulah, Islam menganggap perkhawinan sebagai sebahagian daripada agama.

Ada seni dalam komunikasi rumahtangga.

Seorang suami perlu mampu mempertahankan keutuhan rumahtangganya.
Jihad seorang suami adalah usahanya yang bermati-matian untuk mempertahankan rumahtangganya.

Sebaik-baik pembimbing adalah Rasulullah SAW, sebaik-baik teladan dalam rumahtangga adalah
Rasulullah SAW.
Rumahtangga Rasulullah menunjukkan sikap saling percaya, cara keharmonian dibina.
Maka rumahtangga Rasulullah adalah teladan terbaik untuk dijadikan teladan bagi seluruh umat manusia.

Jihad yang pertama ada dalam rumahtangga, jika rumahtangga baik maka bangsa akan jadi baik.

Kekukuhan dakwah bermula dalam rumahtangga.
Kalau rumahtangga seorang pendakwah kukuh, maka kegitannya juga akan kukuh.
Sebaliknya juga, kalau rumahtangga seorang pendakwah tidak kukuh, maka kemungkinan kegiatan di luar rumahtangganya juga akan gagal.


Rasulullah pernah menasihati kita dalam sebuah hadis.

"Ada 4 perkara yang merupakan kebahagian. 
Yang pertama, isteri yang solehah.
Yang kedua rumah yang luas.
Yang ketiga tetangga yang baik.
dan yang terakhir kenderaan yang selesa.

Sebaliknya ada 4 perkara yang merupakan penderitaan.
Yang pertama, isteri yang jahat.
Yang kedua rumah yang sempit.
Yang ketiga, tetangga yang jahat.
Yang keempat yang tidak selesa.

~ Dari Sujud ke Sujud
*picture from rusydee art

Kenangan Terindah MPP dan Sekretriat Mahasiswa Fakulti UiTM Perak

Assalamualaikum WBT
 
Malam ni dapat berita bahawa perbubaran jawatan ana sebagai Seke MPP atau lebih komersial dengan nama Sekretriat Mahasiswa Fakulti.

Kesempatan ini, Tira nak minta maaf pada semua sekiranya ada salah dan silap sebelum, semasa dan selepas menjalankan tugas.  Banyak yang dapat belajar dari jawatan ni, sungguh kawan MPP dan Seke semua best, gaduh, sedih, suka, marah2 semua sama2.

Korang Tira minta maaf selama kita kenal, bakal merindui korang yang makan sama2, pergi pasar malam sama2, tugas sama2, kena marah sama2, pergi Kelantan, semua itu kita jalani demi tugas di UiTM Perak.

Semoga kita berjumpa lagi di tempat yang diredhai Allah.
InsyAllah.
 #pertama kali jadi emcee sebagai SMF



#UiTM Perak PC Fair
Korang. ni event paling best and terbesar sekali kita pernah buat.

#ketuk-ketuk ramadhan, pengagihan bubur labuk untuk sahur bagi NR

#Seke...! korang igt x masa ni?? Tahniah semua...this moment paling best. Serious.
FESKEB

#Festival Bulan Kemerdekaan (FESBUK)
#Masa kita pergi pasar malam sama-sama
#birthday wanzu

#Trip ke Kelantan

Sekian sahaja kenangan kita, salam perpisahan buat semua.  Semoga di masa depan kita semakin baik, gunakanlah pengalaman untuk perbaiki diri, terima kasih atas semua kenangan yang terindah ni.
Sekali lagi, minta maaf sekiranya ada tersinggung mana-mana pihak dan Tira minta maaf sangat2 kalau ada dah tersinggung perasaan sesiapa.  Sayang korang semua.

#Bila fikirkan balik rasa tak nak langsung salah faham dengan siapa ahli keluarga MPP dan SMF, namun kita hanya manusia biasa, maaf ye semua.  Salam perpisahan, salam rindu dan salam kemaafan.

JazakhAllah..

ikhlas dari saya, Anna Athirah