Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"
Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Wednesday, 11 April 2012

Kenangan Terindah MPP dan Sekretriat Mahasiswa Fakulti UiTM Perak

Assalamualaikum WBT
 
Malam ni dapat berita bahawa perbubaran jawatan ana sebagai Seke MPP atau lebih komersial dengan nama Sekretriat Mahasiswa Fakulti.

Kesempatan ini, Tira nak minta maaf pada semua sekiranya ada salah dan silap sebelum, semasa dan selepas menjalankan tugas.  Banyak yang dapat belajar dari jawatan ni, sungguh kawan MPP dan Seke semua best, gaduh, sedih, suka, marah2 semua sama2.

Korang Tira minta maaf selama kita kenal, bakal merindui korang yang makan sama2, pergi pasar malam sama2, tugas sama2, kena marah sama2, pergi Kelantan, semua itu kita jalani demi tugas di UiTM Perak.

Semoga kita berjumpa lagi di tempat yang diredhai Allah.
InsyAllah.
 #pertama kali jadi emcee sebagai SMF



#UiTM Perak PC Fair
Korang. ni event paling best and terbesar sekali kita pernah buat.

#ketuk-ketuk ramadhan, pengagihan bubur labuk untuk sahur bagi NR

#Seke...! korang igt x masa ni?? Tahniah semua...this moment paling best. Serious.
FESKEB

#Festival Bulan Kemerdekaan (FESBUK)
#Masa kita pergi pasar malam sama-sama
#birthday wanzu

#Trip ke Kelantan

Sekian sahaja kenangan kita, salam perpisahan buat semua.  Semoga di masa depan kita semakin baik, gunakanlah pengalaman untuk perbaiki diri, terima kasih atas semua kenangan yang terindah ni.
Sekali lagi, minta maaf sekiranya ada tersinggung mana-mana pihak dan Tira minta maaf sangat2 kalau ada dah tersinggung perasaan sesiapa.  Sayang korang semua.

#Bila fikirkan balik rasa tak nak langsung salah faham dengan siapa ahli keluarga MPP dan SMF, namun kita hanya manusia biasa, maaf ye semua.  Salam perpisahan, salam rindu dan salam kemaafan.

JazakhAllah..

ikhlas dari saya, Anna Athirah

Saturday, 31 March 2012

Jazakumullah Seri Iskandar

Assalamualaikum WBT


Hari ini adalah hari terakhir ana berada di UiTM Seri Iskandar, Perak.
Hari ini juga pertemuan akhir antara teman-teman yang selalu bersama ana, ana bakal merindui mereka malah sangat-sangat merindui mereka.



Selama 5 semester di Seri Iskandar, Perak, semester yang paling best dan mengembirakan ana ialah pada semester 4.  Bagi siapa yang terlibat dalam semester 4 bersama-sama ana pasti tahu betapa saat itu ana sangat happy.  Lagi-lagi pada waktu celeb birthday ana, my 21st birthday <3 syg korg, terima kasih banyak-banyak pada yang bagi hadiah :)
dan...
Pada hari ini juga ana dengan berani demi Allah...
Itulah saat pertama kali ana berniqab di umum.  Malu sangat ramai pandang-pandang...tapi alhamdulillah...


Last but not least, jazakhAllah Seri Iskandar semoga kita bertemu lagi.

Kawan-kawan semoga kita bertemu ditempat yang diredhai Allah...insyAllah..amin.

Wednesday, 12 October 2011

On my 21st birthday...

Assalamualaikum WBT
Ahlan wa sahlan =)



Pada mulanya, ana merasakan dan menunggu juga, apakah perkara yang istimewa pada hari lahir ana kali ini?
Dapatkah memory lalu diatasi dengan memory kali ini???
Adakah hari lahir ini lebih special dari yang sebelum ini?
Jawapannya.....
Yes! It is special! Better than before!
Mahukah teman2 tahu apakah yang membuatkan hari lahir ana pada kali ini sangat special?
Pada hari ini juga ana dapat sesuatu pengalaman yang berharga dan hari yang penuh hikmah.

Sebenarnya, tahun ini tahun dapat banyak hadiah.  Hadiah kenangan yang ana tidak dapat lupakan pun banyak juga.  Ana terasa bahagia dengan kehadiran kawan2 yang sentiasa menyayangi diri ini.  Terima kasih kawan =)

Seterusnya, ana nak ucapkan banyak terima kasih pada Nasrullah Jusoh sebab jadi orang yang pertama wish dan belanja makan Secret Recipe, dan untuk pengetahuan kawan, itulah first time ana makan di Secret Recipe.hehe...Terima kasih juga pada my roomate yang comel2 belaka, Intan Syafika dan Cik Noraza Hazirah sebab bagi hadiah dan ucapan dan Cik menjadi orang kedua wish..hehe..

Ana nak ucapkan terima kasih pada my bebeh, Nurul Nabilah sebab sudi nyanyi lagu birthday walaupun masih dan ceramah. I love u bebeh!

Last but not least, thanks to all that wishing my great day =) love u all.




p/s : i love this words...from kak mina, 
Being single isn't a bad thing when you have your friends that make you feel you're in a relationship <3

Saturday, 24 September 2011

Cinta vs Suka vs Kekasih vs Kawan

Assalamua’laikum WBT

Ahlan wa sahlan teman2 =)
Semoga semakin hari, kita semakin baik di kaca mata Sang Pencipta. InsyAllah.

Cinta membuatkan sesorang disuruh.
Tapi akibat terbius cinta yang teramat juga akan mengebabkan terkadang kita tidak menyedari melukai orang paling dekat dengan kita.
Bagi pendapat ana, ana lebih suka berkawan dari berkasih.  Kenapa agaknya ya? Hhmmm....Mungkinkah sebab pernah terluka?iya, mungkin itu salah satu daripadanya.

Situasi pertama I (Bius cinta)
Ada 3orang kawan, dimana mereka sudah lama kenal. Alia, Bell dan Cinta.  Alia dan  Bell telah mempunyai kekasih, manakala  Cinta tidak memiliki kekasih.  Namun, takdir menemukan  Cinta kepada Hafiz yang setelah perkenalan mereka akhirnya menjadi pasangan kekasih.   Ditakdirkan, mereka berdua berjauhan kerana Hafiz bekerja dan Cinta pula masih belajar.  Cinta pula, selalu cemburu melihat  Alia dan  Bell kerna selalu kekasihnya ambil perhatian hinggakan kemana2 mereka pergi pasti akan memberitahu kekasih mereka. Cinta pula mencuba segalanya untuk melakukan yang sama, merasai perasaan yang sama seperti Alia dan Bell.  Cinta memaksakan kekasihnya sentiasa menghubunginya selalu, menghantar mesej selalu 24/7 lah umpamanya.  Dukacita, akhirnya Hafiz meminta putus dengan Cinta akibat tidak tahan dengan perangai Cinta.  Cinta merasakan dunianya gelap, akibat dibuis cinta yang menjanjikan kebahagian berakhir dengan tragedi yang selama ini ditakutinya.  Selepas tiada apa2 hubungan Cinta sedar bahawa selama ini dia bertindak mengikut sekelilingnya tapi dengan pengalaman itu juga mendewasakan Cinta bahawa cinta membuatkan dia disuruh tapi cinta yang tidak tentu arahnya, akan membinasakan diri, gembiralah syaitan meranalah diri.

Situasi pertama II (Kekasih vs Kawan)
Cinta selalu meminta pendapat daripada Alia tentang apa2...kisah  hidupnya, mahupun tentang masalah peribadi.  Jika kelapangan Cinta akan selalu akan meluangkan masa dengan Alia.  Pada suatu hari Cinta bersiar-siar dengan Alia, tiba2 telefon Alia berbunyi.  Setelah habis bertelefon, Cinta bertanya pada Alia, “Lagu apa yang Alia guna untuk nada deringan telefon bimbit tadi, bestlah boleh bluetooth pada Cinta lagu tu?” Alia menjawab, tunggu sebentar kerana Alia sedang bermesej dengan kekasihnya jika lambat membalas mesej pasti kekasihnya marah.  Sejurus itu, Alia terus bluetooth dengan Cinta dan seperti yang dijangka kekasihnya misscall  dan terus misscall, namun lagu yang dihantar juga masih lagi loading untuk sepenuhnya transfer ke telefon Cinta.  Terus Alia berkata “Kan Alia dah cakap nanti dia marah dan bad mood dengan Alia, isshhh..masa ini juga Cinta nak minta lagu! masa ini juga lah..hhmmmm..” kata Alia dengan nada yang marah.   Cinta terus meminta maaf, tergamam dan terdiam kerna selama ini Alia tidak pernah berkata seperti itu, namun jauh disudut  hati Cinta amat sedih, salahkah teman mu ini meminta lagu?  Jika kamu ditempat Cinta apakah perasaanmu diperlaku begitu? Itulah hebatnya manusia dek dibius cinta.  Sehinggakan tidak merasa apakah kita telah menghiris perasan kawan sendiri?  Cinta bertindak untuk melupakan perkara itu, memujuk2 hati nya sendiri..setiba dirumah Cinta menangis dan pesanan ibu hinggap dikotak fikirannya...dan mungkin Cinta juga pernah berbuat kesilapan yang sama?

Situasi kedua (Cinta vs Suka)
Sekumpulan kawan telah berkawa selama setahun.  Cinta, Danial dan Arjuna.  Cinta dan Arjuna telah berkenalan selama setahun, masa berputar sehingga Cinta menyedari bahawa dia dan Arjuna semakin rapat dalam ½ tahun dari setahun perkenalan mereka.  Cinta menyukai Arjuna sebagai teman yang paling mengambil berat tentang dirinya.  Namun, tidak selalunya perasaan itu konsisten, lama kelamaan Cinta menaruh cinta pada Arjuna.  Adakah Arjuna merasakan yang sama?  Mungkinkah Arjuna merasakan yang sama?  Detik waktu terus berlalu, Cinta sangat menyayangi perhubungannya dengan Arjuna.  Akhirnya, Cinta membuat keputusan untuk tidak meneruskan perasaan cintanya pada Arjuna, Cinta terfikir,sekiranya perhubungan kawan itu dilanjutkan kepada cinta pasti hubungan itu akan menjadi lain sesudahnya.  Cinta sangat menyayangi persahabatan dengan Arjuna.  Akhirnya, Cinta berjaya memujuk hati nuraninya agar tidak jatuh hati lagi pada Arjuna dan terus tetap bersahabat dan agar terus tetap menanti cinta yang telah dijanjikan Lauh Mahfuz. 

Sekian.

Teman2...watak yang dicipta, tidak kena dengan yang hidup mahupun sudah meninggal.
Ambil yang jernih buang yang keruh ok? huhu^.^ think positive and take only the good advise, leave the negativity =)

Apa yang ana mahu sampaikan cinta kadang boleh membuat kita bahagia, dengan cinta kadang kita juga merana.  Justeru, matlamatkanlah cinta2 mu dijalan Allah.  Pesanan ini untuk teman2 yang tercinta dan paling utama diri ana sendiri. 

Ana akhiri dengan sedikit puisi untuk teman2, apa2 pun yang menimpa kalian ingatlah pesanan ini, semoga kita sama2 boleh mengaplikasikannya, InsyAllah.

Cinta segera muncul dan berkembang dari keyakinan yang kuat
dan malah terhadap kebaikan yang tersimpan dalam jiwa seluruh umat manusia
juga pemahaman yang mendalam bahawa tidak ada seorang manusia pun yang sempurna
dan bahawa kita semua sama dalam balutan cinta tidak ada perbedaan atau batas yang memisahkan
dan ketika kita percaya bahawa cinta yang memiliki cinta yang melimpah kita bebas untuk mencintai sesiapapun dengan cinta yang melimpah dan TANPA SYARAT.

CINTA TANPA SYARATKU
CINTA YANG SENTIASA BERBALAS
CINTA YANG TIDAK PERNAH PUDAR
CINTA YANG KEKAL ABADI
CINTA DARI MAKHLUK ALLAH
IAITU
KELUARGA.

Wassalam.

(***ibuku berpesan supaya jangan menyimpan rasa kecil hati mu terhadap sesiapapun, agar kebahagiaan tercapai dengan lebih mendingan.)

InsyAllah, Jaza khaAllah bil khair.

Sunday, 28 August 2011

Ana sayang Mereka Part II(lanjutan Mereka sayang ana part I)

Assalamualaikum WBT...
Alhamdulillah...

Akhirnya, ana punya waktu juga ya, mahu meneruskan coretan mengenai mereka yang ana sayang ni.
Sebenarnya, ana sangat sibuk hingga kan diri tak terjaga.  lagi-lagi bulan puasa ni, kalu tak jaga diri memang sakit terus.hehe..
Tapi, alhamdulillah...kesihatan beransur pulih.  Dan ana kembali untuk menyambung coretan ana yang lalu.

First of all, sekarang sudah 28 hari kita berpuasa, macam mana hari-hari yang anda lalui?macam-macam ragam tak?  Ana sangat bersyukur pada Allah kerana Ramadhan ini, lebih baik dari Ramadhan sebelumnya..alhamdulillah.

 Ok, let's get it start...



dari kiri Fad, memperkenalkan Miena, dan ana.

Amalina Fauzi..kak miena, shaminaminanana..huhu^.^ ooppsss..maaf "ter'over' pula..ana suka kawan dengan kak miena sebab dia kelakar..ada saja idea dia untuk mewujudkan suasana yang meriah.huhu^.^

jojo dan miena

opppss..maaf ya, pada coretan lalu ana sudah cakap mahu kenalkan anda berdua..so, i mark my words.
Jojo tu lah jurugambar masa Majlis Makan Malam ana.

comel..hehe...love u~Amalina Fauzi~

 kakak yang baik...sayang kak Ila..! =)

Ya Allah..alhamdulillah...ana dikurniakan teman yang sangat mencintai ana..tQ Allah...
Sayaang korg!!! <3 <3 <3





Thursday, 4 August 2011

Mereka yang sayang ana (Part I)

Assalamualaikum WBT
huhu^.^

Sempena 5 bulan ana dah blogger ni..ana nak bercerita tentang dua orang kawan yang sangat menjaga dan baik dengan ana selama mengenali diorang ini.
Kenalkan kawan ana dari kanan Nash dan Fadzrul...
heheh...


Masa dinner anjuran kelas kuliah ana =)

jejaka ini pula, angry birds comel..hahah..ooppss..dia kawan ana yang paling banyak support ana selama ana down, alhamdulillah sampai sekarang ana mempunyai kekuatan untuk melupakan perkara lama.xiexie nash..!


tengah main game fav ana, angry birds.hehe.tq fad...hp awak hp saya juga kan.?(haha, statement sangat motif)
gambar candid ini diambil oleh seorang hamba Allah nama dia....ha, tunggu Mereka yang sayang saya Part II ok?..hehe


I LOVE Nikon ! hehe...ana sedang mengambil gambar pasangan yang bahagia.....ha, mahu tahu tak siapa?? ini pun kena tunggu Mereka yang sayang saya Part II...hehe

Rasanya, itu saja yang ana nak coretkan hari ini...
Tamat Mereka yang sayang saya Part I...

*p/s: saya pun sayang mereka juga...!!!! Nash & Fad ...Thanks for everything =)