Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Friday 28 June 2013

Bukan mudah, namun bukan mustahil kerana dunia belum berakhir.

Assalamualaikum wbt


Bukan mudah. Iya benar.
Bagaimanapun perlu diingat, bukan mustahil.

Walau bertahun sudah berlalu...

Memang pada waktu tertentu, air mata ini mengalir apabila terkenang.

Putus cinta kelar tangan. Putus cinta hidup jadi celaru.
Itulah putus cinta yang di jaja oleh dunia. Malah diri sendiri juga pernah melakukan.


Menghadapi perasaan itu ada perih. Kita seperti mayat hidup. Apabila tidur, kita selalu berharap supaya saat kita bangun, semua itu adalah mimpi semata-mata.
Lemah. Perih. Sakit.
Jiwa terasa terseksa.
Seakan-akan sempit.


Apabila putus cinta, terasa seperti mahu mati. Seakan hidup tidak bermakna lagi.
Tapi apa gunanya kita cuba berusaha demi orang yang tidak akan pasti mahu kita. Apa guna kita paksa.
Kadangkala, perkara seperti ini terjadi kerana Allah mahu kita lebih meningkatkan diri.

Maka, kita teruskan kehidupan. Luaskan pandangan kepada dunia.
Kita masih ada Allah untuk kita abdikan diri.
Ada tanggungjawab dakwah dan pada orang tua untuk kita teruskan.

Tujuan hidup kita atas muka bumi ini bukan semata-mata bagi mendapatkan seorang lelaki ataupun perempuan.
Tujuan hidup kita adalah bagi mengabdikan diri padaNya di muka bumi ini.

Itu sepatutnya kita lakukan.


Maka, lihat peluang dan ruang yang masih ada dalam kehidupan.
Mungkin kerana dosa dan akhlak kita yang masih tidak baik disisi Allah. Ini sebabnya Allah menangguhkan kebaikan kepada kita. Dia mahu mengampunkan dosa-dosa kita dengan menguji supaya bergerak ke arah perubahan.
Ya. Siapa tahu? Huhuhu..
Bersangka baik kepada Allah.


Luasnya rahmat Allah dapat kita lihat dalam surah al-A'raf, ayat 156:

"azab-Ku Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmat Ku meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya (rahmat itu) untuk orang-orang yang bertakwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami."

Apabila diuji, fokus bagi melakukan banyak kebaikan dalam hidup, supaya rahmat Allah yang luas itu 'menyentuh' kita. Siapa tahu mungkin kita akan mendapat yang lebih baik, lebih bahagia, lebih berjaya.
Terpenting! Percaya kepada Dia dan kembali kepada Dia.
Dia Maha Tahu dan kita hanya berusaha.


Wallahualam.

Wednesday 26 June 2013

8 Pintu Murah Rezeki

Assalamualaikum wbt
 
 
 "8 PINTU MURAH REZEKI" ialah:

1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.
2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.
3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”
4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.
5. Jangan tidur selepas solat subuh.
6. Selalu baca doa Al-Waqiah.
7. Rezeki ada dalam perkahwinan.
8. Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya.

Tuesday 25 June 2013

Lelah sekali....

Assalamualaikum wbt
Lama da xcurhat dekat sini.
Alhamdulillah..syukur masih bernafas untuk perbaiki dan menebus kesilapan.


Lelah...
Hati ku mengeluh..
Apa diriku pantas untuk merasa begitu.?
Sakit...
Semua terasa sakit dan perih...
Diriku tubuhku lemah dan lelah untuk teruskan semua..
Berusaha..bekerja..membanting tulang..
Mencari sesuap nasi..
Bilakah saatnya semua ini berakhir..
Bilakah??
Bilakah hidup sentiasa ada yang menjaga ku..memberi ku..melayan ku..
Sungguh diriku lelah sekali..!!
Tapi....!
Tunggu....!
Lihat...wajah itu...
Wajah itu kian tua...
Tubuh dan keringat mereka kian lemah..
Tidak sekali merungut...
Apa pantas seorang anak merungut?
Apa pantas seorang anak meminta lebih?
Apa pantas untuk seorang anak minta dijaga..diberi..dilayan?
Iya..kita mmg layak itu semua.
Tapi bukan takdir untukku...
Semua yang terjadi kehendak Nya.
Bukankah menyenangkan wajah-wajah itu akan memberimu ganjaran akhirat kelak?


Lelah...
Kini bertukar menjadi permata...
Usaha dan keringat menjadi penyejuk jiwa..
Jiwa seorang anak..
Yang anak pinta sokongan..
Saat fizikal ku membutuhkan istirihat...
Yang ku pohon sokongan..
Jiwa itu sangat bahagia melihat wajah itu bahagia..
Anak..biar sakit mu didunia..
Anak...pengorbanan mu pasti dibalas..
Barangkali mungkin bukan disini..tapi diSana...
Jiwa itu bahagia..tatkala berikan rezeki yang sedikit kecil..
Tapi penuh makna...
Demi untuk mendapat redha wajah itu..
Paling penting redha Ilahi...
InsyAllah..ikhlaskan hati..
Maju kan langkah mu..
Anak...
Dikau permata ayah bonda...
Sabarlah...
Mohon kekuatan dari Cinta Yang Satu...
Allah azza wa jalla...
Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada seluruh umatNya...
Jazakumullah.
InsyAllah..
Aminnn...
~Anna :')

Saturday 1 June 2013

Resepi Kek Pelangi! (Rainbow cake) ♥

Assalamualaikum wbt

Ahlan wah sahlan ya akhi ya ukhti :)

Its been such a long time not greeting the post like that.huhuhu..
Kindly, so sorry is been such a long time too, i rarely update my blog.

Now, let me give you guys, a good news.

Those all cake lover out there, here we are!

The ingredient:

(A)
1 1/1 cawan tepung gandum
1 cawn gula halus
1 sudu besar ovalette
5 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla
(B)
80 ml atau 3/4 cawan minyak masak (mentaga cair)
80 ml susu segar

Ways:

1. Pukul telur hingga kembang atau ringgan atau lebih tepat lagi jadi fluffy gitu :)
2. Masukkan gula halus, pukul hingga sebati. (kalau nak wangi guna sugar brown..wangiii..huhu^_^)
3. Masukkan ovalette dan esen vanilla.
4. Perlahan-lahan masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit, pukul hingga sebati.
5. Masukkan air susu segar, pukul hingga sebati.
6. Masukkan minyak dan pukul hingga sebati.
7. Bahagikan adunan kepada 7 bahagian untuk 7 warna pelangi. Setiap adunan lebih kurang dalam 3 senduk lebih.
8. Masukkan pewarna, kacau sebati.
9. Bakar selama 12 minit atau hingga masak pada suhu 160c - 170

okay, that it!

so, here the picture!


The 2nd version 




The 3rd version


The 1st version, May 20, 2012 :)


Okay, done :)
Goodluck all :)
All the best, wink wink ^_^
Wassalam, 
xoxo,
 Anna ♥