Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Thursday 24 September 2015

Finally! Cikgu Lesen Kajang The Best!

Assalamualaikum wbt

This post quite late actually...

Just got my P for B2 license..Alhamdulillah setelah 2 tahun lebih susah payah! Ini semua kerana Aaron..!! Ku gagahkan jugak! huhu^_^

Okaylah. Untuk jadikan post ni manfaat sikit, Anna nak share kat mana Anna buat lesen yang boleh Anna katakan a good place rather than the previous one.

After recovered from accident, i bought Aaron which is my hero my keunggulan my strength gittuuuwww, a scooter! What a dream come true! Well, had a dream to have a scooter back then 2005 which minah hiphop sgt masa dekat Ampang dulu. huhu^_^

So, here it is Anna recommended kalau sesiapa nak amik lesen area Kajang ni dekat cikgu Anna ni...

Ni bisness kad dia...

Ni Institut memandu nya lah..

Dekat Cikgu Hanif ni, dia byk pakej taw. So boleh datang kedai dia kat Saujana Impian atau contact dia.  A good teacher!

*Okay knp Anna ckp 2 tahun lebih? At first back then 2012 Anna buat dekat cikgu lain kdi dia dekat Bandar Kajang..x best servis dia..Anna ade lesen L B2 & D.. tp rezeki dari Allah kan.. pendek cerita, Anna pun accident (Kun Fa Ya Kun), one day before JPJ test kereta. Since that fobia nk riding and driving, and masa tu dengan sem akhir degree nya..thesis and so many many things.. i felt so kucar kacir hidup. Alhamdulillah...i am here now. Faced all the things... Once i decided to continue it back, JPJ dah tukar sistem baru, which is Anna nak sambung P tapi kena bayar daripada mulaaaa sekali..means bayar lagi sekali pakej tu.  Last sekali Anna decided to let it burn and go find a good teacher and start from the beginning.  This license journey..well Allah not simply give it to me, need to work hard even harder.  But now, Alhamdulillah..and me planning on D pulak. Wish me luck!

xoxo ~ Anna

Thursday 17 September 2015

Kelak..

Assalamualaikum wbt

Dingin malam...
Ku cuba pejamkan mata..tapi fikiran jauh terbang...
Apa yang masih diingatan...?

Sering kali dia, dia yang muncul..
Wajah dan senyum masih jelas...
Senyuman yang manis dan bahagia..
Madah kata cinta masih terngiang..
Tatkala ku cuba lambungkan ingatan...
Ia pasti kembali padaku..

Dalam diam ku..
Ada rindu..
Dalam sepi..
Ada kamu..

Ku cuba..
Sekali lagi untuk berharap..
Atau kita punya impian yang sama?
Ada mungkin kali ini..
Yang terpasti?

Kamu pernah bermadah..
Jika kita niat yang baik...pasti yang baik jadi..

Semoga kita menemukan bahagia..

Kamu dan daku..
Sama2 pernah sakit kecewa..

Kita punya impian...impian yang sama..
Tidak terluah oleh kata..
Tapi dihati mungkin rasa..
Kita cuba menjadikan semua dalam kesabaran serta doa yang tak putus..
Untuk punya bahagia..

Ku ingin kita saling butuh..
Kamu bahagia ku..
Semoga kita bertemu..
Di janji Allah...
Sekarang, kini,
dan
kelak..

~Anna

Kembalilah.........

Rasa diri berdosa adalah satu tanda hati itu hidup. Rasa berdosa perlu selalu ada dalam diri kita yang bergelar hamba. Rasa berdosa tak perlu kenal jawatan, harta dan kekayaan mahupun amalan. Rasalah diri berdosa meskipun qiam tak tinggal, quran selalu ditangan, aurat dijaga rapi atau mulut petah bicara tentang Tuhan. Dosa kita ibarat buih di lautan, tak terkira banyaknya.
Rasa diri berdosa, tangisilah. Biar tumbuh rasa kesal di pasu hati. Biar hati disirami air mata kekesalan daripada kering tanpa penghayatan. 
Rasalah diri kerdil dan tak punya apa-apa kecuali kasih belasNya. Jangan kita hanya hebat di mata mereka bergelar manusia tapi sampah di mata Dia. Kerana yang kita mahu hanya redhaNya.
Ar-Rahman Ar-Rahim, Ya Ghafur Ya Alim. Tiada satu pun yang terlepas dari pengetahuanNya even setitis air mata yang jatuh ke pipi. Apatah lagi yang jatuh membanjiri. Kasihnya Dia pada kita buatkan kita masih terdiri menghadapi hari2. Peluang diberi silih berganti bagi mereka yang menyedari.
Wahai hati., tangisilah biar beribu kali.
Yakinlah rahmatNya itu luas meliputi benua langit dan bumi. Ikhlaskan dan sujudkan hati dalam doa dan solatmu.
Dan pada Dia urusan dikembali. Teruskan mencuba lagi dan terus mencari. Lumpur di badan harus dicuci biar setiap saat berlalu pergi.
Moga selamat di pengakhiran nanti ❤️

Sunday 6 September 2015

Resepi Pulut Kuning dan Kari Telur

Assalamualaikum wbt

Kali ni, Anna nak post pasal resepi pulak... Berdasarkan resepi2 yang Anna pakai, terhasil lah resepi sendiri.

Sebenarnya Anna nak bayar nazar ni.. sebab.. "i got my P license!!!" Alhamdulillah. Well, untuk motor je. Cerita al kisahnya panjang, pendekkan rezeki baru dapat sekarang setelah diuji accident bagai.

Okay dah habis..hehe

Resepi Pulut Kuning

Bahan-bahannya:
1 kg beras pulut susu (Anna guna pulut susu sebab sedap, berlemak dan lembut)
2 - 3 cawan santan pekat
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Rendam pulut dalam air dan letak serbuk kunyit, gaul sebati. Biarkan selama 4 jam.
2. Masak sekejap santan tadi, letak garam secukup rasa dan daun pandan.
3. Panaskan kukus selama 30 - 45 minit.
4. Selepas 4 jam, toskan pulut yang telah kuning tadi. Letak dalam loyang atau bekas.
5. Tuangkan santan menutupi paras pulut. (atau mengikut anggaran anda)
6. Kukus selama 30 - 40 minit, balikkan pulut selepas 15 minit supaya pulut masak dengan sebati.
7. Selepas masak, tutup bekas pulut supaya tidak keras.


Resepi Kari Telur

Bahan-bahanya:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang cili merah
1 inc halia
5 tangkai daun kari
2 peket rempah kari (Anna guna Adabi)
secawan air gelas besar
2 cawan santan cair
4 biji kentang
15 biji telur ayam (sudah direbus)
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan daun kari, bawang merah, bawang putih dan halia. (tumis hingga naik bau)
3. Masukkan rempah kari, goreng sebati sekejap sahaja jgn hangus dan terus curah air. (ada orang dia bancuh dulu tapi lama sikit lah dan kurang wangi, up to you.)
4. Masukkan cili, kentang, tunggu hingga kentang empuk. Kemudian masukkan santan. Tunggu hingga mendidih dan masak.
5. Masukkan telur rebus tadi, biar masak dalam 10 minit.
6. Siap dihidang!

Itu sahaja, i give you simple resepi and senang nak baca. Selamat mencuba.

*masa sekolah teknik dulu amik course masak2..bila masuk U, hurm..x minat nak going further career in masak memasak. but im glad, that school teach me a lot basic cooking and baking. walaupun ade certain baking yang x jadi bila buat..hehehe

xoxo
~Anna

Berjanjilah seperti bulan yang tak pernah lelah..

Assalamualaikum wbt
Apa khabar teman2?
Rasanya sudah lama Anna tak berkarya ya?
Huhu ^_^
Antara bulan dan juga matahari...
Teman2 lagi suka yang mana?
Pokoknya, bulan dan matahari ini sangat setia pada titah Allah.
Sebab apa? Sebab ia tak pernah lelah memberikan sinaran pada dunia.
Pepatah ada mengatakan....
"Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi keesokannya."
Tapi dalam hal ini,
Anna lebih suka bulan....
Sebab apa?
Sebab....bulan muncul di kala malam yang gelap.

Menerangi saat kita ketakutan dan tidak punya apa-apa.

KeranaMu Ya Rabb Aku Berubah

Assalamualaikum WBT

"mencintai Ilahi dan Islam
satu-satunya agama dan cara hidup yang diredhai Allah
yang sentiasa menyediakan 
JALAN PULANG

seluas lautan
setinggi langit
dan segunung dosa sekalipun, 
setiap kekhilafan masih boleh dibasuh
disucikan dengan
keinsafan
kemahuan
ketakwaan
dan taubat yang bersungguh-sungguh

Fitrahkah kita?

Assalamualaikum WBT

Manusia yang jiwanya terpesong daripada fitrah akan jauh daripada rahmat Allah,
akan terdorong ke arah kegelapan,
apalagi jika bertuankan keseronokan duniawi semata-mata,
maka semakin lekalah diri berada dalam kelalaian,
sedarlah walau siapa pun kita,
walau tingginya darjat,
ia tidak menjamin kebahagiaan kecuali
KEMBALI KEPADA ALLAH SWT