Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Thursday 17 September 2015

Kembalilah.........

Rasa diri berdosa adalah satu tanda hati itu hidup. Rasa berdosa perlu selalu ada dalam diri kita yang bergelar hamba. Rasa berdosa tak perlu kenal jawatan, harta dan kekayaan mahupun amalan. Rasalah diri berdosa meskipun qiam tak tinggal, quran selalu ditangan, aurat dijaga rapi atau mulut petah bicara tentang Tuhan. Dosa kita ibarat buih di lautan, tak terkira banyaknya.
Rasa diri berdosa, tangisilah. Biar tumbuh rasa kesal di pasu hati. Biar hati disirami air mata kekesalan daripada kering tanpa penghayatan. 
Rasalah diri kerdil dan tak punya apa-apa kecuali kasih belasNya. Jangan kita hanya hebat di mata mereka bergelar manusia tapi sampah di mata Dia. Kerana yang kita mahu hanya redhaNya.
Ar-Rahman Ar-Rahim, Ya Ghafur Ya Alim. Tiada satu pun yang terlepas dari pengetahuanNya even setitis air mata yang jatuh ke pipi. Apatah lagi yang jatuh membanjiri. Kasihnya Dia pada kita buatkan kita masih terdiri menghadapi hari2. Peluang diberi silih berganti bagi mereka yang menyedari.
Wahai hati., tangisilah biar beribu kali.
Yakinlah rahmatNya itu luas meliputi benua langit dan bumi. Ikhlaskan dan sujudkan hati dalam doa dan solatmu.
Dan pada Dia urusan dikembali. Teruskan mencuba lagi dan terus mencari. Lumpur di badan harus dicuci biar setiap saat berlalu pergi.
Moga selamat di pengakhiran nanti ❤️

No comments:

Post a Comment