Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"
Showing posts with label muslim. Show all posts
Showing posts with label muslim. Show all posts

Thursday, 19 April 2012

♥ Seruan Cinta dari Nya..Rabb ku ♥


Assalamualaikum WBT
Ahlan wa sahlan ya akhi ya ukhti..?
Khaifa luk???

Tiba-tiba hati ini merasakan satu perasaan yang tenang dan aman...
Perasaan cinta...ooppss..cinta..??? siapakah jejaka itu..??

Bukan..bukan..bukan bukan perasaan cinta dari hamba Allah...
Tapi cinta dari Allah..huhu^.^
Tenang melihat ciptaan Allah..tenang melihat rumah Allah...
Ceritanya mula2 tengah sibuk ber'facebook'..
Tiba-tiba ada ada kawan perempuan ana upload picture di Kaabah, Makkah..

#inilah rumah Allah...(sangat menenangkan)

Teringat pula, masa dalam kereta kelmarin Kak Dayah cakap...kalau dia dah kerja elok, kumpul duit dia nak pergi Umrah dengan mak dia...
SubhanAllah...macam ada satu perasaan yang menusuk hati bila dengar...
Hari ini pula terpandang picture Kaabah..SubhanAllah...
Indah..!!!

Ada pula lagi satu cerita ni, kawan ana Sekolah Taman Tasik, Ampang dulu..baru approve dekat facebook...
Masa pergi open house rumah Syafri, 2 tahun lepas adalah jumpa kawan-kawan sekolah lama...
Masa itulah tahu ada teman ana yang belajar di sana...Cairo, Mesir

Dengan dua cerita tadi, terlahirlah perasaan ingin ke sana..
Makkah dan Cairo 

Jom kita tengok pemandangan di Cairo

#SubhanAllah..cantik kan <3


 #replika bangunan ni...cantik kan <3

#SubhanAllah...melihat masjid ni..tenang..rasa dipanggil2 ke sana ~ Masjid al-Azhar, Kairo

#sumber gambar dari teman ana Muhammad Iqbal Atan yang sekarang berada di sana..tahniah ya dah dapat pergi sana..

Kepada anda yang telah membaca entry ana...ana mohon doa dari semua ya...semoga hajat tercapai untuk ke sana..amin.... insyAllah...
syukran..

Tuesday, 3 May 2011

Hatiku berkata....

Assalamualaikum WBT

Banyak lagi yang saya ingin pelajari, “ana adalah insan biasa yang sering melakukan kesilapan, tapi itu bukan alasan untuk ana berubah demi kebaikan”.  Sebenarnya banyak kekurangan saya, saya ingin menjadi seorang yang positif, saya ingin mempelajari dan memperbaiki diri dan fikiran saya.  Banyak kelemahan saya sebenarnya, sehingga kadang kala saya ingin saja berputus asa dari semuanya.  Astagrafirullahalazim… Kadang-kadang saya menangis kerana tidak dapat melakukan yang terbaik untuk semua.  Namun!!! Saya tidak akan pernah putus asa untuk perbaiki diri saya. Justeru itu, sentiasalah beristiqamah diriku!!!! Saya yakin boleh!!! Dengan izin MU, Ya Rabbi…insyAllah, mudah-mudahan.  Amin….

Saya amat terluka dengan pengalaman lalu, kisah lalu yang sangat menyakitkan saya.  Justeru itu, saya ingin perbaiki diri saya, saya banyak khilaf dan saya minta maaf semua.

Renungan untuk diriku dan dirimu,
Ini adalah dari kitab Allah,
Semoga engkau mengerti saudara,

“tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita,

ALLAH MEMILIHMU!!!!

JANGAN pernah sia-siakan KASIH SAYANG Allah ini.

Surah As Syams : 8 – 10

Maka ALLAH mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
Sesungguhnya BERUNTUNGLAH orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya MERUGILAH orang yang mengotorinya.”

Wallahualam. Hanya Allah sahaja yang tahu.


Wednesday, 13 April 2011

Hayatilah...

Assalamualaikum WBT

Saya mahu berkongsi sesuatu..
Sebenarnya, kawan saya yang menghantar mesej pada saya tempoh hari.


Perkara ini kita selalu lupa, lalai,  dan ambil ringgan.  Ianya mengenai duduk di antara 2 sujud. 
Apa yang kita baca itu adalah sangat bermakna dan rugilah sekiranya kita tidak menghayatinya dengan penuh kesungguhan.  Kalau saudara dan saudari sudah tahu teruskan beramal, bagi yang tidak tahu ana ingin berkongsi ilmu ini.  Pesanan dari saudara yang menghantar mesej ini, amalkan dan sebarkanlah InsyAllah kita akan mendapat keberkatan dari Allah.  Ilmu yang baik harus dikongsi, buat ibuku yang membaca coretan ini, anakmu mendoakan kesejahteraanmu, maaf kiranya anakmu ini terpaksa berjauhan untuk berjuang mencari ilmu. Salam rindu buat ibuku yang tercinta.

" Rabbighfirli" - Tuhanku ampunilah aku.
"Warhamni" - Sayangilah aku.
"Wajburnii" - Tutuplah aib-aibku.
"Warfa'ni" - Angkatlah darjatku.
"Warzuqnii" - Berilah aku rezeki.
"Wahdinii" - Berilah aku petunjuk.
"Wa'Aafinii" - Sihatkan aku.
"Wa' fuannii" - Maafkan aku.

Selamat Beramal.

Wa'Allahualam...

Sunday, 10 April 2011

Bersedekah

Salam semua.
Apa khabar?
Harap semua berada dalam rahmatNya.
InsyAllah..

Hari ini saya ingin berkongsi tentang bersedekah.
Sebenarnya saya dapat mesej dari kawan saya hari Jumaat yang lepas.

"Assalamua'laikum. Saya mahu kongsi sedikit khutbah hari Jumaat kali ini di Masjid Negeri, Negeri Sembilan. Tuntutan bersedekah. Sesunggunhya amalan bersedekah jika hendak digambarkan bagaikan sebiji benih yang bercambah 7 tangkai, dan pada setiap tangkai ada 100 biji. (Surah Al-Baqarah). Secara ringkasannya, pahala kita akan digandakan dengan banyak oleh Allah kalau kita bersedekah kepada orang yang memerlukan. Para sahabat dulu sanggup menyamar jadi orang buta atau fakir semata-mata untuk bersedekah.  Mereka menyembunyikan amalan mereka itu untuk mengelakkan perasaan riak.  InsyAllah..selamat beramal  =) "

Wallahua'lam.