Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"
Showing posts with label ibubapa. Show all posts
Showing posts with label ibubapa. Show all posts

Tuesday, 26 May 2015

Wajah itu....

Assalamualaikum wbt

Wajah itu,
Seorang lelaki..

Wajah seorang wira perkasa, 
Ayah
Makin tidak bisa ku lihat hari demi hari...
Kala kita sibuk ke sana sibuk ke mari..

Wajah itu,
Ku lihat pudar..
Kian samar hari demi hari..
Ku cari saat bersama
Pejam mata, Oh! Sungguh rindu saat bahagia!

Wajah itu juga,
Tiap hari dambaan isteri tercinta, Mama.

Wajah wanita agung yang,
Tak pernah lelah membagi cinta..
Tak pernah lelah memberi bahagia..
Tak pernah putus asa berjuang
Dan
Tak pernah lelah sekali berbakti

Ketika di duga
Dia tidak pernah membenci siapa pun
Menyalahkan juga tidak
Malah menegur
Dan makin menyayangi
Menerima segala nafas dari Allah

Ku ingin jadi seperti ibu

xxx
Wajah berdua itu,
Kini kian tua..
Di makan usia..

Apakah ku bisa berbakti kepada mereka?

Moga ku bisa membuat wajah itu bahagia..
Mengambil segala kebaikan, kesabaran, ketabahan dari Wira dan Wirati ku.

Oh Ayah Ibu.

Terima kasih untuk kasih sayang yang tak pernah usai..

~Anna


Wednesday, 1 June 2011

Selamat Hari Lahir Ayah & Bukan Tidak Tega, tapi Terlalu Cinta.

Assalamualaikum WBT
Pada tanggal 1 June 2011 ini ana ada ucapan istimewa untuk ayahanda ana tercinta.

Ucapan khas buat ayahanda ku tercinta,  Mohd Fedzir bin Baharom dengan ucapan Selamat Hari Lahir yang ke – 50 tahun.

Semoga Allah memberkati dan merahmatimu, memberi kesihatan yang baik, iman yang mantap dan menjagamu, seperti mana ayah dan mama menjaga kami, anak2 gadismu.  insyAllah...aminnn...

Ayah....
masih ingatkah ketika Tira suap makan mama dan ayah masa konvokesyen Atin, Tira tersangat lapar dek kerana tidak mengambil sarapan pagi.  Namun, perut yang kosong ini terisi kenyang melihat dan dapat menyuap ayah dan mama ketika masih sihat lagi, sesungguhnya Tira tak nak saat itu berakhir.  Seumur hidup Tira, itu adalah saat yang Tira tidak pernah akan lupa, ayah mama harta yang paling berharga, maafkan salah silap Tira, terguris hatimu, tertinggi nada kata, terkasar bahasa sehingga menyinggung perasaanmu, Tira tidak akan berhenti mencapai dan mencuba sedaya upaya menjadi anak yang solehah untuk mu.


Kepada anak2 gadis Mohd Fedzir/ kakak-kakak dan adikkku, hayatilah kisah ini..sematkan dalam hati dan sanubari kalian untuk penyediaan masa kelak.  Renungkanlah saudariku......

BUKAN TIDAK TEGA, TAPI TERLALU CINTA.

Beratnya untuk melepaskan dia pergi.  Selama ini, tangan ini yang membelainya.  Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya.  Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan ditelinganya, aku begitu mengasihinya.  Ya, dia adalah permata hatiku.  Namun, dia bukan selamanya milikku.....

Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan.  Dan kini sudah hampir masanya kau pamit.  Walau dihatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu?  Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan?  Maafkan aku wahai anak.....bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta.

Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati.  Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih.  Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti? Aku jauh.........bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan.  Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan.  Itu satu hakikat.

Cinta seorang ayah bukan bererti mengikat....
Tetapi melepaskan, membebaskan.  Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang.  Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?

Puteriku.....
Kau terpaksa ku lepaskan....
Apakah si dia mampu menyayanginya SEPERTI AKU? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang.  Bukankah segalanya telah diputuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada ‘si dia’ – lelaki pilihannya?  Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?

Namun, HATI AYAH....HATI ABAH...pasti ada gundah.  Sudah pasrah, tapi diguris goyah.  Bolak-balik hati ini wahai anak...terlau laju untuk dipaku.

Tepatkah pilihanmu?  Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita  mengukur kesudahan di batas permulaan?

Sangka baik jadi penawar.  Kau anak yang baik, insyAllah pilihanmu juga baik.  Tuhan tidak mengecewakanmu.  Jodohmu telah ditentukan.  Dan ketentuan Allah pasti ada kebaikan!

Kekadang, AKU DISERBU SERIBU PERTANYAAN.
APAKAH AKU MASIH DIHATINYA SETELAH DIA BERSUAMI NANTI?
ATAU AKU HANYA AKAN MENJADI TUGU KENANGAN YANG DIJENGAH SEKALI-SEKALA?
Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit...upayaku mendidikmu bukan suatu jasa.  Itu hanya amanah.

Namun, ketika USIA MENJANGKAU SENJA, aku pasti semakin SEPI...... aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia.  Diulit oleh kenangan indah musin lalu, ketika dia begitu manja di sisi.  AKU INGIN MENDENGAR lagi suaranya yang dulu-dulu, mengadu tentang ini dan itu.  Bercerita dan berkisah dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.

Pergilah.  Aku rela.  Allah bersamamu.

Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti.  Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya, umminya.  Aku akan bersangka baik.  Justeru, Allah itu menurut sangkaan hamba-hambaNYA.  Aku bersangka baik, insyAllah dia dan aku akan mendapat yang terbaik.   Disitu, noktah keBIMBANGAN HATI SEORANG AYAH.  SEORANG ABAH..!!!  - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Sunday, 15 May 2011

oh Ayah oh Ibu....

Assalamualaikum wbt...
Apa khabar semua..harap2 sihat gitu...
huhu^.^
Alhamdulillah..
Hari ini selesai konvokesyen kak ngah...
Walaupun penat seharian di UiTM Shah Alam...
tapi saat yang paling berbaloi buat ana...

Lepas saja ambil gambar kak ngah, saya yang kelaparan terus mencari makan di khemah jualan.
Saya beli nasi ayam dan juga air milo, kemudian saya telefon sama mama, "mama where are you??" hehe...
Mama cakap ayah sudah keluar dahulu, saya bergegas ke tempat yang kak ngah suruh mama dan ayah tuju ke dalam dewan.  Alhamdulillah, tidak sukar saya mencari mama dan ayah dalam keadaan yang sesak bangat ni...huhu^.^

Saya terus ke mama dan ayah.  Mama dan ayah juga menyatakan bahawa mereka sangat lapar, tapi nasi yang saya beli hanyalah sebungkus nasi ayam, keadaan juga mula sesak dengan banjiran ibubapa dan keluarga para graduan merumit saya untuk kembali ke khemah jualan yang jauh.  Kami mencari posisi yang sesuai untuk makan, almaklumlah...kawasan dewan, kami bersama-sama duduk di tepi khemah tempat makan bersama para ibubapa yang lain.  Setelah itu, saya duduk dan membuka nasi ayam tadi, sudah tentu ibubapa saya juga lapar, mana tidaknya dari tengahari kami di sana. 

Kemudian saya mula makan, inilah saat yang paling saya tidak akan lupa seumur hidup saya, saya jarang pulang dek kerana belajar jauh nun di negeri orang, saya sangat bersyukur kerana dapat meluangkan masa bersama mereka...balik pada cerita,saya duduk ditengah-tengah antara mama dan ayah, ayah di sebelah kiri, mama disebelah kanan, saya mula membuka bungkusan nasi ayam tadi, ayah meminta untuk merasa sedikit ayam..namun, apa yang saya lakukan ialah saya menyuap kedua ibubapa saya, ya Allah...saya sangat terharu, saya tidak pernah menyuap ayah dan mama sehingga nasi itu habis, mama cakap "tira makanlah juga nasi itu" tapi saya terus menyuap ayah dan mama makan, saya balas pada mama, "orang muda tidak apa-apa jikalau makan sedikit, nanti tidak muat pula nak pakai baju kebaya ini.", saya terus menyuap ayah dan mama, saya monolog dalam hati 'ya Allah sesungguhnya, saya lapar, tapi saya merasa kenyang menyuap nasi ini ke mulut ayah dan mama, walau hakikatnya dari pagi lagi saya tidak sarapan.' Saya rasa bahagia  dapat menyuap nasi pada mama dan ayah saat mereka masih sihat.

Ya Allah, lindungi kedua ibubapaku saat ana jauh dari mereka, dan di mana mereka berada, rahmati dan berkati ibubapaku..aminn...