Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Tuesday 31 May 2011

PEMIMPIN MINGGU DESTINI SISWA 2

Assalamualaikum WBT

Ahlan wahsalan?
Harap2 semua sihat disisi Allah yang penyayang.

Pertama sekali, ana mahu mohon maaf kerana tidak dapat meng’post’ coretan pasal PMDS kali ini lebih awal.  Almaklumlah sesangat sibuk bila sudah mula kuliah ini.  Huhu^.^
Dan juga kesihatan yang tidak mengizinkan ana online.

PMDS kali ini sangat best and special, nak tahu kenapa? Sebab kursus 3hari 2malam di Melaka, dapat kenal OC baru, dan kursus kali ini lebih relax dari kursus yang lepas, ala-ala santai kali ini.  Seperti kursus lepas, oc-oc dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 1 Nation OC, Tunder Cat, dan K.A.M.I.  Ana dalam group K.A.M.I, nak tengok tak logo dan trendmark group K.A.M.I yang menjadi juara.hehe...




Ha, kalau nak tahu yang istiqamah itu, idea ana lah..sukalah istiqamah! Hehe...
Apa pendapat anda mengenai poster group K.A.M.I ini?boleh jadi juara lak tu.
Alhamdulillah...

Sekarang, ana nak ceritakan ketika oc-oc dapat berjalan ke bandar Melaka.  Ana tak beli apa-apa pun, hanya jalan-jalan (sebab pernah pergi sebelum ini, boleh pergi lagi dengan family lak) huhu^.^

Inilah wajah2 bandar Melaka







Turut tidak ketinggalan pemandangan yang paling ana sukai.  Dimana ada laut, disitu ada ana untuk merakam suasana ciptaan Allah.  SubhanAllah...
=)





Seterusnya, kami kembali ke Perak untuk bertugas disana.  Itulah kursus yang santai, dan telah tiba pula saat menyibukkan diri sampai tidak cukup rehat, tapi nak buat macam mana, dah tugas.  Ana demam seminggu, mungkin perubahan cuaca yang menyebabkan tidak sihat.  Sampai saat ini juga, ana masih batuk-batuk lagi.  Inilah namanya dugaaan supaya kita dekat dengan Allah SWT.kan?hehe..siapa setuju angkat tangan! Hehe....

Tibalah saat yang semua oc-oc tunggu, bertugas! Alhamdulillah, ana masih kekal di Biro Protokol (biro popular..hahaha).  Disini ana memanjatkan kesyukuran pada Ilahi, kerana buat pertama kalinya ana jadi pengacara majlis tanpa rasa gementar, dan setelah 2 semester dalam biro ini, alhamdulillah sangat ana dapat pelbaga pujian.syukur3...huhu^.^
Semoga ana dapat terus kekal dan sentiasa dapat menambah prestasi..aminn...

Antara gambar2 ketika bertugas..

Dewan tempat ana bertugas.


Seperti biasa, walau ana tidak suka pakai tudung putih kalau dah tugas, terpaksalah.hee...


Ini adalah hari ke-3 bertugas, pendaftaran HEA (Hal Ehwal Akademik).



Gambar di atas ini, masa malam oc habis kursus, ramai tak oc siswi? Malam ini juga ana secara mengejutnya dipilih menjadi MC untuk majlis perasmian oleh TP HEP.  Saat ini ana masih gementar sebab tidak sedia teks dan terpaksa jadi secara mengejut, walau ana ada buat silap,tetapi mereka masih memuji suara ana lunak, waduh...tak tahu macam mana gemuruhnya darah berdiri kat podium atas pentas.hee..alhamdulillah, masa bertugas ana tidak gementar..terima kasih pada Abg Subuh, Abg Nazri dan Abg Lan, tidak lupa juga pada MPP Exco Komunikasi dan Korporat Exco Perhubungan Alumni dan Kampus, Amalina Rashid (AR) yang banyak mengajar dalam menjadi pengacara majlis yang baik, dan kepada Abg Wan the master of the sifu..hehe..tq so much!



Alhamdulillah..selesai sudah tugas2 kami sebagai oc pada semester ini.  Pada esok harinya, ana dan rakan2 oc lain pergi merehatkan diri, hehe.  Mula2 pergi kenduri kawan ayah, anak beliau kahwin, baru kami berjalan2 dan membeli barang keperluan sebelum hari-hari ‘busy’ kuliah bermula.huhu^.^


Sekian, maaf ya kepada yang tertunggu ana update blog.
Terima kasih sudi menunggu dan setia, semoga Allah bersama-samamu.

Kepada ibubapa ana yang masih menanti kepulangan ana, semoga Allah mengurniakan kalian kesihatan yang baik.  Ana rindu nak suap mama ayah makan. =)


Wassalam.

No comments:

Post a Comment