Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Monday 16 May 2011

Syukran Ya Habibi...

Assalamualaikum wbt

Dengan nama Allah yang sebaik Pemberi Ganjaran..
 
Adam...
Hawa mengerti dengan apa yang Adam cuba sampaikan, malahan Hawa juga kagum dengan azam Adam dalam meneruskan hidup sebagai seorang khalifah, juga dalam usaha mencari ilmu.  SubhanAllah...
Selama kenalan kita, Hawa boleh mendefinisi Adam sebagai seorang yang baik, Hawa terpesona dengan peribadi yang dimiliki Adam.  Seorang Adam menjadi idaman seorang Hawa, mempunyai ciri-ciri yang soleh. Hawa kagum saat Adam mengatakan "untuk menjaga pemikiran kita".(Masjid An-Nur.) Hawa kagum Adam yang menjaga setiap tutur kata, menjaga kesucian hati dan fikiran.
 
Adam...
Hawa tahu kalau perpisahan itu pahit, Hawa juga merasakan yang sama.  Hawa sungguh kagum dengan sifatmu, yang cepat sedar akan siapa diri kita, hanyalah seorang Khalifah.  SubhanAllah...

Adam...
Hawa juga mengedari bahawa Hawa merasakan perasaan yang sama.  Persamaan kita, ice lemon tea, hehe...Namun, kita sama-sama mempunyai komitmen dan masa hadapan yang menjadi sandaran dan harapan keluarga kita, juga tugas kita sebagai khalifah, sebagai anak, dan sebagai pelajar.

Adam...
akan Hawa ingat kata-kata Adam..
"mungkin Adam ada disini untuk mengubati luka hati Hawa yang begitu dalam.... mengembalikan jiwa Hawa sebagai makhluk yang harus tetap maju kedepan!.."
Terima kasih ya Allah..menemukan Adam yang membantuku menyedari hakikat sebenar.
Hawa akan terus pandang ke hadapan, terima kasih atas sokongan Adam.  

Terima kasih Adam atas peribadi mu yang mulia.
Pesan ku,
"Jadilah dirimu kumbang yang hebat
dan doakan ana agar menjadi bunga yang mekar"

Akan Hawa doakan kejayaan Adam di dunia dan akhirat...
Gambate!!!


"Ya Allah
kurniakanlah ku perasaan cinta padaMu
CINTA yang melebihi cinta kepada seluruh ciptaanMu
dan jadikanlah ku hambaMu yang engkau redhai..aminn..."


 
" Sampai jumpa kelak ditempat yang diredhai oleh Allah SWT 
(dan minum ice lemon tea.)hehe^.^ "

Wallahu'alam..
Wslm...

No comments:

Post a Comment