Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Monday 20 June 2016

Ikan Merah Masak Sup

Assalamualaikum semua..

Salam subuh & salam sahur!

Menu buka puasa semalam ikan merah masak sup dan sambal tumis ikan bilis.

So, Anna tak dapat nak tulis banyak2..let straight to the point.. hehe

Here the ingredient:

2 potong ikan merah
1 biji bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
sedikit kulit kayu manis
1 sup bunjut
2 biji bunga lawing
2 biji pegaga
2 cawan air
garam secukup rasa
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
sedikit bawang goreng

Cara-cara:
1. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi. Tumis dan kemudian masukkan kulit kayu manis. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan air dan sup bunjut kemudian tunggu sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, api sederhana, tunggu hingga mendidih. Balik2 jika perlu. Jika tidak mahu ikan hancur biarkan sahaja
4. Masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Tutup api. Siap!

*hubby Anna ni suka sgt makan ikan, berselera betul kalau tengok dia makan, nasi tambah banyak pulak! hehe

Jazakumullah bil khair.

xoxo - Anna




No comments:

Post a Comment