Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Biarkan waktu berputar seiring waktu berjalan

Biarkan waktu berputar seiring waktu berjalan

Istiqomah

Daisypath Anniversary tickers

AH

Daisypath Anniversary tickers

Daughter

Lilypie Pregnancy tickers

BF

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, 13 May 2014

Himpunan Resepi Topping Coklat Ganache


 Assalamualaikum wbt
Anna nak kongsi sikit resepi yang Anna buat hari ni..hari ni taw...
Anna guna resepi no 3 untuk buat coklat bubble rice in jar...tapi dalam jar plastic lah...hehe
Jimat, Murah dan Simple...
Nanti Anna update lagi pasal resepi ni ye...
Enjoy cooking! :)

RESIPI 1 Bahan-bahan:
300g coklat masakan - potong kecil
200g UHT whipping cream (selalu saya guna jenama Anchor)
1 sudu besar mentega
Cara-cara:
- Panaskan whipping cream di atas api hingga mendidih sedikit dan matikan api.
- Masukkan coklat atau tuang atas coklat dan kacau hingga sebati. Masukkan pula mentega dan sebatikan.

RESIPI 2 - Dayangjack Bahan-bahan:
100g coklat masakan
125ml susu segar
50g mentega
4 sudu besar madu/gula
Cara-cara:
- Satukan kesemuanya dan masak dengan kaedah double boil sehingga agak pekat


RESIPI 3 - Kak Nor Bahan-bahan:
300g coklat masak
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1/4 cawan air panas (untuk step ke2 nak bagi cair dan meleleh)
Cara-cara:
- Panaskan susu pekat dan susu cair menggunakan double boiler.
- Masukkan coklat, kacau sebati. Sesudah itu masukkan mentega dan curah 1/2 bahagian atas kek. Simpan dalam 15 - 30 minit.
- Panaskan lebihan coklat dan tambah air panas. Kacau dan curahkan ke atas kek tadi


RESIPI 4 - Buku Panduan Asas Menghias Kek Bahan-bahan
300g krim putar (whipping cream)
600g coklat masakan - cincang
1/2 cawan sirap glukos/madu
2 sudu kecil mentega
Cara-cara:
- Panaskan whipping cream sehingga hampir mendidih. Curahkan ke atas coklat dan kacau sebati.
- Masukkan sirap glukos
- Akhir sekali masukkan mentega

- Campurkan kesemuanya dan panaskan atas api perlahan sambil mengacau hingga sebati dan likat


Nota tambahan: - Chocolate ganache boleh disimpan di luar dengan suhu bilik atau di dalam peti sejuk untuk tempoh yang lama. Anda boleh variasikan penggunaannya mengikut kreativiti masing-masing.
- Fungsi mentega ialah untuk mengilatkannya


Ni gambar coklat bubble yang Anna buat tadi 
:)




*i love cooking and it my natural cooking for fun..! heeheh 
xoxo Anna

4 comments:

  1. nk tnya, bble rice ni blh thn bpe lme??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut jenama yunk, klu jenama kellog's tahan 5-7 hari. klu jenama biasa2 beli kedai kek tu dalam 3 hari je. sis pakai kellogg's.

      Delete
  2. Terima kasih resepi :)..Coklat topping ni akan kekal cair ke.atau kena rendam dalam air panas plk bila nak mkn.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum anak2 i selalu suka beli kt sek crispy rice ngan coklat atau marshmallow ngan coklat dlm bekas kecik2.. coklat tu sentiasa cair je dan rice tu crispy je.. bole bg tunjuk ajar x cara nk buat.. wsp sis 0124257525.. pls tq

    ReplyDelete