Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Tuesday 2 April 2013

My hobby : Kek Coklat Moist :)

Assalamualaikum wbt

Petang2 yang indah ni, lepas hujan..ada pelangi..
Anna nak kongsi dengan teman-teman blogger satu resepi.

Sebelum ni memang Anna suka buat kek coklat, dari zaman sekolah lagi.
hehe^_^
Ceritanya last week, Anna selalu simpan dengan save pages je dalam handphone tu,
ditakdirkan tukar handphone baru...hilang lah resepi.

But..
I got the new one, quite similar with the previous recipe...

So, here it is...my back up recipe posted at my blog! Senang nak cari, plus i can share with those who love chocolate cake :)

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
2 st baking powder
2 st soda bikarbonat
1 1/2 cawan susu perisa coklat (boleh digantikan dengan bancuhan milo jika tiada ataupun air susu penuh           .                                                berkrim)
1/2 cawan air ditambah dengan 2 st nescafe
1 st esen vanilla (atau coklat)
2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
1 cawan minyak masak 

Topping :
2 cawan air
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar butter

Cara-cara : 
1.  Pukul telur sehingga kembang, kemudian masukkan gula pasir & gula perang.
2.  Selepas telur & gula sebati, masukkan minyak masak dan esen vanilla.
3.  Ayakkan soda bikarbonat, baking powder, serbuk koko & tepung gandum.
4.  Kemudian masukkan bahan yang di ayak berselang-seli dengan susu perisa coklat & bancuhan nescafe 
     ke dalam adunan tadi.
5.  Bakar pada suhu 180c selama 1 jam atau sehingga kek masak.
6.  Untuk toppirng, panaskan air di dalam periuk.
     Masukkan serbuk koko & kacau hingga sebati.
     Masukkan susu pekat manis & minyak masak, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung.
7.  Kacau sehingga pekat sedikit, setelah masak, bolehlah diletakkan atas kek dan hias.

nak tengok x hasilnya?





No comments:

Post a Comment