Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Tuesday 29 March 2011

Selamat Datang

Salam.

Selamat datang ke blog saya.
Blog ini ialah blog kedua saya memandangkan saya perlu memenuhi tugasan untuk subjek CSC134.

Permulaan blog ini saya ingin berkongsi maksud disebalik tajuk blog saya. ‘iceteaqomahlemond’, ice tea lemond ialah teh ais lemon minuman kegemaran saya. ‘iceteaqomah’ pula bermaksud Istiqomah, sebagai hamba Allah kita perlu beristiqomah kepada-Nya dalam setiap apa jua yang kita lakukan kerana akhirnya kita akan kembali pada-Nya.  Istiqamah secara umumnya bermaksud menumpukan komitmen untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan penuh konsisten dan kesungguhan. Istiqamah adalah sikap terpuji yang perlu diamalkan oleh setiap individu Muslim. Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Itulah maksud tersurat dan tersirat disebalik nama tajuk blog ini.  Kawan-kawan dijemput untuk mengikuti blog pertama saya, iceteaqomahlemond.blogspot.com.  Selamat mengikuti blog saya.  Wassalam.

No comments:

Post a Comment