Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Monday, 17 August 2015

Braces Tips: Spacer & Trans-Palatal Arch (TPA).

Assalamualaikum wbt

Okay lah, selalu Anna mesti update pasal religi. This time around nak update pasal braces  | pendakap gigi. ;D

Hurmm.. x pernah terfikir nak pakai pun before this, but now..this is it. hehe. Me with braces and joined the #TEAMGIGIBESI. hehe

Looking at my sister, she barely 3 years using this braces and akan buka dah within few month, while me baru saja nak pakai.

So, wondering lah mcm2 kena pakai, i mean the band TPA, spacer lah semua. Adik Anna x kena pun! So, xde lah tempat nak tanya sangat. Lastly, buat research and reading sendiri saja lah.

So here the tips untuk gigi yang mcm Anna yang kena guna besi yang akan melintang vertically kat lelangit, nama dia TPA shortform Trans-Palatal Arch nama penuhnya. TPA ni dia guna untuk bagi gigi atas tak moving sesuka hati dan menarik gigi anda ke dalam. hehe . ni gambar bawah ni contoh gambar Anna Google :)

*Normal TPA

Amat mencabar sebenarnya nak pakai braces ni. Sebelum dia pakaikan TPA dia cabut dulu gigi and in my case 2 batang gigi atas saja kena cabut. Gigi bawah mmg dan 'missing' masa zaman high school dulu.  Kemudian seminggu sebelum dia akan pasangkan SPACER untuk masukkan band yg korg tgk kat tepi TPA tu.

*Inilah spacer  yang Anna cakapkan tadi.

Lepas je cabut gigi and pakai spacer ni siaplah, nyilu yang amat.

*to be continued...

Love xoxo ~ Anna

Friday, 14 August 2015

Empayar Iblis

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. Iblis Azazil nekad untuk menjadi penderhaka, lalu dia meminta supaya Allah s.w.t. panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat iaitu selagi wujudnya manusia.

Dia (Iblis) berkata(Al-Israk:6...2):
“Terangkan kepadaku inikah orang yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil.” Permintaannya diperkenankan. Allah s.w.t. murka kepada syaitan laknatullah di atas sifatnya yang sombong, degil dan dengki.

Firman Allah: “Pergilah, siapa di antara mereka yang mengikuti kamu maka sesungguhnya neraka jahanam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup.” Lalu Iblis Azazil dihalau dari syurga.
Allah berfirman (Shaad:77-78):
“Kalau demikian, keluarlah engkau dari syurga, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang direjam. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat-Ku terus menerus hingga ke hari kiamat.
Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar Iblis. Iblis laknatullah mengetuai kerajaannya selaku maharaja hingga ke hari kiamat. Ianya tiada pilihanraya di mana ada syaitan yang mencabar kerusinya. Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan terima laporan daripada syaitan yang berkhidmat untuknya, persis seorang presiden sebuah negara. Iblis mempunyai barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di bawah empayar Iblis.

Lima menteri kanan itu terdiri daripada anak-anaknya sendiri. Mari kita mengenali menteri-menteri ini:

1. Dasim
Malaun ini dikatakan anak emas Iblis laknatullah. Kenapa? Dasim serta seluruh rakyat kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci, berang dan dengki setiap kali ijab kabul dilafazkan. Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka itulah kemuncak kegemilangan bagi kerajaan Dasim yang terkutuk.

2. Al-A’war
Membentuk dan memudahkan laluan zina dan keruntuhan moral ialah tugas kementerian si durjana ini. Gembiralah Iblis apabila zina berleluasa dan lahir anak-anak luar nikah, kerana itu petanda keturunan Adam pincang.

3. Maswath
Anak Iblis yang satunya ini merupakan pakar jurusan menipu. Dia dan pengikutnya sentiasa membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia. Permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.

4. Zalnabur
Si terkutuk ini pula dan kakitangannya berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci-maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang ramai, seperti di pasar atau shopping mall.

5. Tsaba
Geng syaitan ini memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, mangsa tanah runtuh, mangsa rogol mahupun mereka yang kematian orang tersayang termasuk dalam senarai ‘most wanted’ Tsaba. Mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap Allah, manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan Allah s.w.t. atas semua yang terjadi.

Tidak ada yang terlepas dari gangguan syaitan kecuali mereka yang dilindungi Allah s.w.t. Sebenarnya sejak dilahirkan, setiap bayi ditemani seekor syaitan bernama ‘qarin’ (syaitan ini umpama ‘baby sitter’ berbanding syaitan-syaitan lain yang mempunyai tugas tersendiri). Hanya selepas nyawa terpisah dari badan, tugas ‘qarin’ dikira beres.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tangisan bayi ketika kelahirannya (adalah akibat perbuatan jahat) dari syaitan.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

“Setiap anak Adam pasti akan ditusuk di bahagian tepi (badannya) dengan jari-jarinya (Iblis) ketika dilahirkan, melainkan Isa bin Maryam sahaja. Iblis telah cuba melakukan tusukan tetapi tusukannya telah terhalang”. (Riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)


Saturday, 8 August 2015

Tidak Mudah tapi terasa akan Indah

Assalamualaikum wbt

Tidak mudah tersenyum ketika hati menangis dan teriris
Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari itu adalah bahagian dari kasih Ilahi
Agar Allah memindahkan  kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita

Tidak mudah bangkit dalam keadaan terperuk
Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari
Bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya agar kita tumbuh besar dan kuat

Tidak mudah memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa indah ketika kita boleh membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri

Tidak mudah memaafkan ketika kita dibenci dan dihina
Tapi akan terasa indah kalau itu bahagian dari penyucian diri
Dan ikhlas hanya mengharap redha Allah

Tidak mudah melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya
Tapi akan terasa indah ketika menyedari itu adalah awal dari kejayaan kita

Tidak mudah melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari itulah jalan yang harus ditempuhi
Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya

Tidak mudah menghilangkan duka kerana kehilangan
Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari
Bahawa Allah telah meminjamkan kepada kita beberapa ketika

Tidak mudah menghadapi penderitaan dan dugaan yang terus mendera
Tapi akan terasa indah ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur
Dan menyedari itu bahagian dari cara Allah menyayangi hambanya
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya


*Ada ketika kita merasakan dunia seakan berlaku tidak adil pada kita... Keluh, resah, kenapa, mengapa..bagaimana? Pelbagai perkara yang bermain difikiran.  Justeru itu, berhenti untuk seketika, carilah Dia yang saat dunia tidak lagi kelihatan cerah bagi kita.. Baiki diri dan hadapi kepincangan.
~Love - Anna

Thursday, 6 August 2015

3 Kunci Keselamatan

Assalamualaikum wbt

Sahabat Uqbah bin Aamir (RadhiAllahu ahnhu) pernah bertanya:
"Apakah (kunci) keselamatan itu?"
Nabi (SAW) mengatakan:
"Kendalikanlah lisanmu, jadikanlah rumahmu lapang untukmu dan menangislah kerana dosamu."
[Hadis Riwayat Ahmad dan Attirmidzi, dihasankan oleh Attrimidzi dan Syeikh Albani]

Dalam hadits ini Nabi (SAW) menyebut bahawa keselamatan itu boleh diraih dengan 3 perkara:

1. Menjaga lisan
dari perkataan yang mendatangkan dosa, mahupun bahaya dari orang lain. Hendaklah seseorang tidak mengatakan kecuali kebaikan, sebagaimana dalam hadits lain.

2. Seboleh mungkin untuk selalu di rumah,
kecuali bila ada kebutuhan untuk keluar rumah. Kerana dengan begitu seseorang akan semakin memperhatikan keluarganya, dan dapat mengurangi kemungkinan berbuat salah kepada orang lain.

3. Menyesali dosa-dosa
yang telah dia perbuat, dia menangis dan bersimpuh di hadapan Allah meminta ampun kepadaNya, sehingga dengannya terhindar dari murka Allah dan selamat di dunia dan akhiratnya.

Wallahu a'lam.


*Bukan senang nak berubah perlukan hati dan iman yang kuat.  Jangan putus asa sebab setiap manusia buat silap, tiada Allah ciptakan manusia sempurna. Learn from the mistakes, take chance to do better, to make things better, to live better. Just believe in Allah faith. #stayinAllahfaith
~Anna

Wednesday, 5 August 2015

Maafkanlah

Maafkanlah..
Masa lalu dan bertaubatlah

Tidak perlu merasa diri tidak pantas untuk menjadi lebih baik,
semua orang pernah berdosa,
semua orang melewati masa kelamnya, bukan hanya dirimu.

Jika semakin jatuh kita ke dalam perasaan terpuruk  kerana luka
akan dosa lantas menghalangi diri dari bertaubat,
itu kah yang kamu inginkan untuk hidup mu?

Disaat seperti itu, kita sukses membuat syaitan tertawa dan
Allah cemburu pada maksiat yang kamu lalukan.
Kamu tahu itu semua tidak baik, kan?

Maka tidak perlu ada rasa kecil hati, bahkan putus asa dari pengampunan Allah.
Sebab itulah yang syaitan inginkan, kamu harus benci membantunya. Harus.

Maafkanlah masa lalu mu, tawakalkan masa depanmu, nikmati masa mu yang sekarang.
Maafkan memang tidak mengubah apapun yang terjadi di masa lalu.

Tapi ia memperindah hari esok dan menceriakan hari ini.

Semoga Allah tambahkan hidayah dan ilmu yang bermanfaat... Aminn...


*menaip sambil menangis...sampai tak nampak huruf kat skrin.. lagu2 opick pulak menusuk ke hati..
Allah... :'(


Saturday, 25 July 2015

Kerna daku bukan siapa-siapa di mata Mu

Dunya....
Semakin dikejar-kejar..

Terkadang kita leka..
Ingin sekali capai bahagia itu..

Tetapi waktu tidak mengizinkan lagi..
Tanggal apapun semua rahsia Dia...

Hati..
Jiwa..
Sering saja leka..

Iman..
Sering juga tidak konsisten..

Namun, kita hanya manusia yang terlahirnya dari Adam dan Hawa..
Yang api juga berjanji untuk menyesatkan kita..

Ya Rabb..
Saat hati jiwa iman semuanya goyah..
Ku mencari Mu..
Tapi Kau jauh..
Seperti membenci ku..
Daku tersungkur tersujud mencari dan mengejar Mu..
Menjerit-jerit lahir batin ku...

Ya Allah..
Ya Allah..
Ya Allah..

Ampuni jiwa yang ternoda..
Ampuni hati yang terlupa..
Ampuni iman yang goyah..

Maafkan daku yang hodoh lagi hina..

Daku tetap kembali..
Daku tetap mencari..
Daku tetap mengejar Mu.. 
Walau apa pun..

Tolong jauhku dari segala yang dilarang Mu..
Tolong Ya Rabb..
Tiada siapa ku bergantung hanya pada Mu..
Daku merayu..

Berkata Abu Bakr asy-Syibli:
" Jika kamu ingin melihat dunia beserta isinya maka lihatlah sampah.  Itulah dunia.
Jika kamu ingin melihat dirimu maka ambillah segengam tanah kerana dari tanah kamu dicipta, ke dalam tanah kamu akan kembali, dan dari dalam tanah kamu akan keluar.
Jika demikian keadaanya maka dia tidak boleh bersikap bongkak atau sombong kepada sesamanya."
(Dari kitab Sifatush Shafwah, Ibnul Jauzi)


*dosa-dosa buka aurat pun kena taubat..semoga diri ini kuat menjaga larangan Nya.. inshaAllah



Saturday, 18 July 2015

Tempat Praktikal / Latihan Industri Diploma & Degree, Selangor & KL

Assalamualaikum wbt

Apa khabar dear blogger or reader?

Harini kemas2 barang-barang dekat bilik, tak tahu lah kemas yang kali ke berape ntah. Sebabnya dah lima tahun merantau study sana sini. dah kerja tak nak lah merantau lagi, ha, melainkan nikah dan kena ikut suami. Huhu^_^ So, kemas2 barang apa yang patut dibuang. Kalau nak ikutkan sayang semua barang, jadi stor lah rumah ni.

Tgh belek2 barang2 jumpa pula diari harian yang ada tulis senarai tempat2 praktikal masa diploma dulu.

So, Anna ingat boleh bantu kawan2 atau adik2 yang mencari tempat praktikal.

Here it is the address list;

1. Lembaga Minyak Sawit Malaysia
    6, Persiaran Institut,
    Bandar Baru Bangi,
    43000 Kajang, Selanor.

2. Bahagian Khidmat Pengurusan
    Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia,
    Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
    Lot 5733, Jalan Putra Permai
    43000 Kajang, Selangor.

3. Tenaga Nasional Berhad (Bangi)
    Bahagian Pembahagian TNB
    Lot 1, Jalan 6C/13,
    43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

4. Jabatan Perolehan
    Permodalan Nasional Berhad (PNB)
    Tingkat 33, Menara PNB,
    201-A, Jalan Tun Razak
    50400 Kuala Lumpur.
    OR
    Education Development and Corporate Communication Division
    36th Floor, Menara PNB
    201-A, Jalan Tun Razak
    50400 Kuala Lumpur.

5. PETRONAS Gas Berhad,
    Aras 50, Menara 1,
    Menara Berkembar PETRONAS KLCC,
    50088 Kuala Lumpur.

6. Human Resources
    Maxis Mobile Sdn. Bhd.
    Level 17, Menara Maxis
    Kuala Lumpur City Centre
    50088 Kuala Lumpur.

7. Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
    Tingkat 12, Pusat Kecemerlangan,
    Wisma Bernama,
    28, jalan 1/65A,
Off Jalan Tun Razak,
50700 Kuala Lumpur.

8. Human Resource
    Malaysia Airports Holdings Berhad,
    Corporate Office,
    Persiaran Korporat KLIA,
    64000 KLIA, Sepang, Selangor.

9. Bahagian Sumber Manusia
    Jabatan Khidmat Pengurusan,
    Majlis Perbandaran Ampang Jaya,
    Pandan Indah, 55100 Selangor.

But, some of address yang kena mohon online dah. Mcm PETRONAS, MAS. Read more on others article or googling the web and call the company! Time ni Anna masih lagi zaman2 surat menyurat ni. Alhamdulillah, finish my internship Diploma at Permodalan Nasional Berhad (PNB) and Degree at Kebabangan Petroleum Operating Company (KPOC). And now working as Secretary at ...dot dot dot.. hehehe

Goodluck adik2.

*kepada adik2 perempuan yang maybe putus cinta masa study, lagi lah pulak bf study tempat sama, atau satu kelas? mesti kecewa. yang penting jaga diri dan akhlak. kalau jodoh awal jumpa masa universiti dan habis sekolah, itu rezeki.  tapi kalau dah masuk dunia pekerjaan ni, lagi mencabar dan banyak pilihan yang bujang dan ada masa depan. so jgn kecewa, siapa tahu rezeki jodoh masa bekerja, tapi kalau tak lagi, apa nak buat, rezeki bersama ibu bapa lagi. Dan mungkin ada yang putus dipertengahan, putus tunang , cerai dan kematian.  Semua itu takdir Allah dan rezeki masing2. Semoga jiwa kita tetap sabar. Sabar lagi jiwa. Dekatkan lagi diri dengan Allah. InshaAllah janji Allah pasti.  Tetapkan cekal dan berdoa untuk menghadapi ujian Allah.  Setiap manusia punya masa lalu dan khilaf.

Jazakumullah bil khair.

Wslm.
~ Anna