Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Thursday 20 September 2012

Perjuangan Ku Bukan Hanya Cinta Manusia

 Assalamualaikum WBT

Kahwin awal. Kahwin Lewat. Mak ayah restu. Peminat restu. Mak ayah tak restu. Mertua tak restu. Majlis kahwin 'grand'. Majlis kahwin 'simple'. Kahwin suami orang. Kahwin orang bujang. Kahwin orang dekat. Kahwin orang jauh.
Kahwin dengan artis. Kahwin dengan ustaz ustazah. Kahwin dengan kaki bola. Kahwin dengan kaki masjid. Kahwin dengan jutawan. Kahwin dengan drebar teksi. Kahwin tukang cuci. Kahwin dengan usahawan kelapa bali.
Kahwin di Malaysia. Kahwin kat oversea. Kahwin di sempadan. Nikah di masjid. Nikah di rumah. Nikah di bawah pokok. Kahwin sebaya. Kahwin lebih muda. Kahwin lebih berusia. Kenal lama. Kenal sekejap. Bercinta lama. Bercinta sekejap. Mak ayah pilihkan. Sendiri pilih.

Sangat konflik kan...

Sejak putus cinta beberapa tahun yang lalu, Anna membiarkan diri mencari cinta yang lebih hakiki.  
Anna tahu Anna masih lagi xmampu nak membuka hati sendiri.  Pelbagai fasa Anna lalui, ada juga kadang-kadang tanpa sedari perasaan itu mengalir tanpa paksaan.  
Anna juga, mendapat kawan2 yang sentiasa berada bersama2 saat duka masa di kampus dulu.  Akibat fobia ditinggalkan dulu, semester akhir Anna dikampus menjadikan Anna tidak menentu, selalu saja berfikir, bagaimana nanti Anna sudah habis belajar, Anna tidak sanggup kehilangan kawan2. Tapi..
Ternyata sekarang Anna menghadapinya dan telah berjaya mengharunginya :) Alhamdulillah. 
 Kemudian, ada datang persinggahan seorang kaum Adam menyatakan hasrat dia.  Ada yang menghalang, mengatakan masih muda.
Namun, Anna terus menghentakkan fikiran menegaskan bahawa Anna betul2 tidak bersedia.  Ada juga mengatakan "kenapa tolak jodoh??!!"

Teringat akan cerita Oki Setiana Dewi tentang cerita lelaki tua, anak dan keldai. Siapa tahu?? siapa tahu tu faham lah perasaan Anna sekarang.  Kalau asyik dengar cakap orang saja baik xyah ada otak tak yah berfikir.

"Bukankah Allah [yang demikian kekuasaanNya] sebaik-baik hakim."
(Surah at-Tin ayat 8)

Anna juga mempunyai perasaan seperti manusia lain.  Perasaan suka terhadap seorang kaum Adam.  Perasaan suka itu - mahu bersama dengannya, membina baitul muslim yang menjadi sumber pahala buat kami berdua dan satu pelaburan di dunia yang hasilnya akan kami semai di syurga Allah nanti.

Saat hati Anna hancur dek kerana putus cinta kononnya, Anna sudah nekad untuk berhati keras pada cinta manusia.
Anna sedar tiada sesiapa pun di atas muka bumi ini yang mampu menyembuhkan hati 
melainkan Allah SWT.
Namun, 
Allah SWT = al muqallibal qulub ~ yang membolak balikkan hati.

Apa Anna harus terus menjadi penonton sepanjang hayat? Menonton cerita yang tidak pasti apakah akhirnya, menunggu pada sesuatu yang tidak pasti sehingga ke akhir hayat? 
Dan tidak sedikit pun usaha Anna usahakan untuk mendapat sesuatu, hanya duduk menonton dan menunggu??
Ingat, takdir tertulis ada dua, satu masih boleh diubah dan satu lagi di Lauh Mahfuz yg tetap.  Kita punya hak untuk memilih, kalau mendengarkan cakap orang, baik otak fikiran ku ini diberi makan pada burung aja.

Anna percaya, aturan Allah adalah yang terbaik.  Anna hanya mencuba membuka hati kembali. 
 Membaiki dan terapi hati bagaimana untuk menghadapi sekali lagi, menghadapi perasaan menyayangi mencintai seseorang...mengubati perasaan fobia dan trauma dahulu.

Tapi yang pasti,
Anna mahu terus berubah menjadi seorang muslimah yang baik, menuju ke arah gelaran solehah. 
Bukan kerana dia, tetapi kerana Dia. Kerana insya-Allah, Anna akan terus tetap sandarkan keyakinan dan kepercayaan tiada batas kepada Allah. Benar, baitul muslim sentiasa dalam perancangan masa hadapan.

#mood : terhiris dengan kata-kata seseorang :'(

No comments:

Post a Comment