Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Wednesday, 11 August 2021

Resepi Kacang Pool Johor Mudah!

Assalamualaikum wbt

And hello 2021, wow it has been incredibly busy during pandemic and working from home! And a lot place and food we missed. Especially this craving taste buds of Kacang Pool!


Jom kita tengok resepi yang Anna dah mudahkan untuk semua! haha

Bahan-bahan tumis:
3 sudu besar minyak sapi/ ghee butter
1 biji bawang merah dicincang halus
2 biji bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk ketumbar
25 gm serbuk kari daging/ayam

a) Selesai je tumis semua bahan, boleh masukkan bahan utama kacang pool iaitu:

 


Bahan utama kacang pool:
400gm daging cincang/kisar
1 tin kacang bakar/baked bean
1 tin kacang merah
1 tin kacang parang
2 sb gula
air secukupnya (lebihkan air kalau nak cair)
garam secukupnya

b) Campurkan kesemua bahan diatas dan gaul rata. Jangan tinggalkan masakan tu sebab takut hangit kacang pool korg lagi-lagi kalau periuk steel biasa.

c) Agak-agak daging masak dan kacang kembang sikit boleh tutup api. Dan hiaskan dengan telur mata, cili potong dan limau!

Resepi di atas Anna ada olah mengikut barang yang ada:
  1. 200gm daging sebab kami berdua je makan. dan sangat banyak.

  2. Kacang parang susah sgt nak dapat kat pasaraya, Speedmart atau Aeon, tapi Shopee ada. But i tak nak tunggu.
  3. Serbuk ketumbar dah habis kat rumah, so tak letak tapi masih sedap.
  4. Gula i sentiasa kurangkan 1 sudu daripada resepi.



Okay, selamat mencuba.

xoxo,
Anna

Wednesday, 24 June 2020

Pengalaman Semut Masuk Telinga! Jumpa Pakar ENT (Ear, Nose, Throat) Senarai Klinik KL & Selangor.

Assalamualaikum wbt, Hello,

Lamanya, Anna tak curhat kat blog ni dah masuk setengah tahun 2020 pun. Ok, pos kali ni nak cerita sikit pasal pengalaman telinga masuk semut. Untuk korg yang tak pernah kena maybe it will sound funny for you, but NOT US! who experienced it. Bergantung kepada jenis semut yang masuk, alhamdulillah Anna punya semut biasa-biasa je lah kot. kot.......

Kali ni adalah kali kedua telinga Anna masuk semut. Kali pertama tak ingat, tapi belasan tahun dan masa tu tak de nak fikir pergi ENT ke apa sbb masih sekolah kan.

Pengalaman pertama,
Masa tengah tidur malam, rasa ada benda cuba masuk telinga tapi korg TAKKAN pernah rasa dia merayap sebab tengah tidur kan? Rasa-rasa je ada benda cuba korek-korek telinga kau dan bergerak-gerak dalam telinga. (Kadang Anna geram dengan soalan orang tak pernah kena ni sambil siap gelak-gelakkan. tanya mana tahu tu semut lah apa lah, so pathetic!). So, esok pagi bagitahu mama, ada benda dalam telinga, mama amik minyak gamat (lupa dituang ke apa) tapi guna putik kapas tu dia korek-korek dapat lah semut halus kecik tu.

Pengalaman kedua,
Umur 29 tahun 9 bulan (baru je kena ok!) haha. Masa tu balik rumah MIL. Kena masa tidur jugak. Masuk semut pukul 1.00pagi hari Sabtu Malam Ahad. Dan kali ni semut dia agak besar semut hitam. And the most mistaken i have made was ... ambil putik kapas dan masukkan dalam telinga! lepas tu baru teringat nak google, kat google banyak akan cakap masukkan putik kapas yang berminyak atau masukkan air dan pusing kepala kebawah. Masa tu tak de minyak, Anna suruh hubby masukkan air tiga kali, masuk je pusing telinga berlawanan utk semut tu keluar tapi dia tak keluar jugak. Anna cuba baring semula nak tidur, tapi setiap 30 minit semut tu gerak-gerak dalam telinga nyilu sangat tambah menganggu. Akhirnya sampai pukul 4 pagi baru tiada bunyi & gerak-gerak (and i guess the ant is dead). TAPI, dekat google cakap kalau dia dah mati pun kena keluarkan. Makanya, inilah pengalaman pertama jumpa pakar ENT. Daripada hari Sabtu malam sampai hari Rabu Anna bertahan untuk tak guna putik kapas pada telinga kiri yang kena masuk semut tu. (4 hari okay!) because i am so committed to my work and company hurmmmmm...

Klinik pakar yang Anna cari dan akan cuba hubungi sebelum pergi sebab nak klinik yang pakai kamera sebab Anna teringin sangat tengok! Walaupun tak boleh claims medical kat tempat kerja. Tak pe lah, masa telefon Anna tanya jugak harga untuk sediakan bajet sekali. Bila survey dkt google banyak cakap RM400 ke bawah sebab jumpa pakar kan.

Ini senarai yang Anna cari, korg boleh cari sendiri kawasan korg, cuba google dan telefon, sebab kadang review kat google pun ada boleh percaya ada tak boleh. Kenapa KL & Selangor, satu dekat dengan tempat kerja, satu dekat dengan rumah.

Klinik ENT KL:
1. Poliklinik Mediprinz
: tak da kamera, so dalam RM100 ke atas

2. Klinik ENT PPUM (jangan pergi!!) haha
: level government hospital sebab tak telefon dan terus walk-in makanya, masa covid19 ni dia tak terima. kena ada surat daripada klinik swasta atau mmg yang ada temujanji sebelum tu. And mostly patient senior citizen and so crowded!

Klinik ENT Selangor:
1. Dr. Rahmat Omar
: level private hospital, RM200 - 235 (untuk temujanji pertama), RM180 keatas (untuk simple procedure).

2. Klinik Pakar ENT Dr. Esa Rejab, Sg. Chu, Kajang
: yang ni tak sempat telefon sebab dan jumpa klinik dekat dengan rumah.

3. Klinik Pakar ENT S. Subra, Puchong Jaya (dekat dengan IOI Mall Puchong)
: Anna telefon dan penerangan serta layanan staf (india) sangat mesra! Sebab tu pilih klinik ni, selain dekat dengan rumah dan tahu sikit selok belok jalan. Tapi waktu operasi sangat pelik sebab pakar dia bekerja di hospital swasta lain. (tapi servis bagus) dan berpatutan untuk kes semut ni okay! haha Masa telefon dia kata RM60 - 80 (untuk temujanji pertama), RM25 - 60 (untuk simple procedure). Bajet dalam RM300 staf dia kata. Dan, korang jangan lambat walaupun sikit nanti dorg akan panggil korang last sekali sebab Anna lambat 10 minit.

Masa masuk bilik rawatan, cerita dekat doktor dan dia suruh duduk dekat mesin kamera, dia tengok dua-dua lubang telinga. (and guess what! telinga Anna bersih tau! haha bangga kejap). Mula-mula dia tengok kanan, bersih, tengok kiri, makanyaaa terdamparlah mayat si semut tu dekat sikit dengan gegendang telinga, (masa masuk bilik rawatan mmg tak boleh ambil gambar, tapi dah habis baru tanya, staf dia kata kenapa tak cuba tanya masa tengok skrin kamera nak ambil gambar skrin kamera nampak semut je) well, first time, next time uols can request. Lepas tu, dia suruh baring dekat bilik sebelah lagi untuk sedut semut tu. Lepas sedut, doktor masukkan balik kamera dan semut telah tiada.

Bersyukur sangat, dalam musibah ni mungkin boleh tolong korang yang jenis macam Anna kadang-kadang info dalam internet sangat membantu. (tapi jangan percaya bulat-bulat).

Bayaran untuk keluarkan semut ni, RM60 untuk konsultasi dan RM40 untuk prosedur. Jumlah RM100 untuk keluarkan semut kecik cenonet tu. haha tapi best sebab dapat tengok telinga bersih ke tak.

Kalau korang pernah dengar orang kata tak elok korek telinga pakai putik kapas, ianya bergantung keturunan jugak. FYI, Anna korek telinga pakai putih kapas baby setiap kali lepas basuh rambut, sebab telinga akan kena air sikit. And i do believe it good sebab dah tengok lubang telinga sendiri bersih ok! Tapi ada yang kata ikut keturunan sebab jenis tahi telinga keras. Wallahualam.

Sekian, semoga bermanfaat untuk anda.

Jazakumullah bil khair.

Love,
Anna

Wednesday, 14 August 2019

Cara-cara Buat Cili Kisar Sendiri

Assalamualaikum,

Well, after so long been as a career wife, beberapa minggu lepas baru ada masa nak buat cili kisar atau cili giling sendiri. Selama ni, Anna banyak guna cili kisar jenama Puteri. Hari tu Anna cuba nak buat sendiri, kot tak pedas ke, sekali pedas jugak taw. Tak pelah, dah kata cili.

Banyak-banyak resepi Anna selalu tengok resepi Azie Kitchen lepas tu olah sendiri. Bab memasak ni pun sebenarnya kena ada seni, seni tangan tak sama setiap orang.

Taknak bebel panjang, Anna nak kongsi resepi yang Anna guna untuk buat cili kisar sendiri. fyi, cili kisar tak memerlukan air kita akan pakai minyak untuk tahan lebih lama. Anna pakai minyak masak je.

Bahan-bahan:
Cili kering
Minyak
Garam (opsyenal nak letak ke tak)

Cara-cara:
1. Potong cili kering mengerong untuk buang biji cili, makin banyak buang makin kurang pedas.
2. Rendam dalam air seketika untuk basuh.
3. Masukkan dalam periuk, masuk air secukupnya dan tuang sedikit minyak.
4. Rebus hingga mendidih dan tutup api.
5. Buang air rebusan dan basuh lagi. Kemudian tos hingga kering.

Cara kisar cili:
1. Masukkan cili yang telah kering sedikit demi sedikit.
2. Masukkan minyak sedikit supaya blender berpusing untuk kisar.
3. Buat sikit-sikit supaya blender dapat kisar cili tersebut.
4. Tuang dalam bekas untuk simpan.
5. Ulang semula langkah diatas sedikit demi sedikit.

*jgn risau kalau warna cili dah kisar tak merah sangat, nanti dah tumis, cili akan warn merah macam biasa.

Ha, itu yang Anna dapat senaraikan cara-cara untuk anda buat cili kisar sendiri. Seronok jugak, tapi bab potong/gunting cili tu haaa lebih 10 kali bersin. Haha. Good luck! 

Eh, nah Anna belanja gambar sikit yang Anna dah buat.





Jazakumullah,
Anna

Tuesday, 23 July 2019

Resepi Rendang Daging (Tips Daging Cepat Empuk!)

Assalamualaikum!

Kali ni, nak share resepi mula-mula jadi isteri dan nak hari raya dah masa tahun 2016. Untuk Rendang Daing ni biasa lah dia agak leceh tapi bila dah buat tu sap sap sup siap dah.

Ok, tak nak tulis panjang, takut uols tak baca. haha

Bahan-bahan utama:
1/2 kg daging
1 1/2 cawan cili kisar (suami kurang suka pedas, Anna letak 3 sudu besar je)
1/2 kg paket kerisik (1 paket = 40 gram)
1 kotak kecil santan
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
garam secukup rasa
air asam jawa secukup rasa
gula secukup rasa

Bahan A (kisar)
6 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B (kisar)
2 inci lengkuas
3 batang serai
1 sb ketumbar
1/2 sb jintan manis
1/2 sb jintan putih

Cara-cara:
1. Kisar Bahan A, tapis dan airnya digunakan untuk kisar Bahan B. Kalau kisar Bahan B tak cukup air, boleh tambah sikit air.
2. Tumiskan Bahan A tadi bila dah naik bau, boleh masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak.
3. Masukkan pula Bahan B dan tumis hingga wangi. Pastikan minyak banyak untuk ditumis, jika kurang minyak boleh tambah. Minyak kurang akan menyebabkan bahan-bahan kurang masak dan tidak bagus untuk kesihatan.
4. Masukkan daging dan gaul rata. Bila daging dah keluar air boleh masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak daging hingga empuk. Jika belum empuk boleh tambah air dan reneh lagi.
5. Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Tunggu didih lagi.
6. Siap hidang!

Bagi yang suka rebus daging dahulu sebelum masak sekali, tips untuk cepat empuk ialah letakkan 2 sudu kecil garam dan 2 batang serai rebus hingga 15-20 minit. Tips lain orang kata nak empuk boleh rebus sekali dengan sudu besi.

Selamat mencuba!

Jazakumullah.

xoxo,
Anna




Thursday, 18 July 2019

3 Minuman Yang Mengurangkan Kolestrol Dalam Badan

Assalamualaikum semua,

Hari ni Anna nak bercakap pasal topik kolestrol pula. Anna nak berkongsi mengenai orang yang tak minat nak kurangkan kolestrol tapi tak minat makan oat, biji ketumbar dll.

3 minuman yang mengurangkan kolestrol adalah:



1. Air Barli

Cara: Basuh beras barli. Rebus barli sampai lembut dan minum. Untuk menambah perisa, boleh minum bersama hirisan lemon atau hirisan daun panda. Insya-Allah berkesan untuk mengurangkan masalah kolestrol.



2. Air Cuka Epal

Cara: Campurkan satu sudu besar cuka epal dalam segelas air masak. Kalau nak sedap gunakan air sejuk. Minum dua hingga tiga kali sehari.

 


3. Air Indian Gooseberry, Amla atau Buah Pokok Melaka

Cara: Amla boleh didapati dalam bentuk serbuk dipasaran. Masukkan satu sudu besar dalam segelas air suam dan minum setiap pagi masa perut kosong.

Setakat ini, Anna sentiasa biasa dengan air barli lemon suam. Untuk menurunkan berat badan lebih efektif, anda perlu turunkan kolestrol terlebih dahulu supaya kurus cara sihat! Air barli lemon suam Anna selalu order ikat tepi ni kalau pagi-pagi dekat office.



Selamat mencuba!

Jazakumullah.

xoxo,
Anna

Wednesday, 17 July 2019

Resepi Ayam Goreng Berempah Simple

Assalamualaikum..

Okay, rasa dah bertahun tak masukkan resepi-resepi baru untuk blog ni. So, I'm BACK! Haha

Sebenarnya resepi ni, Anna nak buat untuk potluck office, tapi apa kan daya.. Antara cinta & wang, salah satu harus ada korbannya.

Okay, jom tengok resepi ni.


Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
1-2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili (kalau nak pedas, Anna tak letak sebab suami kurang suka pedas)
Garam secukup rasa
2 helai limau purut - diracik halus
3 batang daun kari
Minyak untuk mengoreng

Bahan kisar halus:
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Bahan kisar kasar:
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup (Anna guna serbuk kunyit je)
2 inci serai

Cara Penyediaan:
1. Basuh ayam dan potong kecil. Toskan.
2. Masukkan ayam dan semua bahan kisar ke dalam mangkuk besar. Gaul rata.
3. Perap 1 - 2 jam atau paling bagus semalaman dalam peti sejuk.
4. Goreng dalam minyak penuh (ayam tenggelam).
5. Balik balikkan supaya masak rata.
6. Bila ayam dah garing, angkat bersama rempah-rempah sekali.
7. Siap hidang! Makan dengan nasi kukus!

Selamat mencuba.

Oh ya, Anna kan tak mahir masak, reti masak tapi tak sehebat chef. Nanti Anna tulis lagi resepi puding dan sambal tempoyak yang Anna suka buat.

Jazakumullah!

xoxo,
Anna

Tuesday, 16 July 2019

Perkara Mesti Dielakkan Ketika Bergaduh Suami Isteri



Assalamualaikum,

Tipulah dalam perkahwinan tidak ada pasangan yang tidak pernah bergaduh. Pepatah melayu berkata "sedangkan lidah lagi tergigit". Rata-rata masyarat berfikir, dalam hal perkahwinan sesuatu komunikasi tidak penting. Hakikatnya, sebuah komunikasi itu sangat berharga dan lebih indah daripada yang kita sangkakan.

Kalau masa bercinta, kita rancang nak bernikah dan berkahwin, segalanya kita rancang dan berkomunikasi dengan baik. Justeru itu, sama juga dengan dalam perkahwinan. Jika kita memendam rasa terlalu lama, orang lain akan menjadi mangsa atau lebih teruk lagi berlaku angkat tangan dari suami ataupun isteri.

Memang tiada siapa meminta perkara buruk berlaku, siapa sangka dalam sekelip mata sahaja semua boleh berubah. Harapan yang tinggi menggunung kita terlalu berharap pada manusia.

7 tips yang boleh kita mesti elakkan sepanjang tempoh perkahwinan:

1. Jangan Menyebut dan Melibatkan Keluarga

Kita hanya bergaduh dengannya dan bukan dengan ibu bapanya.

Maka jangan sesekali menyebut sesuatu yang boleh menghina ibu bapanya. Ucapan seperti. “Menyesal aku terima pinangan mak ayah hang dulu..” atau “Mak dengan anak serupa sahaja perangainya..” adalah antara ucapan yang sangat ditegah.

Ucapan-ucapan seperti itu adalah suatu penghinaan terhadap pasangan kita dan ibu bapanya.

Melibatkan ibu bapa dalam pergaduhan akan menyebabkan pasangan yang dihina ibu bapanya itu akan menjadi bertambah berang dan perkara yang lebih buruk mungkin terjadi.

2. Jangan Bergaduh Dengan Anak-Anak

Kalau pun kita tengah bergaduh, janganlah bertengkar dihadapan anak-anak.

Bimbang ia akan menjadi contoh yang tidak baik kepada mereka.

Ada suami yang mencengkam rambut isteri dihadapan anak-anak. Kemudian kepala isteri digoncang-goncang dan didera dengan pelbagai tindakan lagi.

Jangan lakukan ini dihadapan anak-anak. Tapi tidak bermakna kita boleh lakukan secara sembunyi-sembunyi pula.

Tindakan ini akan dilihat oleh anak-anak sehingga boleh membentuk persepsi dalam minda mereka bahawa semua lelaki itu jahat. Atau bila perempuan buat salah maka lelaki boleh berkasar dengannya.

Bahkan, ia juga boleh mengganggu emosi anak-anak sehingga menyebabkan mereka fobia untuk berumahtangga kelak.

3. Jangan Sesekali Mengungkit Setiap Pemberian Yang Kita Berikan

Tidak kira suami atau isteri, di era kini, masing-masing pasti ada memberi pemberian berharga kepada pasangan.

Pasangan suami isteri yang diikat dengan ikatan pernikahan yang sah dan suci ini biasanya sudah bersatu hati untuk saling bekerjasama dan bantu-membantu dalam mengukuhkan rumah tangga yang dibina.

Antaranya dengan menunjukkan kasih sayang dan memberikan barangan bersifat material kepada pasangan.

Ada masanya kita belanja pasangan kita sepasang baju, memberi bunga atau apa-apa sahaja yang menggembirakan hatinya.

Jadi jangan ungkit terhadap apa yang kita pernah berikan kepada pasangan.

Jangan sesekali katakan padanya, “saya belikan abang baju yang mahal dulu, itu pun tak reti nak jaga..” atau “Tak kenang budi....”

Perbuatan itu hanya akan mengguris perasaannya dan menunjukkan ketidakikhlasan kita ketika memberikannya dahulu.

Perbuatan mengungkit juga hanya akan merugikan pahala kita.

4. Jangan Tinggikan Suara Sehingga Jiran atau Orang Dengar

Ketika bergaduh, jangan sesekali meninggikan suara dengan tujuan menengkingnya sehingga ramai yang boleh mendengar.

Perbuatan itu hanya akan memalukan dan menjatuhkan maruahnya dihadapan semua orang. Lebih-lebih lagi ditempat awam.

Jagalah maruah pasangan kita. Maruah dia, maruah kita juga. Ia ibarat membuka pekung dan kelemahan kita dalam hidup berumah tangga.

Pasangan yang ditengking itu pasti akan terasa dengan kita. Bahkan akan menjatuhkan dirinya daripada kita.

5. Jangan Mengangkat Tangan Atau Memegang Sebarang Objek

Jangan sesekali kita mengangkat tangan untuk tujuan memukul isteri kita.

Begitu juga dilarang menggunakan apa-apa objek untuk memukul, ia akan menambah keretakan rumahtangga, malah boleh menjadi kes dera tanpa kita sedar.

Jika seorang suami suka mendera isteri, itu bermaksud dia bukanlah pasangan yang baik. Bahkan dia bukanlah pasangan yang kuat, kerana orang yang kuat adalah orang yang mampu manahan sabar.

Sebagai ketua keluarga, kita kena pandai mengawal keadaan, bukannya menyumbang kepada hubungan yang makin teruk.

6. Jangan Sebut Kekurangan Pasangan

Janganlah kita menghina isteri atau suami untuk apa tujuan sekalipun ketika bergaduh.

Lebih-lebih lagi yang dihina itu adalah bahagiaan anggota tubuh badannya. Ini perkara sensitif buat pasangan.

Sewaktu kita bersetuju bernikah dengannya, bermaksud kita juga setuju untuk menerima kekurangan yang ada pada dirinya.

Walaupun kekurangan itu wujud selepas perkahwinan, kita harus menerima isteri seadaanya.

Sentiasa ingatkan diri untuk mengawal lidah sewaktu bergaduh.

Bak kata orang tua-tua, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

7. Jangan Bergaduh Dalam Tempoh Yang Lama

Jangan memanjang-manjangkan pergaduhan.

Jangan lama-lama bertengkar, cukuplah hanya untuk sementara waktu.

Sudah habis bergaduh, berdamailah. Kadang-kadang kita perlu buat tidak tahu sahaja yang kita baru bergaduh.

Pujuklah pasangan kita dengan kata-kata yang menyejukkan jiwa.

Memanjangkan pergaduhan tidak dapat mengubah keadaan. Sebaliknya dengan bertenang dan berdamai itu lebih baik untuk membaiki hubungan atau masalah yang menimpa pasangan.

Maka, jangan kita sengaja merosakkan rumah tangga yang dibina dengan perbuatan yang melampau ketika  bergaduh.

Jangan juga kita hanya bergaduh semata-mata untuk mahukan perhatian daripada pasangan.

Penutup: Wujudkan rumahtangga yang harmoni

Walaupun perkara ini adalah asam garam kehidupan rumah tangga, hendaklah kita mengawal emosi dan amarah kita.

Jika kita mahukan anak yang sihat akhlak dan rohaninya, maka perkara ini sebenarnya bermula daripada kita sendiri, ibu bapa.

Kerana anak-anak belajar dari pemerhatian kelakuan ibu bapa mereka.

Semua ini untuk renungkan kita bersama. Semoga perbaiki diri sendiri dan dapat menghindar perkara yang dilarang Allah.

Wallahualam.