Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Friday 28 June 2013

Bukan mudah, namun bukan mustahil kerana dunia belum berakhir.

Assalamualaikum wbt


Bukan mudah. Iya benar.
Bagaimanapun perlu diingat, bukan mustahil.

Walau bertahun sudah berlalu...

Memang pada waktu tertentu, air mata ini mengalir apabila terkenang.

Putus cinta kelar tangan. Putus cinta hidup jadi celaru.
Itulah putus cinta yang di jaja oleh dunia. Malah diri sendiri juga pernah melakukan.


Menghadapi perasaan itu ada perih. Kita seperti mayat hidup. Apabila tidur, kita selalu berharap supaya saat kita bangun, semua itu adalah mimpi semata-mata.
Lemah. Perih. Sakit.
Jiwa terasa terseksa.
Seakan-akan sempit.


Apabila putus cinta, terasa seperti mahu mati. Seakan hidup tidak bermakna lagi.
Tapi apa gunanya kita cuba berusaha demi orang yang tidak akan pasti mahu kita. Apa guna kita paksa.
Kadangkala, perkara seperti ini terjadi kerana Allah mahu kita lebih meningkatkan diri.

Maka, kita teruskan kehidupan. Luaskan pandangan kepada dunia.
Kita masih ada Allah untuk kita abdikan diri.
Ada tanggungjawab dakwah dan pada orang tua untuk kita teruskan.

Tujuan hidup kita atas muka bumi ini bukan semata-mata bagi mendapatkan seorang lelaki ataupun perempuan.
Tujuan hidup kita adalah bagi mengabdikan diri padaNya di muka bumi ini.

Itu sepatutnya kita lakukan.


Maka, lihat peluang dan ruang yang masih ada dalam kehidupan.
Mungkin kerana dosa dan akhlak kita yang masih tidak baik disisi Allah. Ini sebabnya Allah menangguhkan kebaikan kepada kita. Dia mahu mengampunkan dosa-dosa kita dengan menguji supaya bergerak ke arah perubahan.
Ya. Siapa tahu? Huhuhu..
Bersangka baik kepada Allah.


Luasnya rahmat Allah dapat kita lihat dalam surah al-A'raf, ayat 156:

"azab-Ku Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmat Ku meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya (rahmat itu) untuk orang-orang yang bertakwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami."

Apabila diuji, fokus bagi melakukan banyak kebaikan dalam hidup, supaya rahmat Allah yang luas itu 'menyentuh' kita. Siapa tahu mungkin kita akan mendapat yang lebih baik, lebih bahagia, lebih berjaya.
Terpenting! Percaya kepada Dia dan kembali kepada Dia.
Dia Maha Tahu dan kita hanya berusaha.


Wallahualam.

No comments:

Post a Comment