Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Friday 14 December 2012

Sandarkan Pencarianmu Pada - Nya :)

Assalamualaikum WBT


Duhai pencari,
Tanyakan pada hati,
Apa yang sebenarnya kau cari?
Tanyakan juga padanya,
Dimana carianmu itu tersembunyi,
Walau belum ditemu, masih lagi mencari,
Walau jauh berbatu, masih lagi mendaki,
Buat dirimu duhai pencari,
Yakinlah pada apa yang kau cari,
Sandarkan citamu pada daya,
Labuhkan layarmu pada Cinta, apa yang kau cari itu pasti akan kau jumpa,

Yang tidak kelihatan itu, tidak semestinya sedang bersembunyi,
Yang tidak kelihatan itu juga, tidak semestinya tidak menanti,
kerana mencari yang tidak nampak itulah sebenarnya pencarian,
mencari yang nampak itu sebenarnya hanyalah ujian,
Selangkah dirimu mencari,
Seribu langkah sedang kau hampiri,
jangan berhenti pada helah dan dunia,
kerana yang kau cari itu Abadi,
Yang kau lihat itu adalah fana,
Jangan kau gentar pada sunyi,
kerana sunyi itu mengajarmu rindu pada yang Dicari,
jangan kau peduli pada caci, kerana caci itu menguatkan cintamu pada yang Dicari,

Wahai pencari,
teruskan pencarianmu,
kerana yang dicari itu sedang menantimu,
dalam keadaan redha dan meredhai.

No comments:

Post a Comment