Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Thursday, 9 November 2023

Resepi Pudding Roti Kastard Bakar

Salam dan Assalamualaikum semua,

Dah lama Anna tak update blog. Busy terkadang ikut mood.

Okay, skrg Anna dah 5 bulan mengandung untuk mengandung kali ni, bacaan gula Anna mmg sangat tak cantik. Mula-mula kena makan pil Metformin je. Lepas tu, kena insulin. Masa tu down sangat, nasib baik kawan-kawan study kt IG yang ada senasib cerita juga. Terus okay. Utk part mengandung dengan GDM ni, Anna nak tulis dekat post lain supaya boleh kenang or refer balik, atau boleh jadi untuk pengajaran anak-anak nanti or orang lain. 

So, Anna nak share satu resepi, semalam teringin makan pudding roti. Kita yang insulin ni mesti nak control gula, kalau boleh tak letak gula langsung sebab jenis susu-susu yang nak pakai nanti pun dah ada gula dia. So ini resepi untuk portion 2-4 orang dan terkurang manis. gituuu haha 

Resepi Puding Roti
1/2 tin susu cair 
1/2 cawan susu full cream 
1/4 cawan air
1 biji telur
1 sudu makan susu manis 
1/2 sudu teh esen vanila serbuk kulit kayu manis
5 keping roti (potong 6 bahagian)
1 sudu makan majerin (agak-agak untuk sapu pada loyang dan setelah puding dibakar)
kismis hitam dan kuning (Anna ganti dengan buah prun sbb tak jumpa kismis hitam)

Resepi Kuah Kastard Puding Roti
1/2 tin susu cair
1 cawan air
1/4 susu full cream
1 sudu makan susu manis
1 sudu makan gula merah (boleh ubah ikut nak manis ke tak, nak jaga gula tak letak)
1/2 sudu esen vanila
2 sudu tepung kastard
secubit garam

Cara-cara Masak Puding Roti
1. Masukkan susu cair, susu full cream, air, telur, susu manis dan esen vanila. Kacau hingga rata.
2. Alis loyang dengan majerin, susu roti satu lapisan dan tuang sedikit demi sedikit adunan susu tadi.
3. Teruskan buat hingga lapisan seterusnya.
4. Tabur kismis atas roti dan adunan tadi. Tambahan, Anna tabur serbuk kayu manis atas adunan.
5. Bakar pada suhu 170 c selama 20-30 minit.

Cara-cara Masak Kuah Puding Roti
1. Masukkan susu cair, air, susu full cream, air, susu manis, gula merah dan esen vanila ke dalam periuk.
2. Buka api sederhana, kacau rata semua bahan. Masukkan garam. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga likat.
3. Setelah masak, biarkan sejuk. Tapis sebelum simpan dalam bekas.

Ok, sekian itu saja resepi Anna tau. Kurang manis tapi korang boleh ubah kadar gula tu.

Selamat mencuba!

Friday, 29 October 2021

Tips: Kulit Cerah Dengan Masker Kunyit dan Tepung Beras

 Bahan-bahan:
1 inci kunyit hidup
4 sudu makan tepung beras
sedikit jus limau nipis
sedikit air


Cara membuat:
1. Kupas kulit kunyit dan kisar dengan mencampurkan sedikti air. Ketepikan.
2. Masukkan tepung beras ke dalam bekas/ mangkuk.
3. Campurkan kunyit yang telah dikisar ke dalam bekas tepung beras tadi.
4. Kacau hingga sekata dan teksturnya seperti pes.
5. Tambahkan jus limau nipis secukupnya. Pastikan tidak terlalu cair.
6.Bersihkan muka sebelum pakai masker. Sapukan masker sekata keseluruh muka.
7. Biarkan seketika dan cuci bersih.

Selamat mencuba!

xoxo,
Anna

Wednesday, 11 August 2021

Resepi Kacang Pool Johor Mudah!

Assalamualaikum wbt

And hello 2021, wow it has been incredibly busy during pandemic and working from home! And a lot place and food we missed. Especially this craving taste buds of Kacang Pool!


Jom kita tengok resepi yang Anna dah mudahkan untuk semua! haha

Bahan-bahan tumis:
3 sudu besar minyak sapi/ ghee butter
1 biji bawang merah dicincang halus
2 biji bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk ketumbar
25 gm serbuk kari daging/ayam

a) Selesai je tumis semua bahan, boleh masukkan bahan utama kacang pool iaitu:

 


Bahan utama kacang pool:
400gm daging cincang/kisar
1 tin kacang bakar/baked bean
1 tin kacang merah
1 tin kacang parang
2 sb gula
air secukupnya (lebihkan air kalau nak cair)
garam secukupnya

b) Campurkan kesemua bahan diatas dan gaul rata. Jangan tinggalkan masakan tu sebab takut hangit kacang pool korg lagi-lagi kalau periuk steel biasa.

c) Agak-agak daging masak dan kacang kembang sikit boleh tutup api. Dan hiaskan dengan telur mata, cili potong dan limau!

Resepi di atas Anna ada olah mengikut barang yang ada:
  1. 200gm daging sebab kami berdua je makan. dan sangat banyak.

  2. Kacang parang susah sgt nak dapat kat pasaraya, Speedmart atau Aeon, tapi Shopee ada. But i tak nak tunggu.
  3. Serbuk ketumbar dah habis kat rumah, so tak letak tapi masih sedap.
  4. Gula i sentiasa kurangkan 1 sudu daripada resepi.



Okay, selamat mencuba.

xoxo,
Anna

Wednesday, 24 June 2020

Pengalaman Semut Masuk Telinga! Jumpa Pakar ENT (Ear, Nose, Throat) Senarai Klinik KL & Selangor.

Assalamualaikum wbt, Hello,

Lamanya, Anna tak curhat kat blog ni dah masuk setengah tahun 2020 pun. Ok, pos kali ni nak cerita sikit pasal pengalaman telinga masuk semut. Untuk korg yang tak pernah kena maybe it will sound funny for you, but NOT US! who experienced it. Bergantung kepada jenis semut yang masuk, alhamdulillah Anna punya semut biasa-biasa je lah kot. kot.......

Kali ni adalah kali kedua telinga Anna masuk semut. Kali pertama tak ingat, tapi belasan tahun dan masa tu tak de nak fikir pergi ENT ke apa sbb masih sekolah kan.

Pengalaman pertama,
Masa tengah tidur malam, rasa ada benda cuba masuk telinga tapi korg TAKKAN pernah rasa dia merayap sebab tengah tidur kan? Rasa-rasa je ada benda cuba korek-korek telinga kau dan bergerak-gerak dalam telinga. (Kadang Anna geram dengan soalan orang tak pernah kena ni sambil siap gelak-gelakkan. tanya mana tahu tu semut lah apa lah, so pathetic!). So, esok pagi bagitahu mama, ada benda dalam telinga, mama amik minyak gamat (lupa dituang ke apa) tapi guna putik kapas tu dia korek-korek dapat lah semut halus kecik tu.

Pengalaman kedua,
Umur 29 tahun 9 bulan (baru je kena ok!) haha. Masa tu balik rumah MIL. Kena masa tidur jugak. Masuk semut pukul 1.00pagi hari Sabtu Malam Ahad. Dan kali ni semut dia agak besar semut hitam. And the most mistaken i have made was ... ambil putik kapas dan masukkan dalam telinga! lepas tu baru teringat nak google, kat google banyak akan cakap masukkan putik kapas yang berminyak atau masukkan air dan pusing kepala kebawah. Masa tu tak de minyak, Anna suruh hubby masukkan air tiga kali, masuk je pusing telinga berlawanan utk semut tu keluar tapi dia tak keluar jugak. Anna cuba baring semula nak tidur, tapi setiap 30 minit semut tu gerak-gerak dalam telinga nyilu sangat tambah menganggu. Akhirnya sampai pukul 4 pagi baru tiada bunyi & gerak-gerak (and i guess the ant is dead). TAPI, dekat google cakap kalau dia dah mati pun kena keluarkan. Makanya, inilah pengalaman pertama jumpa pakar ENT. Daripada hari Sabtu malam sampai hari Rabu Anna bertahan untuk tak guna putik kapas pada telinga kiri yang kena masuk semut tu. (4 hari okay!) because i am so committed to my work and company hurmmmmm...

Klinik pakar yang Anna cari dan akan cuba hubungi sebelum pergi sebab nak klinik yang pakai kamera sebab Anna teringin sangat tengok! Walaupun tak boleh claims medical kat tempat kerja. Tak pe lah, masa telefon Anna tanya jugak harga untuk sediakan bajet sekali. Bila survey dkt google banyak cakap RM400 ke bawah sebab jumpa pakar kan.

Ini senarai yang Anna cari, korg boleh cari sendiri kawasan korg, cuba google dan telefon, sebab kadang review kat google pun ada boleh percaya ada tak boleh. Kenapa KL & Selangor, satu dekat dengan tempat kerja, satu dekat dengan rumah.

Klinik ENT KL:
1. Poliklinik Mediprinz
: tak da kamera, so dalam RM100 ke atas

2. Klinik ENT PPUM (jangan pergi!!) haha
: level government hospital sebab tak telefon dan terus walk-in makanya, masa covid19 ni dia tak terima. kena ada surat daripada klinik swasta atau mmg yang ada temujanji sebelum tu. And mostly patient senior citizen and so crowded!

Klinik ENT Selangor:
1. Dr. Rahmat Omar
: level private hospital, RM200 - 235 (untuk temujanji pertama), RM180 keatas (untuk simple procedure).

2. Klinik Pakar ENT Dr. Esa Rejab, Sg. Chu, Kajang
: yang ni tak sempat telefon sebab dan jumpa klinik dekat dengan rumah.

3. Klinik Pakar ENT S. Subra, Puchong Jaya (dekat dengan IOI Mall Puchong)
: Anna telefon dan penerangan serta layanan staf (india) sangat mesra! Sebab tu pilih klinik ni, selain dekat dengan rumah dan tahu sikit selok belok jalan. Tapi waktu operasi sangat pelik sebab pakar dia bekerja di hospital swasta lain. (tapi servis bagus) dan berpatutan untuk kes semut ni okay! haha Masa telefon dia kata RM60 - 80 (untuk temujanji pertama), RM25 - 60 (untuk simple procedure). Bajet dalam RM300 staf dia kata. Dan, korang jangan lambat walaupun sikit nanti dorg akan panggil korang last sekali sebab Anna lambat 10 minit.

Masa masuk bilik rawatan, cerita dekat doktor dan dia suruh duduk dekat mesin kamera, dia tengok dua-dua lubang telinga. (and guess what! telinga Anna bersih tau! haha bangga kejap). Mula-mula dia tengok kanan, bersih, tengok kiri, makanyaaa terdamparlah mayat si semut tu dekat sikit dengan gegendang telinga, (masa masuk bilik rawatan mmg tak boleh ambil gambar, tapi dah habis baru tanya, staf dia kata kenapa tak cuba tanya masa tengok skrin kamera nak ambil gambar skrin kamera nampak semut je) well, first time, next time uols can request. Lepas tu, dia suruh baring dekat bilik sebelah lagi untuk sedut semut tu. Lepas sedut, doktor masukkan balik kamera dan semut telah tiada.

Bersyukur sangat, dalam musibah ni mungkin boleh tolong korang yang jenis macam Anna kadang-kadang info dalam internet sangat membantu. (tapi jangan percaya bulat-bulat).

Bayaran untuk keluarkan semut ni, RM60 untuk konsultasi dan RM40 untuk prosedur. Jumlah RM100 untuk keluarkan semut kecik cenonet tu. haha tapi best sebab dapat tengok telinga bersih ke tak.

Kalau korang pernah dengar orang kata tak elok korek telinga pakai putik kapas, ianya bergantung keturunan jugak. FYI, Anna korek telinga pakai putih kapas baby setiap kali lepas basuh rambut, sebab telinga akan kena air sikit. And i do believe it good sebab dah tengok lubang telinga sendiri bersih ok! Tapi ada yang kata ikut keturunan sebab jenis tahi telinga keras. Wallahualam.

Sekian, semoga bermanfaat untuk anda.

Jazakumullah bil khair.

Love,
Anna

Wednesday, 14 August 2019

Cara-cara Buat Cili Kisar Sendiri

Assalamualaikum,

Well, after so long been as a career wife, beberapa minggu lepas baru ada masa nak buat cili kisar atau cili giling sendiri. Selama ni, Anna banyak guna cili kisar jenama Puteri. Hari tu Anna cuba nak buat sendiri, kot tak pedas ke, sekali pedas jugak taw. Tak pelah, dah kata cili.

Banyak-banyak resepi Anna selalu tengok resepi Azie Kitchen lepas tu olah sendiri. Bab memasak ni pun sebenarnya kena ada seni, seni tangan tak sama setiap orang.

Taknak bebel panjang, Anna nak kongsi resepi yang Anna guna untuk buat cili kisar sendiri. fyi, cili kisar tak memerlukan air kita akan pakai minyak untuk tahan lebih lama. Anna pakai minyak masak je.

Bahan-bahan:
Cili kering
Minyak
Garam (opsyenal nak letak ke tak)

Cara-cara:
1. Potong cili kering mengerong untuk buang biji cili, makin banyak buang makin kurang pedas.
2. Rendam dalam air seketika untuk basuh.
3. Masukkan dalam periuk, masuk air secukupnya dan tuang sedikit minyak.
4. Rebus hingga mendidih dan tutup api.
5. Buang air rebusan dan basuh lagi. Kemudian tos hingga kering.

Cara kisar cili:
1. Masukkan cili yang telah kering sedikit demi sedikit.
2. Masukkan minyak sedikit supaya blender berpusing untuk kisar.
3. Buat sikit-sikit supaya blender dapat kisar cili tersebut.
4. Tuang dalam bekas untuk simpan.
5. Ulang semula langkah diatas sedikit demi sedikit.

*jgn risau kalau warna cili dah kisar tak merah sangat, nanti dah tumis, cili akan warn merah macam biasa.

Ha, itu yang Anna dapat senaraikan cara-cara untuk anda buat cili kisar sendiri. Seronok jugak, tapi bab potong/gunting cili tu haaa lebih 10 kali bersin. Haha. Good luck! 

Eh, nah Anna belanja gambar sikit yang Anna dah buat.





Jazakumullah,
Anna

Tuesday, 23 July 2019

Resepi Rendang Daging (Tips Daging Cepat Empuk!)

Assalamualaikum!

Kali ni, nak share resepi mula-mula jadi isteri dan nak hari raya dah masa tahun 2016. Untuk Rendang Daing ni biasa lah dia agak leceh tapi bila dah buat tu sap sap sup siap dah.

Ok, tak nak tulis panjang, takut uols tak baca. haha

Bahan-bahan utama:
1/2 kg daging
1 1/2 cawan cili kisar (suami kurang suka pedas, Anna letak 3 sudu besar je)
1/2 kg paket kerisik (1 paket = 40 gram)
1 kotak kecil santan
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
garam secukup rasa
air asam jawa secukup rasa
gula secukup rasa

Bahan A (kisar)
6 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B (kisar)
2 inci lengkuas
3 batang serai
1 sb ketumbar
1/2 sb jintan manis
1/2 sb jintan putih

Cara-cara:
1. Kisar Bahan A, tapis dan airnya digunakan untuk kisar Bahan B. Kalau kisar Bahan B tak cukup air, boleh tambah sikit air.
2. Tumiskan Bahan A tadi bila dah naik bau, boleh masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak.
3. Masukkan pula Bahan B dan tumis hingga wangi. Pastikan minyak banyak untuk ditumis, jika kurang minyak boleh tambah. Minyak kurang akan menyebabkan bahan-bahan kurang masak dan tidak bagus untuk kesihatan.
4. Masukkan daging dan gaul rata. Bila daging dah keluar air boleh masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak daging hingga empuk. Jika belum empuk boleh tambah air dan reneh lagi.
5. Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Tunggu didih lagi.
6. Siap hidang!

Bagi yang suka rebus daging dahulu sebelum masak sekali, tips untuk cepat empuk ialah letakkan 2 sudu kecil garam dan 2 batang serai rebus hingga 15-20 minit. Tips lain orang kata nak empuk boleh rebus sekali dengan sudu besi.

Selamat mencuba!

Jazakumullah.

xoxo,
Anna




Thursday, 18 July 2019

3 Minuman Yang Mengurangkan Kolestrol Dalam Badan

Assalamualaikum semua,

Hari ni Anna nak bercakap pasal topik kolestrol pula. Anna nak berkongsi mengenai orang yang tak minat nak kurangkan kolestrol tapi tak minat makan oat, biji ketumbar dll.

3 minuman yang mengurangkan kolestrol adalah:



1. Air Barli

Cara: Basuh beras barli. Rebus barli sampai lembut dan minum. Untuk menambah perisa, boleh minum bersama hirisan lemon atau hirisan daun panda. Insya-Allah berkesan untuk mengurangkan masalah kolestrol.



2. Air Cuka Epal

Cara: Campurkan satu sudu besar cuka epal dalam segelas air masak. Kalau nak sedap gunakan air sejuk. Minum dua hingga tiga kali sehari.

 


3. Air Indian Gooseberry, Amla atau Buah Pokok Melaka

Cara: Amla boleh didapati dalam bentuk serbuk dipasaran. Masukkan satu sudu besar dalam segelas air suam dan minum setiap pagi masa perut kosong.

Setakat ini, Anna sentiasa biasa dengan air barli lemon suam. Untuk menurunkan berat badan lebih efektif, anda perlu turunkan kolestrol terlebih dahulu supaya kurus cara sihat! Air barli lemon suam Anna selalu order ikat tepi ni kalau pagi-pagi dekat office.



Selamat mencuba!

Jazakumullah.

xoxo,
Anna

Wednesday, 17 July 2019

Resepi Ayam Goreng Berempah Simple

Assalamualaikum..

Okay, rasa dah bertahun tak masukkan resepi-resepi baru untuk blog ni. So, I'm BACK! Haha

Sebenarnya resepi ni, Anna nak buat untuk potluck office, tapi apa kan daya.. Antara cinta & wang, salah satu harus ada korbannya.

Okay, jom tengok resepi ni.


Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
1-2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili (kalau nak pedas, Anna tak letak sebab suami kurang suka pedas)
Garam secukup rasa
2 helai limau purut - diracik halus
3 batang daun kari
Minyak untuk mengoreng

Bahan kisar halus:
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Bahan kisar kasar:
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup (Anna guna serbuk kunyit je)
2 inci serai

Cara Penyediaan:
1. Basuh ayam dan potong kecil. Toskan.
2. Masukkan ayam dan semua bahan kisar ke dalam mangkuk besar. Gaul rata.
3. Perap 1 - 2 jam atau paling bagus semalaman dalam peti sejuk.
4. Goreng dalam minyak penuh (ayam tenggelam).
5. Balik balikkan supaya masak rata.
6. Bila ayam dah garing, angkat bersama rempah-rempah sekali.
7. Siap hidang! Makan dengan nasi kukus!

Selamat mencuba.

Oh ya, Anna kan tak mahir masak, reti masak tapi tak sehebat chef. Nanti Anna tulis lagi resepi puding dan sambal tempoyak yang Anna suka buat.

Jazakumullah!

xoxo,
Anna

Tuesday, 16 July 2019

Perkara Mesti Dielakkan Ketika Bergaduh Suami Isteri



Assalamualaikum,

Tipulah dalam perkahwinan tidak ada pasangan yang tidak pernah bergaduh. Pepatah melayu berkata "sedangkan lidah lagi tergigit". Rata-rata masyarat berfikir, dalam hal perkahwinan sesuatu komunikasi tidak penting. Hakikatnya, sebuah komunikasi itu sangat berharga dan lebih indah daripada yang kita sangkakan.

Kalau masa bercinta, kita rancang nak bernikah dan berkahwin, segalanya kita rancang dan berkomunikasi dengan baik. Justeru itu, sama juga dengan dalam perkahwinan. Jika kita memendam rasa terlalu lama, orang lain akan menjadi mangsa atau lebih teruk lagi berlaku angkat tangan dari suami ataupun isteri.

Memang tiada siapa meminta perkara buruk berlaku, siapa sangka dalam sekelip mata sahaja semua boleh berubah. Harapan yang tinggi menggunung kita terlalu berharap pada manusia.

7 tips yang boleh kita mesti elakkan sepanjang tempoh perkahwinan:

1. Jangan Menyebut dan Melibatkan Keluarga

Kita hanya bergaduh dengannya dan bukan dengan ibu bapanya.

Maka jangan sesekali menyebut sesuatu yang boleh menghina ibu bapanya. Ucapan seperti. “Menyesal aku terima pinangan mak ayah hang dulu..” atau “Mak dengan anak serupa sahaja perangainya..” adalah antara ucapan yang sangat ditegah.

Ucapan-ucapan seperti itu adalah suatu penghinaan terhadap pasangan kita dan ibu bapanya.

Melibatkan ibu bapa dalam pergaduhan akan menyebabkan pasangan yang dihina ibu bapanya itu akan menjadi bertambah berang dan perkara yang lebih buruk mungkin terjadi.

2. Jangan Bergaduh Dengan Anak-Anak

Kalau pun kita tengah bergaduh, janganlah bertengkar dihadapan anak-anak.

Bimbang ia akan menjadi contoh yang tidak baik kepada mereka.

Ada suami yang mencengkam rambut isteri dihadapan anak-anak. Kemudian kepala isteri digoncang-goncang dan didera dengan pelbagai tindakan lagi.

Jangan lakukan ini dihadapan anak-anak. Tapi tidak bermakna kita boleh lakukan secara sembunyi-sembunyi pula.

Tindakan ini akan dilihat oleh anak-anak sehingga boleh membentuk persepsi dalam minda mereka bahawa semua lelaki itu jahat. Atau bila perempuan buat salah maka lelaki boleh berkasar dengannya.

Bahkan, ia juga boleh mengganggu emosi anak-anak sehingga menyebabkan mereka fobia untuk berumahtangga kelak.

3. Jangan Sesekali Mengungkit Setiap Pemberian Yang Kita Berikan

Tidak kira suami atau isteri, di era kini, masing-masing pasti ada memberi pemberian berharga kepada pasangan.

Pasangan suami isteri yang diikat dengan ikatan pernikahan yang sah dan suci ini biasanya sudah bersatu hati untuk saling bekerjasama dan bantu-membantu dalam mengukuhkan rumah tangga yang dibina.

Antaranya dengan menunjukkan kasih sayang dan memberikan barangan bersifat material kepada pasangan.

Ada masanya kita belanja pasangan kita sepasang baju, memberi bunga atau apa-apa sahaja yang menggembirakan hatinya.

Jadi jangan ungkit terhadap apa yang kita pernah berikan kepada pasangan.

Jangan sesekali katakan padanya, “saya belikan abang baju yang mahal dulu, itu pun tak reti nak jaga..” atau “Tak kenang budi....”

Perbuatan itu hanya akan mengguris perasaannya dan menunjukkan ketidakikhlasan kita ketika memberikannya dahulu.

Perbuatan mengungkit juga hanya akan merugikan pahala kita.

4. Jangan Tinggikan Suara Sehingga Jiran atau Orang Dengar

Ketika bergaduh, jangan sesekali meninggikan suara dengan tujuan menengkingnya sehingga ramai yang boleh mendengar.

Perbuatan itu hanya akan memalukan dan menjatuhkan maruahnya dihadapan semua orang. Lebih-lebih lagi ditempat awam.

Jagalah maruah pasangan kita. Maruah dia, maruah kita juga. Ia ibarat membuka pekung dan kelemahan kita dalam hidup berumah tangga.

Pasangan yang ditengking itu pasti akan terasa dengan kita. Bahkan akan menjatuhkan dirinya daripada kita.

5. Jangan Mengangkat Tangan Atau Memegang Sebarang Objek

Jangan sesekali kita mengangkat tangan untuk tujuan memukul isteri kita.

Begitu juga dilarang menggunakan apa-apa objek untuk memukul, ia akan menambah keretakan rumahtangga, malah boleh menjadi kes dera tanpa kita sedar.

Jika seorang suami suka mendera isteri, itu bermaksud dia bukanlah pasangan yang baik. Bahkan dia bukanlah pasangan yang kuat, kerana orang yang kuat adalah orang yang mampu manahan sabar.

Sebagai ketua keluarga, kita kena pandai mengawal keadaan, bukannya menyumbang kepada hubungan yang makin teruk.

6. Jangan Sebut Kekurangan Pasangan

Janganlah kita menghina isteri atau suami untuk apa tujuan sekalipun ketika bergaduh.

Lebih-lebih lagi yang dihina itu adalah bahagiaan anggota tubuh badannya. Ini perkara sensitif buat pasangan.

Sewaktu kita bersetuju bernikah dengannya, bermaksud kita juga setuju untuk menerima kekurangan yang ada pada dirinya.

Walaupun kekurangan itu wujud selepas perkahwinan, kita harus menerima isteri seadaanya.

Sentiasa ingatkan diri untuk mengawal lidah sewaktu bergaduh.

Bak kata orang tua-tua, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

7. Jangan Bergaduh Dalam Tempoh Yang Lama

Jangan memanjang-manjangkan pergaduhan.

Jangan lama-lama bertengkar, cukuplah hanya untuk sementara waktu.

Sudah habis bergaduh, berdamailah. Kadang-kadang kita perlu buat tidak tahu sahaja yang kita baru bergaduh.

Pujuklah pasangan kita dengan kata-kata yang menyejukkan jiwa.

Memanjangkan pergaduhan tidak dapat mengubah keadaan. Sebaliknya dengan bertenang dan berdamai itu lebih baik untuk membaiki hubungan atau masalah yang menimpa pasangan.

Maka, jangan kita sengaja merosakkan rumah tangga yang dibina dengan perbuatan yang melampau ketika  bergaduh.

Jangan juga kita hanya bergaduh semata-mata untuk mahukan perhatian daripada pasangan.

Penutup: Wujudkan rumahtangga yang harmoni

Walaupun perkara ini adalah asam garam kehidupan rumah tangga, hendaklah kita mengawal emosi dan amarah kita.

Jika kita mahukan anak yang sihat akhlak dan rohaninya, maka perkara ini sebenarnya bermula daripada kita sendiri, ibu bapa.

Kerana anak-anak belajar dari pemerhatian kelakuan ibu bapa mereka.

Semua ini untuk renungkan kita bersama. Semoga perbaiki diri sendiri dan dapat menghindar perkara yang dilarang Allah.

Wallahualam.

Monday, 19 March 2018

Tips Ibu Menyusu: Kerja Luar Kawasan Selama 3 hari 2 malam & hubby take care our baby!

Assalamualaikum semua!

Kali ni Anna nak pos pulak pasal breastfeeding journey ni untuk career mother macam Anna ni.

Last 2 weeks, 9,10 & 11 Mac 2018, Anna kena outstation "Executive Retreat" dekat Pulai Spring Resort, Johor. But....this time around tak macam dekat Bentong, that moment, i was so enjoyed..taking pictures, having coffee bla bla bla. Maybe because it's 2 days 1 night.

But now, to left my baby for 3 days 2 night this time around? Asyik fikir je cukup tak susu. Since, my baby tak minum lagi susu formula, dah try tapi she allergic dairy product, dah bagi susu kambing dia minum tapi sikit, ps tu tak nak. Tapi packing susu kambing jugak untuk hubby bawa balik kampung. Kita ingat mother in law ada, rupa-rupanya mother in law pergi holiday kat Beijing. So, there will be hubby, FIL and Safiya. (rupa-rupanya Sabtu mlm MIL dah balik! yeeayy)

So, here it is, Anna packing siap-siap susu dalam milk storage plastic. Since susu baby tahan 5 hari untuk simpanan dekat 2 pintu peti sejuk. So collection milk was made since Sunday, a week before outstation.

First, mommies kena tahu demand anak berapa. Macam Safiya, still 2 jam sekali 2oz. So 12 jam sama dengan 12oz.

1 hari = 24 jam
1/2 hari = 12 jam
2 jam = 2oz

So, kiraan untuk Anna outstation:

Jumaat
12 jam (siang): 12oz bagi nanny mcm biasa 6.30pagi hingga 6.30petang
12jam (malam): 12oz hubby bawak Safiya balik Tangkak

Sabtu
24jam: 24oz Safiya dekat Tangkak

Ahad (Anna sampai KL around ngam-ngam 6.30petang)
12jam: 12oz hubby di Tangkak, pagi bertolak balik KL

Total untuk hubby bawak 48oz. Semua stok Anna buat chiller, sebab kalau dah frozen, tahan 1 jam je susu tu. Kalau chiller ke suhu bilik, tahan 5 jam.

So, here some pictures for you as guide, perhaps;

The collection. (smpt ambil gambar lagi).

Untuk hari Jumaat malam 12oz, ada puree instant for travel! hehe

Collection 24jam = 24oz untuk hari Sabtu.

Lastly, untuk hari Ahad 12oz.

Lepas tu Anna nak share gambar masa nak bawak balik koleksi susu daripada Johor ke KL.

Semua stok mcm biasa Anna buat chiller, to be safe. Then, Anna ada pinjam Coleman storage daripada kawan office.

Ini satu beg pump+makanan, satu lagi coleman penuh ais. Masa nak balik balik boleh mintak hotel ais. And, kalu bawak ais pek, boleh balut..sbnrnya lagi tahan daripada ais.

I think that's all. Got to go!

Jazakumullah bil khair!
Anna




Bekal Makanan Mudah & Cepat / Simple! #airtanganisteri

Assalamualaikum

Hai...harini Anna nak kongsi sikit pasal bekal makanan untuk keluarga.

Sebagai seorang isteri yang bekerjaya, kadang-kadang rasa tak best tak dapat sediakan sarapan untuk keluarga. Tapi kalau ada tiba rasa rindu dan rajin tu, and plus extra time in morning, Anna cuba siapkan sarapan untuk yang tersayang.

So, untuk hubby, sayang buatkan roti & nutella + epal!

For my doter, 3 meals dia, and portion sikit je. Untuk Safiya yang 10 bulan, ummi buatkan:
Breakfast - of course fruit puree, apple, avocado, and bla bla
Lunch - porridge + vege puree
Dinner - porridge/mash potato/mixed puree

For myself, so far tak tentu, because i'm still fully breastfeeding, so perasaan lapar tu sentiasa! But now getting slower, sbb dah nak bulan puasa. Masa bersalin dlu tak puasa 30 hari. So, i got a lotttttsss of days to qada'. Pray for me! hehe

Here, Anna bagi gambar sikit bekalan yang simple tu.

xoxo,
Anna


Friday, 16 March 2018

Pemilihan Tempat Bersalin. Gov or private?

Assalamualaikum semua!

Anna masih ingat lagi, masa Anna nak pilih tempat bersalin. Ramai kawan-kawan dan kakak-kakak dekat office beritahu suruh survey dulu, sama ada nak bersalin dekat hospital kerajaan atau hospital swasta. So, mula-mulanya Anna pilih nak bersalin dekat hospital kerajaan. Tapi end up  Anna bersalin dekat hospital swasta (KPJ Kajang) sebab dah tak boleh tunggu prosedur hospital biasa yang lemmmehemmehemm, lagi-lagi sebab Anna tak ada mengalami sebarang contraction pun.

Antara tips yang Anna boleh kongsi berdasarkan pengalaman Anna (setiap orang lain-lain tau pengalaman):

1. Kewangan (paling utama)
Dari segi kewangan, kita ukur dulu. Kalau ada insuran tanggung atau tak. Dan begitu juga dengan company tanggung. Kira-kira untuk kerajaan, kos bersalin boleh tengok jadual dibawah. Untuk situasi Anna, company tempat kerja Anna mmg tanggung kos bersalin, tapi! RM2500 untuk normal dan RM4500 untuk caesar. So, in my case, Anna bersalin dekat KPJ Kajang, Anna bersalin normal, campur kos overnight in labour room & 2 hari dekat wad, RM4800. So, RM2500 company tanggung, selebihnya..hubby Anna tanggung. hehe ;p



2. Memilih tempat pantang. Jarak dengan rumah dan klinik kesihatan.
Bagi Anna, warga Malaysia mmg beruntung, kerajaan ambil berat pasal kesihata semua. Maka, memilih tempat pantang juga penting untuk pemeriksaan ketika lepas bersalin & berpantang. Ini sebab, beberapa hari lepas bersalin, jururawat kerajaan akan datang memeriksa luka bersalin anda. Jadi lepas bersalin juga anda perlu inform kepada klinik kesihatan yang anda biasa check. Ini penting untuk pemeriksaan luka bersalin anda dan bayi anda. (dijangkiti kuning atau tidak).

So, Anna nak share sikit gambar-gambar dekat labour room masa dekat KPJ Kajang. KPJ Kajang ni, ada 5 labour room, using flower name. So Anna dapat bilik Lavender!





The best moment is...daddy tengah azan Safiya dalam labour room. (16/5/2017)

To be continue i guess...kalau nak tanya, boleh comment bawah pos ni..

xoxo,
Anna


Resepi Suhun Sup + Telur




Assalamualaikum

Kalau post sebelum ni Anna ada bagi resepi untuk lauk sambal. Ha, kalau nak tahu lauk Suhun Sup ni sesuai dengan lauk sambal. Hehe

Ok, ni resepi yang simple yang Anna nak share,

Bahan-bahan:

  • 3 biji kentang (dipotong dadu besar)
  • 3 biji telur
  • 1/2 paket suhun & fucuk
  • 1/2 sb udang kering
  • 2 ulas bawang kecil (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2/3 cawan air
  • 3 sb minyak masak

Cara-cara:
  1. Rendam suhun dan fucuk dalam mangkuk diisi air.
  2. Dalam periuk/kuali, masukkan minyak masak, setelah panas masukkan bawang kecil, putih, udang kering.
  3. Masukkan air, kentang biar hingga didih dalam 10 minit.
  4. Kemudian, perlahankan api...penting ni! supaya telur tak pecah. Masukkan telur satu per satu, pecahkan dengan perlahan atas permukaan air sup. Gap setiap pecahan dalam 1-2 minit supaya telur tidak bercantum. Sudah masukkan semua telur, biar selama 5 minit.
  5. Masukkan suhun dan fucuk, biar sebentar selama 2-3 minit.
  6. Siap dihidang!
Selamat memasak semua!

xoxo
Anna


Monday, 26 February 2018

UKM & Kita

Assalamualaikum,

Lama lama lama lama tak tulis blog!. heheh

Kali ni, Anna nak pos pasal relationship.

Every girl's dream to meet their other half very early and to have a good memory together, up and down together. But, some girls are not meant to get that memory. oopppsss..what?!

But we can create it right? Yes, you can.

You know what, i always "berangan" bercinta zaman universiti, like same campus. Together, helping each other, lunch together, bla bla bla...

Well, i got very nice university life love crush back then. But, i'm dreaming to have relationship a long time ago with my husband! I've imagine that. Kinda funny but! "Berangan kan percuma", so enjoy it!

But then, without realizing, we already created our relationship at campus! How incredible it can be right?

So, let me tell you how it's happen.

Masa zaman kitorg berdua bercinta (of course masa ni kerja satu office lagi), kitorang ade hobby yang pelik sikit. Pergi makan dekat mana-mana universiti yang terdekat! Haha dan bukan kampus/universiti yang kitorang study. We both have been to UiTM Shah Alam, and UKM.

Paling memorable? UKM. Daripada bercinta, pregnant smpi ada anak dah. It's fun to do it masa mula-mula bercinta. Ye lah terasa bercinta masa zaman study gitu.

This beautiful feeling only you can feel it in your heart.

I love you husband!

Your wife :p
Anna




Friday, 12 January 2018

Meeting at Cheringin Hills Resort & Jalan-jalan Bentong, Pahang

Assalamualaikum semua!

Happy 2018! hehe. Okay. Sangat lama-lama gila tak post dekat blog. Serious talk, my life so busy. Working mother not always seems fine sometimes. I do fall and up again and again.

Tapi harini, Anna nak story pasal kerja. (What?!) Haha i think this is my first post about working! Well, i've been working for almost 3 years as? jeng jeng jeng... a long time ago, while studying i was thinking that, oh i don't want  to be a Secretary or PA. and...... now that's is my career. Haha

So back to the story, ini juga kali pertama tinggalkan Safiya dengan hubby. Luckily, meeting tu 2 hari 1 malam je. Tak boleh tinggal lama sebab i am fully breastfeeding mom!

Well, Cheringin Hill ni cantik! ada pool yang boleh nampak sunset kalau kita duduk dekat pool. So ni Anna bagi sikit gambar yang Anna ada capture..

 Okay ni kad dia, nampak tak gambar pool? 

 Yang ni pulak, welcome drink! sangat sedap okay? Sis repeatedly drink this lemonade! hehe
  
 Ha! yang ni bagi peminat durian! Sis makan 2 ulas je. Yelah, perut Safiya tak tahan. So breastfeeding mom ni kena jaga makan jugak. Yang ni MUSANG KING okay! terlampau sedap. haha lepas mkn musang king lepas tu makan D24, mmg tak rasa apa lah. hehe

Okay yang ni gambar2 dekat dengan Kopi n Kraf. Small restoran tepi lereng bukit.
Cantik, tenang, tapi awas! Nyamuk ada jugak sikit.

 Ha ni depan pintu gerbang bawah Entrance Kopi n Kraf. Tepi jalan kecil je, lepas tu kena naik atas. Okay, Menu yang best? Sis makan bakso masa tu, tapi tak habis. Sebab ada sayur kobis (masa ni mood lepas pantang bersalin masa ada lagi, kobis tu sejuk, takut masuk angin badan.
Yang patut try! of course kopi dia lah untuk "coffee lover" hehe.

Oka i guess that all, banyak lagi gambar muka2 hakak2 yang join meeting ni. Tapi biasa lah, Anna tak expose sgt. hehe So, outstation as fully breastfeeding mom sgt challenging! But sure it worth at last. (Insya-Allah) next post nanti Anna cerita. Anna tertinggal breast pump!!!!

Jazakumullah bil khair.

xoxo,
Anna

Tuesday, 12 September 2017

Resepi Kuah Kacang

Assalamualaikum.

Hehe, harini ada masa and plus sangat rajin nak update blog. Sebenarnya kan, pendapat Anna blogspot ni sangat bagus untuk bagi yang suka cari info secara online. Contohnya dalam situasi kesusahan atau emergency macam kunci kereta hilang dan takde spare! Ha. Nanti sis kongsi dalam post lain k?

Sekarang kita proceed dengan buat kuah kacang. Walaupun bukan hari raya yang mulia ini, sis suka update dekat blog sebab boleh cari balik resepi yang dah try dan menjadi! haha

Bahan-bahan:
600 gram kacang tanah (nasihat sis goreng! so semua masak. haha pernah buat sangai tapi faham2 je)
1/2 cawan cili (ikut nak pedas ke tak)
1 cawan gula melaka
1 sudu besar gula pasir
1 cawan minyak
2 - 3 cawan air
garam secukup rasa

Bahan kisar:
2 biji buah keras
5 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
sedikit belacan

Dekat sini yang leceh sikit sebenarnya kacang!
1. Kena basuh, tos dan tunggu kering.
2. Goreng dan kena tunggu sejuk baru boleh blend.
3. Jgn blend lama sangat nant jd habuk. haha

That's all for resepi kuah kacang.

See u again!

xoxo,
Anna

Kelas Inai Seri Kembangan, KL / Selangor

Assalamualaikum semua!

It's has been a looooooonnnnnngggggggg time tak post dekat blog. So kali ni Anna nak post pasal kelas inai yang Anna nak buat untuk gadis-gadis yang baru nak menceburi dunia perniagaan dengan inai.



Henna Art Class
Date: 7 Oct 17Venue: Seri Kembangan (details please contact me)Time: 9am - 2pmLimited seat: 5 seat only!.You will get:1. Henna cones/tools2. Henna note & reference book3. Henna drawing exercise4. Training & tutorial sheet5. Special gifts 🎁.*2 early birds get free one (1) Manicure Pedicure set*booking seat RM20*balance fee pay on the day of Henna Class.*Fee: DM me.


Atau whatsapp Anna: 017.732.2914

Atau boleh follow IG inai Anna Anna Henna MY

Daa..

xoxo,
Anna.

Thursday, 27 April 2017

Resepi Ikan Merah Masak Sambal

Assalamualaikum

Ikan merah ni kadang-kadang sedap makan tau lagi2 kalau goreng! Harga pun agak boleh tahan. Hehe

Okay, here we go,

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan merah (dipotong 4, basuh bersih, lumur garam & kunyit)
  • 1 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 sudu sb cili kering/cili giling Puteri (ikut tahap kepedasan)
  • Sedikit belacan
  • Gula dan garam secukup rasa
Cara-cara:
  1. Goreng ikan sehingga keemasan.  Angkat dan tos.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan belacan, goreng sekejap.
  4. Masukkan cili giling, biarkan hingga naik bau dan garing. (pastikan cili garing supaya cili betul2 masak agar tidak sakit perut.
  5. Masukkan garam & gula secukup rasa. Tutup api. Masukkan ikan kedalam sambal dan gaul rata.
Siap! Satu lagi resepi yang simple untuk dimasak. Selamat memikat hati suami!

xoxo,
Anna

Resepi Bayam Tumis Air


Assalamualaikum

Tajuk bunyi simple, tapi Anna percaya ramai juga yang cari menu sama tapi lain-lain cara masak dan perubahan bahan dalam masakkan kan kan kan?? hehe

So, here it is,

Bahan-bahan:

  • 1 ikat sayur bayam
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air (250ml)
  • sedikit ikan bilis
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Tumiskan bawang merah, putih dan ikan bilis sampai naik bau.
  2. Masukkan sos tiram, dan air biarkan mendidih.
  3. Rasa, letakkan garam sekiranya perlu.
  4. Masukkan sayur bayam.
Siap! Hehe. Selamat mencuba.

xoxo,
Anna

Resepi Ikan Bawal Emas Masak Kicap

Assalamualaikum

Ha! masak apa hujung minggu lepas? Lauk memikat hati suami tak? hehe

So, ini resepinya.

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan Bawal Emas (basuh bersih, lumur dgn garam & kunyit)
  • 4 ulas bawang merah (potong)
  • 3 ulas bawang putih (potong)
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis (optional)
  • 3 tangkai cili api (dipotong - optional)
  • kicap manis
  • sos tiram

Cara-cara:

  1. Goreng ikan sehingga garing dan keemasan. Angkat dan toskan minyak.
  2. Tumis bawang merah, putih, halia dan kayu manis.
  3. Masukkan sos tiram, dan sedikit air. 
  4. Masukkan kicap manis, tunggu mendidih sikit, rasa dan tutup api.
  5. Tuangkan kuah kicap tadi keatas ikan yang telah siap digoreng.
Siap! Simple. Hubby pun suka lauk2 ikan ni.

Love,
Anna