And hello 2021, wow it has been incredibly busy during pandemic and working from home! And a lot place and food we missed. Especially this craving taste buds of Kacang Pool!
Jom kita tengok resepi yang Anna dah mudahkan untuk semua! haha
Bahan-bahan tumis:
3 sudu besar minyak sapi/ ghee butter
1 biji bawang merah dicincang halus
2 biji bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk ketumbar
25 gm serbuk kari daging/ayam
a) Selesai je tumis semua bahan, boleh masukkan bahan utama kacang pool iaitu:
Bahan utama kacang pool:
400gm daging cincang/kisar
1 tin kacang bakar/baked bean
1 tin kacang merah
1 tin kacang parang
2 sb gula
air secukupnya (lebihkan air kalau nak cair)
garam secukupnya
b) Campurkan kesemua bahan diatas dan gaul rata. Jangan tinggalkan masakan tu sebab takut hangit kacang pool korg lagi-lagi kalau periuk steel biasa.
c) Agak-agak daging masak dan kacang kembang sikit boleh tutup api. Dan hiaskan dengan telur mata, cili potong dan limau!
Resepi di atas Anna ada olah mengikut barang yang ada:
- 200gm daging sebab kami berdua je makan. dan sangat banyak.
- Kacang parang susah sgt nak dapat kat pasaraya, Speedmart atau Aeon, tapi Shopee ada. But i tak nak tunggu.
- Serbuk ketumbar dah habis kat rumah, so tak letak tapi masih sedap.
- Gula i sentiasa kurangkan 1 sudu daripada resepi.
Okay, selamat mencuba.
xoxo,
Anna
No comments:
Post a Comment