Assalamualaikum wbt, Hello,
Lamanya, Anna tak curhat kat blog ni dah masuk setengah tahun 2020 pun. Ok, pos kali ni nak cerita sikit pasal pengalaman telinga masuk semut. Untuk korg yang tak pernah kena maybe it will sound funny for you, but NOT US! who experienced it. Bergantung kepada jenis semut yang masuk, alhamdulillah Anna punya semut biasa-biasa je lah kot. kot.......
Kali ni adalah kali kedua telinga Anna masuk semut. Kali pertama tak ingat, tapi belasan tahun dan masa tu tak de nak fikir pergi ENT ke apa sbb masih sekolah kan.
Pengalaman pertama,
Masa tengah tidur malam, rasa ada benda cuba masuk telinga tapi korg TAKKAN pernah rasa dia merayap sebab tengah tidur kan? Rasa-rasa je ada benda cuba korek-korek telinga kau dan bergerak-gerak dalam telinga. (Kadang Anna geram dengan soalan orang tak pernah kena ni sambil siap gelak-gelakkan. tanya mana tahu tu semut lah apa lah, so pathetic!). So, esok pagi bagitahu mama, ada benda dalam telinga, mama amik minyak gamat (lupa dituang ke apa) tapi guna putik kapas tu dia korek-korek dapat lah semut halus kecik tu.
Pengalaman kedua,
Umur 29 tahun 9 bulan (baru je kena ok!) haha. Masa tu balik rumah MIL. Kena masa tidur jugak. Masuk semut pukul 1.00pagi hari Sabtu Malam Ahad. Dan kali ni semut dia agak besar semut hitam. And the most mistaken i have made was ... ambil putik kapas dan masukkan dalam telinga! lepas tu baru teringat nak google, kat google banyak akan cakap masukkan putik kapas yang berminyak atau masukkan air dan pusing kepala kebawah. Masa tu tak de minyak, Anna suruh hubby masukkan air tiga kali, masuk je pusing telinga berlawanan utk semut tu keluar tapi dia tak keluar jugak. Anna cuba baring semula nak tidur, tapi setiap 30 minit semut tu gerak-gerak dalam telinga nyilu sangat tambah menganggu. Akhirnya sampai pukul 4 pagi baru tiada bunyi & gerak-gerak (and i guess the ant is dead). TAPI, dekat google cakap kalau dia dah mati pun kena keluarkan. Makanya, inilah pengalaman pertama jumpa pakar ENT. Daripada hari Sabtu malam sampai hari Rabu Anna bertahan untuk tak guna putik kapas pada telinga kiri yang kena masuk semut tu. (4 hari okay!) because i am so committed to my work and company hurmmmmm...
Klinik pakar yang Anna cari dan akan cuba hubungi sebelum pergi sebab nak klinik yang pakai kamera sebab Anna teringin sangat tengok! Walaupun tak boleh claims medical kat tempat kerja. Tak pe lah, masa telefon Anna tanya jugak harga untuk sediakan bajet sekali. Bila survey dkt google banyak cakap RM400 ke bawah sebab jumpa pakar kan.
Ini senarai yang Anna cari, korg boleh cari sendiri kawasan korg, cuba google dan telefon, sebab kadang review kat google pun ada boleh percaya ada tak boleh. Kenapa KL & Selangor, satu dekat dengan tempat kerja, satu dekat dengan rumah.
Klinik ENT KL:
1. Poliklinik Mediprinz
: tak da kamera, so dalam RM100 ke atas
2. Klinik ENT PPUM (jangan pergi!!) haha
: level government hospital sebab tak telefon dan terus walk-in makanya, masa covid19 ni dia tak terima. kena ada surat daripada klinik swasta atau mmg yang ada temujanji sebelum tu. And mostly patient senior citizen and so crowded!
Klinik ENT Selangor:
1. Dr. Rahmat Omar
: level private hospital, RM200 - 235 (untuk temujanji pertama), RM180 keatas (untuk simple procedure).
2. Klinik Pakar ENT Dr. Esa Rejab, Sg. Chu, Kajang
: yang ni tak sempat telefon sebab dan jumpa klinik dekat dengan rumah.
3. Klinik Pakar ENT S. Subra, Puchong Jaya (dekat dengan IOI Mall Puchong)
: Anna telefon dan penerangan serta layanan staf (india) sangat mesra! Sebab tu pilih klinik ni, selain dekat dengan rumah dan tahu sikit selok belok jalan. Tapi waktu operasi sangat pelik sebab pakar dia bekerja di hospital swasta lain. (tapi servis bagus) dan berpatutan untuk kes semut ni okay! haha Masa telefon dia kata RM60 - 80 (untuk temujanji pertama), RM25 - 60 (untuk simple procedure). Bajet dalam RM300 staf dia kata. Dan, korang jangan lambat walaupun sikit nanti dorg akan panggil korang last sekali sebab Anna lambat 10 minit.
Masa masuk bilik rawatan, cerita dekat doktor dan dia suruh duduk dekat mesin kamera, dia tengok dua-dua lubang telinga. (and guess what! telinga Anna bersih tau! haha bangga kejap). Mula-mula dia tengok kanan, bersih, tengok kiri, makanyaaa terdamparlah mayat si semut tu dekat sikit dengan gegendang telinga, (masa masuk bilik rawatan mmg tak boleh ambil gambar, tapi dah habis baru tanya, staf dia kata kenapa tak cuba tanya masa tengok skrin kamera nak ambil gambar skrin kamera nampak semut je) well, first time, next time uols can request. Lepas tu, dia suruh baring dekat bilik sebelah lagi untuk sedut semut tu. Lepas sedut, doktor masukkan balik kamera dan semut telah tiada.
Bersyukur sangat, dalam musibah ni mungkin boleh tolong korang yang jenis macam Anna kadang-kadang info dalam internet sangat membantu. (tapi jangan percaya bulat-bulat).
Bayaran untuk keluarkan semut ni, RM60 untuk konsultasi dan RM40 untuk prosedur. Jumlah RM100 untuk keluarkan semut kecik cenonet tu. haha tapi best sebab dapat tengok telinga bersih ke tak.
Kalau korang pernah dengar orang kata tak elok korek telinga pakai putik kapas, ianya bergantung keturunan jugak. FYI, Anna korek telinga pakai putih kapas baby setiap kali lepas basuh rambut, sebab telinga akan kena air sikit. And i do believe it good sebab dah tengok lubang telinga sendiri bersih ok! Tapi ada yang kata ikut keturunan sebab jenis tahi telinga keras. Wallahualam.
Sekian, semoga bermanfaat untuk anda.
Jazakumullah bil khair.
Love,
Anna
Cinta
"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"
Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Wednesday, 24 June 2020
Thursday, 18 July 2019
3 Minuman Yang Mengurangkan Kolestrol Dalam Badan
Assalamualaikum semua,
Hari ni Anna nak bercakap pasal topik kolestrol pula. Anna nak berkongsi mengenai orang yang tak minat nak kurangkan kolestrol tapi tak minat makan oat, biji ketumbar dll.
3 minuman yang mengurangkan kolestrol adalah:
1. Air Barli
Cara: Basuh beras barli. Rebus barli sampai lembut dan minum. Untuk menambah perisa, boleh minum bersama hirisan lemon atau hirisan daun panda. Insya-Allah berkesan untuk mengurangkan masalah kolestrol.
2. Air Cuka Epal
Cara: Campurkan satu sudu besar cuka epal dalam segelas air masak. Kalau nak sedap gunakan air sejuk. Minum dua hingga tiga kali sehari.
3. Air Indian Gooseberry, Amla atau Buah Pokok Melaka
Cara: Amla boleh didapati dalam bentuk serbuk dipasaran. Masukkan satu sudu besar dalam segelas air suam dan minum setiap pagi masa perut kosong.
Setakat ini, Anna sentiasa biasa dengan air barli lemon suam. Untuk menurunkan berat badan lebih efektif, anda perlu turunkan kolestrol terlebih dahulu supaya kurus cara sihat! Air barli lemon suam Anna selalu order ikat tepi ni kalau pagi-pagi dekat office.
Selamat mencuba!
Jazakumullah.
xoxo,
Anna
Hari ni Anna nak bercakap pasal topik kolestrol pula. Anna nak berkongsi mengenai orang yang tak minat nak kurangkan kolestrol tapi tak minat makan oat, biji ketumbar dll.
3 minuman yang mengurangkan kolestrol adalah:
Cara: Basuh beras barli. Rebus barli sampai lembut dan minum. Untuk menambah perisa, boleh minum bersama hirisan lemon atau hirisan daun panda. Insya-Allah berkesan untuk mengurangkan masalah kolestrol.
2. Air Cuka Epal
Cara: Campurkan satu sudu besar cuka epal dalam segelas air masak. Kalau nak sedap gunakan air sejuk. Minum dua hingga tiga kali sehari.
3. Air Indian Gooseberry, Amla atau Buah Pokok Melaka
Cara: Amla boleh didapati dalam bentuk serbuk dipasaran. Masukkan satu sudu besar dalam segelas air suam dan minum setiap pagi masa perut kosong.
Setakat ini, Anna sentiasa biasa dengan air barli lemon suam. Untuk menurunkan berat badan lebih efektif, anda perlu turunkan kolestrol terlebih dahulu supaya kurus cara sihat! Air barli lemon suam Anna selalu order ikat tepi ni kalau pagi-pagi dekat office.
Selamat mencuba!
Jazakumullah.
xoxo,
Anna
Subscribe to:
Posts (Atom)