Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Tuesday, 2 April 2013

My hobby : Kek Coklat Moist :)

Assalamualaikum wbt

Petang2 yang indah ni, lepas hujan..ada pelangi..
Anna nak kongsi dengan teman-teman blogger satu resepi.

Sebelum ni memang Anna suka buat kek coklat, dari zaman sekolah lagi.
hehe^_^
Ceritanya last week, Anna selalu simpan dengan save pages je dalam handphone tu,
ditakdirkan tukar handphone baru...hilang lah resepi.

But..
I got the new one, quite similar with the previous recipe...

So, here it is...my back up recipe posted at my blog! Senang nak cari, plus i can share with those who love chocolate cake :)

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
2 st baking powder
2 st soda bikarbonat
1 1/2 cawan susu perisa coklat (boleh digantikan dengan bancuhan milo jika tiada ataupun air susu penuh           .                                                berkrim)
1/2 cawan air ditambah dengan 2 st nescafe
1 st esen vanilla (atau coklat)
2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
1 cawan minyak masak 

Topping :
2 cawan air
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar butter

Cara-cara : 
1.  Pukul telur sehingga kembang, kemudian masukkan gula pasir & gula perang.
2.  Selepas telur & gula sebati, masukkan minyak masak dan esen vanilla.
3.  Ayakkan soda bikarbonat, baking powder, serbuk koko & tepung gandum.
4.  Kemudian masukkan bahan yang di ayak berselang-seli dengan susu perisa coklat & bancuhan nescafe 
     ke dalam adunan tadi.
5.  Bakar pada suhu 180c selama 1 jam atau sehingga kek masak.
6.  Untuk toppirng, panaskan air di dalam periuk.
     Masukkan serbuk koko & kacau hingga sebati.
     Masukkan susu pekat manis & minyak masak, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung.
7.  Kacau sehingga pekat sedikit, setelah masak, bolehlah diletakkan atas kek dan hias.

nak tengok x hasilnya?





Monday, 25 March 2013

Tafakur ♥

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, masih dapat bernafas lagi :)
Syukur tak terhingga atas segala nikmat yang dikurniakan dari Nya.

Petang tadi ada sesuatu buat Anna,
 Anna rasa Anna happy..sangat!
Guess what sbb ape?
I felt it again!
Syukur :)
Know what i felt?

The Almighty existence in my breath.

Petang tadi, evening walk, sorang-sorang je :)
Well, Anna ajak kawan, but dorang busy. Kelas sampai petang, Anna ni biasalah suka jejalan.
Release stress taw, looking at the nature :) Its okay.

Sebenarnya, Anna memang rindu sangat, 
rindu moment2 yang buat Anna melihat ciptaan indah Nya, 
hingga kita dapat merasakan, 
betapa dekatnya Dia dengan kita, 
betapa hampir kita dengan Dia, 
betapa Dia sedang berjalan bersama kita :)

Dapat bayangkan tak? huhu^_^
Perasaan itu tak dapat dibayangkan, 
hanya yang mengalaminya sahaja yang dapat merasakan keindahan itu.hehe



Kalau teman2 rasa tension juga, why not, take an evening walk, alone while listening to Opick song?
That the way you can feel His existence :)

This is the list that i always listened to when i want to feel Him closer to my heart while looking at His created, the earth, the sky, the nature all arounds us.

Opick's Song
-Tafakur
-DenganMu Aku Hidup
-DenganMu Aku Tenang
-Takdir
-Maha Melihat
-Alhamdulillah
-Tiada duka yang abadi

**********

"Sejauh-jauh mata memandang,
Sedalam-dalam hati merasa,
Hanya setitik debu yang tertuang,
Dalam syair pujian,

Lepas hati memandang lautMu,
Terheran diri pada langitMu
Berjuta kata tak cukup untuk
Melukis indahMu,

Melihat bintang alangkah jauhnya,
Melihat biru alangkah dekatMu,
Melihat hutan melihat gunung,
Siapa menjaga mu?
(Allah, Allah, Allah)
Mendengar tangis dalam derita mu,
Rasa kan luka di hari-hari mu,
Pada siapa air mata ini kan mengadu......"

Allah azza wa jalla :)


Friday, 15 March 2013

Ma Fi Qalbi Ghairullah

Assalamualaikum WBT

Remember... Don't be sad..
Sometimes things just happen you have no control over it.
Sabr is the main key!
Tell yourself, that Allah always by your side.

Bila cemburu,
Bila rindu,
Bila sedih kehilangan sesuatu,
ucaplah,
"Ma Fi Qalbi Ghairullah"
[Tiada di hatiku melainkan ALLAH] 




Semoga Allah sentiasa menurunkan rahmatNya kepada kita.
Dia tidak pernah berhenti menunggu kita meminta.
Setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.

Jazakumullah
Wassalam

Tuesday, 12 March 2013

This is a note from a friends.

"Please have a wonderful life - you and your family deserve it. 
Know that you are loved. 
And someday, if you have the chance,
please do well enough to do everything for yourself, 
or someone else and pass on the gifts"


Tuesday, 19 February 2013

Let it go...its hard! Rainbow i love you.

Assalamualaikum wbt
Ahlan wa sahlan..?
Hopefully everybody fine.huhu.

Its hard..really hard..
To let go something you love the most.!

It growth up every single day with you.
Pepatah kata Beto dlm cerita Istanbul Aku Datang " benda yang dah sebati dalam hidup, bukan senang utk dileraikan".

Masa Rainbow lahir, she grow up without her mother. Somebody has took away her mother. Rainbow blum buka mata lagi. Anna jaga dia bagai menatang minyak yang penuh. Smpi dia besar sikit. Anna kena praktikal kt PNB. So, mama pula jaga dia.
Day by day, months past by...
Rainbow bunting, ada 4 baby.

But....
Rainbow gone now.
I always talk to myself, i felt bad cause i cannot take care of her, give a good care to her.
Sometimes i talk to her, im so sorry because i cannot give u full attention.
When i used to stressed about this dunya things, i go find n hug her. She always know why i felt.
She make me calm.

Today. It is my second day without her. Is it fine? Did somebody treat her well or hit her? Did she get enough food? Did somebody hug her today? Oh Rainbow....forgive me...Rainbow, i always pray we will meet in Jannah. Please forgive me.
I always pray she come back.


Monday, 7 January 2013

Oh Lesen!

Assalamualaikum wbt.

Rasanya dah lama sangat Anna tak update blog ni, bila ada rasa nak update je, cancel sebab terlalu penat kerja mungkin :) huhuhu^_^

So, lets start the story.... Lesen?
Umur dah 22 Tahun ni baru nak buat lesen..huhu^_^ Hari ni dengan tekad yang kuat, rehat kerja tadi terus g daftar buat lesen...hehehe.. tinggalkan lappy kat butik untuk kawan tengok movie sambil jaga butik.  (Taktik tak nak bagi dia marah keluar lama-lama.  Siap g makan McD lagi. huhu^_^

BTW, thats it.  Enough for today. Well, wish me around and good luck for this! 
Jazakumullah...

Friday, 14 December 2012

Sandarkan Pencarianmu Pada - Nya :)

Assalamualaikum WBT


Duhai pencari,
Tanyakan pada hati,
Apa yang sebenarnya kau cari?
Tanyakan juga padanya,
Dimana carianmu itu tersembunyi,
Walau belum ditemu, masih lagi mencari,
Walau jauh berbatu, masih lagi mendaki,
Buat dirimu duhai pencari,
Yakinlah pada apa yang kau cari,
Sandarkan citamu pada daya,
Labuhkan layarmu pada Cinta, apa yang kau cari itu pasti akan kau jumpa,

Yang tidak kelihatan itu, tidak semestinya sedang bersembunyi,
Yang tidak kelihatan itu juga, tidak semestinya tidak menanti,
kerana mencari yang tidak nampak itulah sebenarnya pencarian,
mencari yang nampak itu sebenarnya hanyalah ujian,
Selangkah dirimu mencari,
Seribu langkah sedang kau hampiri,
jangan berhenti pada helah dan dunia,
kerana yang kau cari itu Abadi,
Yang kau lihat itu adalah fana,
Jangan kau gentar pada sunyi,
kerana sunyi itu mengajarmu rindu pada yang Dicari,
jangan kau peduli pada caci, kerana caci itu menguatkan cintamu pada yang Dicari,

Wahai pencari,
teruskan pencarianmu,
kerana yang dicari itu sedang menantimu,
dalam keadaan redha dan meredhai.