Assalamualaikum wbt
Tidak mudah tersenyum ketika hati menangis dan teriris
Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari itu adalah bahagian dari kasih Ilahi
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita
Tidak mudah bangkit dalam keadaan terperuk
Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari
Bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya agar kita tumbuh besar dan kuat
Tidak mudah memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa indah ketika kita boleh membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri
Tidak mudah memaafkan ketika kita dibenci dan dihina
Tapi akan terasa indah kalau itu bahagian dari penyucian diri
Dan ikhlas hanya mengharap redha Allah
Tidak mudah melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya
Tapi akan terasa indah ketika menyedari itu adalah awal dari kejayaan kita
Tidak mudah melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari itulah jalan yang harus ditempuhi
Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya
Tidak mudah menghilangkan duka kerana kehilangan
Tapi akan terasa indah ketika kita menyedari
Bahawa Allah telah meminjamkan kepada kita beberapa ketika
Tidak mudah menghadapi penderitaan dan dugaan yang terus mendera
Tapi akan terasa indah ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur
Dan menyedari itu bahagian dari cara Allah menyayangi hambanya
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya
*Ada ketika kita merasakan dunia seakan berlaku tidak adil pada kita... Keluh, resah, kenapa, mengapa..bagaimana? Pelbagai perkara yang bermain difikiran. Justeru itu, berhenti untuk seketika, carilah Dia yang saat dunia tidak lagi kelihatan cerah bagi kita.. Baiki diri dan hadapi kepincangan.
~Love - Anna
No comments:
Post a Comment