Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Monday, 20 June 2016

Ikan Merah Masak Sup

Assalamualaikum semua..

Salam subuh & salam sahur!

Menu buka puasa semalam ikan merah masak sup dan sambal tumis ikan bilis.

So, Anna tak dapat nak tulis banyak2..let straight to the point.. hehe

Here the ingredient:

2 potong ikan merah
1 biji bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
sedikit kulit kayu manis
1 sup bunjut
2 biji bunga lawing
2 biji pegaga
2 cawan air
garam secukup rasa
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
sedikit bawang goreng

Cara-cara:
1. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi. Tumis dan kemudian masukkan kulit kayu manis. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan air dan sup bunjut kemudian tunggu sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, api sederhana, tunggu hingga mendidih. Balik2 jika perlu. Jika tidak mahu ikan hancur biarkan sahaja
4. Masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Tutup api. Siap!

*hubby Anna ni suka sgt makan ikan, berselera betul kalau tengok dia makan, nasi tambah banyak pulak! hehe

Jazakumullah bil khair.

xoxo - Anna




Monday, 13 June 2016

Sotong Masak Kunyit (berkuah)

Assalamualaikum semua..

Hari ni Anna share lagi satu resepi yang Anna buat untuk berbuka puasa semalam lepas pergi pasar borong dengan hubby.

Mula2 tanya hubby, ada teringin ke makan apa2 sebab nak masak.  Tapi jawapan hubby, just not like other guys.. he said that "sayang masak je apa yang sayang nak masak, i kena biasakan makan apa yang you masak." and that why i love him so much. The tolerance in you. hehe.

So, Anna pun rasa Anna perlu ada jadual masak. hehe. It's new life for me, so i need to be more organized to save time and energy as wife and career woman.

Macam biasa, resepi Anna untuk 2 orang sahaja.. hehe

Bahan-bahan:
7 - 10 ekor sotong jejarum/cumit (disiang)
3 ulas bawang merah kecil (bawang besar pn boleh, ikut citarasa, Anna guna bawang holand)
2 ulas bawang putih
1 batang serai (dititik)
2 inci halia (dihiris halus)
1 batang cili merah/cili api (dihiris)
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam
minyak
daun sup & bawang
1/4 cawan air

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan air dan serbuk kunyit. Kacau dan tunggu hingga mendidih.
3. Letak dalam mangkuk hiaskan dengan daun bawang & sup. Siap!

Okay, really simple buat dia. Hubby Anna tak suka pedas sangat, kalau ikutkan Anna dulu Anna pakai cili api. Now, reduce sikit ikut selera hubby pulak.

That's all. Anna nak sambung kerja. Enjoy the meal!

Salam Ramadhan.

Jazakumullah..
~Anna



Sunday, 12 June 2016

Telur Ayam Masak Lemak Kuning

Assalamualaikum!

Salam sahur.

Okay lah, dah nak dekat imsak pun. Sebabkan tak nak tidur, Anna nak tulis satu resepi yang Anna masak tadi.

First of all, this is my first time nak masak Telur Ayam Masak Lemak Kuning, my apology sbb xde gambar sbb sgt awful. haha..hakikatnya nampak je senang.. huhu

Here is this, resepi untk makan dua org je, ye lah berdua je dengan husband. hehe

Bahan-bahan:

*Utk kisar/tumbuk
3 ulas bawang merah (Anna guna bawang 1/2 holand sbb tu je ade kt rmh)
2 ulas bawang putih
1 ulas serai (dititik)

2 biji telur (kalau telur itik pun lagi sedap)
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat (dua2 ni Anna guna 250gram santan perah beli dekat Giant)
secubit serbuk kunyit
garam

Cara-cara:
(Bagi Anna, uols rebus dulu telur tu, bagi yang suka telur rebus bulat okay, bagi yang nak guna pecahkan dalam periuk, better buat dalam periuk berasingan) - my lesson learned untuk masak ni next time. Luckily hubby makan bersih taw! hehe.

1. Masukkan santan cair ke dalam periuk, kemudian masukkan bahan *utk kisar/tumbuk
2. Sambil menggunakan api perlahan dan kacau perlahan2 (jangan sampai pecah minyak)
3. Kemudian pecahkan telur, kacau perlahan2. (yg ni Anna maksudkan dekat statement atas tu, boleh bayangkan tak? kalau kacau telur tu hancurlah kan, so better rebus dalam periuk isi asing berasingan, hehe, Anna ikut resepi blog lain)
4. Bila dah mengelegak sikit, masukkan santan pekat dan kacau perlahan2 sampai mendidih. Siap!
*tambah daun sup masa letak dalam mangkuk
*kalau ada belimbing pun boleh..sedappp..

So good luck those who want to try cook this, especially, new comer wifey like me. haha

Jazakallah bil khair!
Anna




Happy 2016! eerrr i guess is not really damn too late! Hahaha

Assalamualaikum..
ahlan wah sahlan...

Ya Allah, rasa macam berkurun lamanya tak update blog!
Last was on September 2015.

And here I am! Lovely half career women and half business women. Oh! I must forget. Now, I am married. With the man that really pandai jaga I, and bukan I jaga diri sendiri dan jaga dia. We more to give and take.

Ok! September, Oktober, November, Disember 2015, January, February, March, April, May (oh stop! I am married) and currently June 2016) the holy month of fasting for Muslim. 8 months! haha

Well, the reason I should do blogger as wifey is......to wrote down all the recipe I have made and cooked for husband! hehe.

Okay, I guess see you around again! because right now I need to cook for sahur. And today's menu, Telur Ayam Masak Lemak Kuning. (it's because I'm run out of idea to cook and I forgot that no Sardin can I bought! Janji dengan husband nak masak sardine. hehe.

So, catch me later than!

xoxo
~Anna

Thursday, 24 September 2015

Finally! Cikgu Lesen Kajang The Best!

Assalamualaikum wbt

This post quite late actually...

Just got my P for B2 license..Alhamdulillah setelah 2 tahun lebih susah payah! Ini semua kerana Aaron..!! Ku gagahkan jugak! huhu^_^

Okaylah. Untuk jadikan post ni manfaat sikit, Anna nak share kat mana Anna buat lesen yang boleh Anna katakan a good place rather than the previous one.

After recovered from accident, i bought Aaron which is my hero my keunggulan my strength gittuuuwww, a scooter! What a dream come true! Well, had a dream to have a scooter back then 2005 which minah hiphop sgt masa dekat Ampang dulu. huhu^_^

So, here it is Anna recommended kalau sesiapa nak amik lesen area Kajang ni dekat cikgu Anna ni...

Ni bisness kad dia...

Ni Institut memandu nya lah..

Dekat Cikgu Hanif ni, dia byk pakej taw. So boleh datang kedai dia kat Saujana Impian atau contact dia.  A good teacher!

*Okay knp Anna ckp 2 tahun lebih? At first back then 2012 Anna buat dekat cikgu lain kdi dia dekat Bandar Kajang..x best servis dia..Anna ade lesen L B2 & D.. tp rezeki dari Allah kan.. pendek cerita, Anna pun accident (Kun Fa Ya Kun), one day before JPJ test kereta. Since that fobia nk riding and driving, and masa tu dengan sem akhir degree nya..thesis and so many many things.. i felt so kucar kacir hidup. Alhamdulillah...i am here now. Faced all the things... Once i decided to continue it back, JPJ dah tukar sistem baru, which is Anna nak sambung P tapi kena bayar daripada mulaaaa sekali..means bayar lagi sekali pakej tu.  Last sekali Anna decided to let it burn and go find a good teacher and start from the beginning.  This license journey..well Allah not simply give it to me, need to work hard even harder.  But now, Alhamdulillah..and me planning on D pulak. Wish me luck!

xoxo ~ Anna

Thursday, 17 September 2015

Kelak..

Assalamualaikum wbt

Dingin malam...
Ku cuba pejamkan mata..tapi fikiran jauh terbang...
Apa yang masih diingatan...?

Sering kali dia, dia yang muncul..
Wajah dan senyum masih jelas...
Senyuman yang manis dan bahagia..
Madah kata cinta masih terngiang..
Tatkala ku cuba lambungkan ingatan...
Ia pasti kembali padaku..

Dalam diam ku..
Ada rindu..
Dalam sepi..
Ada kamu..

Ku cuba..
Sekali lagi untuk berharap..
Atau kita punya impian yang sama?
Ada mungkin kali ini..
Yang terpasti?

Kamu pernah bermadah..
Jika kita niat yang baik...pasti yang baik jadi..

Semoga kita menemukan bahagia..

Kamu dan daku..
Sama2 pernah sakit kecewa..

Kita punya impian...impian yang sama..
Tidak terluah oleh kata..
Tapi dihati mungkin rasa..
Kita cuba menjadikan semua dalam kesabaran serta doa yang tak putus..
Untuk punya bahagia..

Ku ingin kita saling butuh..
Kamu bahagia ku..
Semoga kita bertemu..
Di janji Allah...
Sekarang, kini,
dan
kelak..

~Anna

Kembalilah.........

Rasa diri berdosa adalah satu tanda hati itu hidup. Rasa berdosa perlu selalu ada dalam diri kita yang bergelar hamba. Rasa berdosa tak perlu kenal jawatan, harta dan kekayaan mahupun amalan. Rasalah diri berdosa meskipun qiam tak tinggal, quran selalu ditangan, aurat dijaga rapi atau mulut petah bicara tentang Tuhan. Dosa kita ibarat buih di lautan, tak terkira banyaknya.
Rasa diri berdosa, tangisilah. Biar tumbuh rasa kesal di pasu hati. Biar hati disirami air mata kekesalan daripada kering tanpa penghayatan. 
Rasalah diri kerdil dan tak punya apa-apa kecuali kasih belasNya. Jangan kita hanya hebat di mata mereka bergelar manusia tapi sampah di mata Dia. Kerana yang kita mahu hanya redhaNya.
Ar-Rahman Ar-Rahim, Ya Ghafur Ya Alim. Tiada satu pun yang terlepas dari pengetahuanNya even setitis air mata yang jatuh ke pipi. Apatah lagi yang jatuh membanjiri. Kasihnya Dia pada kita buatkan kita masih terdiri menghadapi hari2. Peluang diberi silih berganti bagi mereka yang menyedari.
Wahai hati., tangisilah biar beribu kali.
Yakinlah rahmatNya itu luas meliputi benua langit dan bumi. Ikhlaskan dan sujudkan hati dalam doa dan solatmu.
Dan pada Dia urusan dikembali. Teruskan mencuba lagi dan terus mencari. Lumpur di badan harus dicuci biar setiap saat berlalu pergi.
Moga selamat di pengakhiran nanti ❤️