Cinta

"CINTA yang dibina bukan cinta kosong tapi cinta yang punya pengertian
cinta yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan JIWA yang bersih
yang SENTIASA MENCARI..... ALLAH"

Monday, 2 April 2012

Solat Dhuha (Mahligai di Syurga)

Assalamualaikum pada teman-teman semua yang masih setia membaca blogku,
Semoga berada dalam selimut rahmat Allah SWT.

Coretan kali ini tentang Solat Dhuha dan semoga bermanfaat untuk semua.
Kalau ikut pengalaman ana Solat Dhuha dikenalkan padaku oleh teman baikku, Amirul Shah.

Bismillahirahmanirahhim...
Hadis Rasulullah SAW yang berkaitan dengan Solat Dhuha,
antara lain adalah Hadis Riwayat At-Tarmizi yang bermaksud

"Sesiapa pun yang melakukan solat Dhuha, akan Allah mengampuni dosanya walaupun dosanya itu,
sebanyak buih dilautan."

Solat Dhuha adalah solat yang dilakukan oleh kaum Muslim pada waktu dhuha. 
Waktu dhuha itu adalah 7 hasta daripada terbitnya matahari.
Atau antara pukul 7 pagi hingga waktu Zuhur.
Jumlah rakaat dalam solat dhuha adalah 2, 4, 6, 8, atau 12 rakaat.
Dalam kesatuan dua rakaat sekali salam.

 Sesiapa yang mengerjakan solat sunat dhuha,

2 rakaat = orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah
4 rakaat = orang yang suka beribadat
6 rakaat = dicukupkan baginya hari tersebut
8 rakaat = orang yang selalu berbuat taat
12 rakaat = Allah akan membina baginya mahligai di dalam syurga

Rasulullah SAW biasanya memanjatkan sebuah doa selepas Solat Dhuha.
Doanya iaitu

"Ya Allah, jika rezekiku masih dilangit, maka turunkanlah,
jika masih dalam bumi maka keluarkanlah,
jika sukar maka permudahkanlah,
jika haram maka sucikanlah,
jika jauh maka dekatkanlah,
berkat waktu dhuha, keagunganMu,
keindahanMu, kekuatanMu, serta kekuasaanMu.
Limpahkanlah kepada kami segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba2Mu yang soleh."

 Selamat beramal teman2.

Saturday, 31 March 2012

Jazakumullah Seri Iskandar

Assalamualaikum WBT


Hari ini adalah hari terakhir ana berada di UiTM Seri Iskandar, Perak.
Hari ini juga pertemuan akhir antara teman-teman yang selalu bersama ana, ana bakal merindui mereka malah sangat-sangat merindui mereka.



Selama 5 semester di Seri Iskandar, Perak, semester yang paling best dan mengembirakan ana ialah pada semester 4.  Bagi siapa yang terlibat dalam semester 4 bersama-sama ana pasti tahu betapa saat itu ana sangat happy.  Lagi-lagi pada waktu celeb birthday ana, my 21st birthday <3 syg korg, terima kasih banyak-banyak pada yang bagi hadiah :)
dan...
Pada hari ini juga ana dengan berani demi Allah...
Itulah saat pertama kali ana berniqab di umum.  Malu sangat ramai pandang-pandang...tapi alhamdulillah...


Last but not least, jazakhAllah Seri Iskandar semoga kita bertemu lagi.

Kawan-kawan semoga kita bertemu ditempat yang diredhai Allah...insyAllah..amin.

Wednesday, 21 March 2012

Allah mengajarkan Anna tetap disini....

 Assalamualaikum wbt...

Buat diriku terutama dan dirimu,
Kita tidak akan bertemu dengan orang yang salah...
Mengenali seseorang adalah satu perkara yang baik...

Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah…
Untuk kita belajar sesuatu dan hikmah darinya..

Kesemua orang yang kita ketemu adalah stesen-stesen menuju jalan yang satu…
Untuk kita mengutip setiap hikmah dari setiap stesen yang kita lalui…
Semata-mata buat bekalan di dalam perjalan yang satu… menuju Illahi.

Terkadang di awal pertemuan kita akan banyak menemui salah faham, ketidak serasian, berkelahi, berlainan pendapat…
Namun, cuba kita nanyakan pada diri kita…mengapa kita dan dia begitu jauh sekali..??
Disitu sebenarnya, kita perlu berusaha untuk mencari titik persamaan.

Bukankah kita satu aqidah, satu kefahaman dan…
Satu cinta pada Allah….

Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita…
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita,
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan satu makna buat kita..

Pegang kata-kata ini dari Ibnu Attoilah
“tiada satu nafas pun yang keluar dari diri kita melainkan ada takdir Allah didalamnya.”

Justeru,
Masa akan mengambil alih, memberi peluang untuk kita mencari titik persamaan.
Kerna hakikatnya, kita punya hati yang satu, 
matlamat yang satu dan 
CINTA yang satu hanya kepada Allah SWT.
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, 
kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Itulah dia Allah.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

#maaf 
~Anna  Athirah

Thursday, 16 February 2012

Ada apa dengan mata??

Assalamualaikum wbt

untuk menjadi hebat,
kita perlu menundukkan pandangan
Pabila datangnya peluang terbentang di hadapan
samada kita sedang keseorangan atau bersama-sama rakan
bertindak SEGERA untuk tidak mengamati
kecantikan wanita itu,
dan mengalihkan pandanganmu dari nya sambil
beristighfar dan berdoa....

"Alhamdulillah Allah jaga mata dan hatiku agar tidak berlaku zina mata, zina hati...
Ya Allah, ampunilah dosaku, moga beri yang lebih baik bagiku."

Firman Allah, surah Al-Mulk : 12
"Sesungguhnya orang-orang yang takut pada Nya,
yang tidak nampak oleh mereka,
mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar."

hatimu pasti akan menjadi tenang..
bersyukur..
sekiranya menyedari dari usia muda,
sesungguhnya kamu beruntung saudara,
Allah suka pada hambaNya..
muda dan senantiasa meningati dan menjaga imannya
kamu tidak akan rugi saudara...

pesanku, kekalkan imanmu,
carilah kawan yang sentiasa mengingatkanmu padaNya.
Ingat!
Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah...

JazzakAllah...

~by Anna Athirah

ku simpan namanya di sudut hati....

Assalamualaikum wbt

entah bagaimana harus ku lakukan...
sering ku cuba...
namun tetap gagal...

wahai hati,
tetaplah beristiqomah....
sabar dan tabah...

biarlah waktu menentukan segalanya...
hanya pada Dia ku serah segalah...
yang pada Dia tempat ku meluahkan segala...

wahai Malaikat...
terima kasih...
saat ku sedih...
kau datang dan berdoa pada Allah...
agar diri  ini tidak sedih....

insyAllah...

Friday, 10 February 2012

Perasaan itu mengalir tanpa paksaan....

Assalamualaikum WBT

"meskipun ku cuba menjauhi perasaan itu...
perasaan itu tetap mengalir...
pelbagai cara ku lakukan..
untuk tidak membatasi rasa sayang..
sebagai temanmu..
atau sebagai kawan yang selalu membantuku...
pantas waktu berlalu tahun lamamya...
kita masih bersahabat..
namun perasaan itu datang kembali..
ana khuatir...
jika perasaan itu berlarutan...
pasti tidak akan dapat dibendung...
pabila rasa itu disimpan....
dikumpulkan...
dipendam sedalam mungkin...
lantas....
ana cuba menyedari hakikat,
berpijak diatas bumi yang nyata..
namun, saat kita lewati masa-masa kita bersama...
akan tercipta kenangan terindah antara kita...
memori yang tidak akan pernah terpadam dari kotak ingatan ku...

wahai adam...
ana harus bagaimana...???

(cont..)

Wednesday, 28 December 2011

Hari Pertunangan Ku

Assalamua'laikum wbt kwn2...
Alhamdulillah dapat juga menulis hari ini.
Lama tak update blog ni...
So, terimalah coretan ana untuk kali ini yang bertajuk.

Hari Pertunangan Ku <3

Suatu pagi yang tenang....

"Eh, Athirah mana???" tanya mama pada adik dan kakak yang senang rehat di ruang tamu.
"Mungkin dia di bilik" jawab adik. "Kenapa mama?," sambung kata adik.
Lalu mama menjawab "Hari ini Tira akan bertunang, sekejap lagi pihak lelaki akan datang dengan rombongan serta keluarga mereka."
"Apa????!!! bertunang?!" sentak adik, kaklong dan kakngah.
"Ya, Athirah akan bertunang pada hari ini. Kamu semua tolong mama kemas, hias rumah dan memasak hari ini ya." jawab mama dengan selamba dan berlalu naik ke tingkat atas rumah.
'Tok tok' bunyi pintu bilik diketuk.  Tangan mama terus mencapai tombol pintu dan memulas tombol untuk membuka pintu.
"Mama rupanya, terkejut Tira. Ada apa mama??" kata ana yang sedang duduk dimeja belajar.
Mama duduk di katil yang berhampiran, lalu berkata "Mari sini duduk sebelah mama, ada benda penting mama hendak kamu tahu."
"Ada apa mama?" tanya ana lagi.
"Hari ini hari penting, hari ini akan ada orang datang rumah kita, mama hendak kamu siapkan diri, pakai makeup dan kejap lagi mama bagi baju untuk kamu pakai." kata mama.
"Kalau orang datang rumah selalunya Tira akan tolong mama masak, kemas rumah tapi kenapa hari ini lain pula, Tira mama suruh pakai cantik-cantik? Ada apa-apa yang penting ke hari ini?' tanya ana yang dalam keadaan tidak jelas dengan kenyataa mama.
"Sebelum itu, mama minta maaf banyak-banyak pada Tira, mama tidak sempat untuk beritahu dan minta setuju dari Tira...tapi ketahuilah wahai anakku, inilah yang terbaik untukmu." kata mama dengan nada yang sayu.
"Mama, kenapa mama macam sebak...ada apa-apa terjadi ke?" tanya ana dalam keadaan yang melankolik.
"Sebenarnya anakku, hari ini akan datang satu rombongan dari sebuah keluarga...dan hari ini adalah hari pertunangan kamu, Athirah." kata mama sambil menatap mataku dengan penuh harapan.
"Apa..???? Tira bertunang hari ini? Athirah tak faham..mama bergurau dengan Tira ye..??? kata ana dengan nada terkejut kemudian beransur-ansur selamba. Seperti tidak percaya.
"Athirah, mama harap Tira dapat terima keputusan dan pilihan yang mama telah buat.  Mama setulusnya minta maaf kerana menetapkan jodoh ini." kata mama dengan penuh harapan sambil menatap wajahku yang sayu.
"Mama, Tira tak boleh terima..Tira tidak mengenali lelaki itu malahan tidak pernah berjumpa dan bersembang, mendengar suara dan melihat wajahnya, tidak tahu tahap agamanya." kata ana sambil menangis.
"Wahai anakku yang mama sayangi, ketahuilah pilihan mama ini baik untukmu di dunia dan di akhirat, insyAllah." balas mama sambil memujukku.
Sambil berlinangan airmata, ana terus memeluk mama. Tidak tergambar rasa kesedihan, perasaanku juga bercampur...apa yang harus dilakukan.
Mama melepaskan pelukanku, lalu bangun sambil berkata, "Mama pergi ambil persalinan yang pihak lelaki sudah berikan pada mama tempoh hari sewaktu merisik. Kamu bersiaplah bersihkan diri ya."
"Baik mama." balas ana.
'Derhakakah diriku? sekiranya diri ini membantah serta menolak permintaan ibuku, keputusan yang telah ibu berikan pada keluarga lelaki yang tidak dikenali, juga lelaki yang akan menjadi teman hidupku? Ya Allah, apakah ini sesuatu yang baik?' monolog ana sambil bersiap.
Setelah mama memberi baju padaku, mama terus turun bawah dan mengemas apa yang perlu.  Kakak dan adik juga menolong menyiapkan hidangan di dapur. Manakala ana sedang siap di bilik atas, dengan keadaan yang berlinangan airmata.

"Athirah sudah siap ke?" tanya kak ngah.
"Hampir siap, tetapi Tira tidak dapat nak makeup muka ni...Tira belum sedia hendak menjadi isteri dan mendirikan rumah tangga.  Kenapa harus Tira yang bertunang?" kata ana pada kakngah sambil teresak menangis.
"Athirah, kami adik-beradik lain tidak tahu-menahu pasal keputusan yang mama buat. Kami turut terkejut juga. Tapi Tira, kakngah yakin keputusan yang mama buat ini adalah terbaik." pujuk kakngah.
Lalu, kakngah mendandan diriku...mengenakan warna yang paling ana sukai, merah jambu.  Lelaki yang bakal ku tunangi juga seperti tahu warna kesukaanku.

"Assalamualaikum wbt...." kedengaran suara seorang wanita berumur memberi salam.
Adik berlari ke tingkat atas untuk memberitahu bahawa pihak lelaki telah sampai.  Mama pula bergegas ke muka pintu menyambut rombongan pihak lelaki.
"Wa'alaikumussalam wbt..akak, sampai juga. Jemput masuk semua." kata mama.
"Jemput duduk dulu ya. Senang tak cari rumah ni kak?" tanya mama pada bakal besannya.
"Alhamdulillah, Allah memudahkan perjalanan mungkin kerana kami membawa niat yang suci untuk menyatukan anak kita." kata bakal ibu mertuaku.
"Mana Athirah?" tanya bakal ibu mertuaku.

"Athirah, jomlah kita turun...semua sudah tunggu tu..sudah jangan menangis lagi, tak elok..kan sudah cantik ni, hari ini hari penting Tira, senyumlah adikku" kata kakngah.
'Ya Allah, semoga semua yang berlaku adalah baik untukku di dunia dan akhirat. amin'. monolog ana.
"Bismillahirahmanirahim.." ucapan bibirku sambil melangkah menurun tangga untuk ke ruang tamu.
Kakngah menemaniku turun tangga, lalu ana duduk pada bantal yang telah tersedia depan bakal ibu mertuaku.
Begitu cepat persiapan yang mama dan adik beradikku lakukan seperti sudah tahu majlis ini akan berlangsung, segalanya tersiap dengan rapi. Kerusi sofa diletakkan dekat dinding dan juga meja makan agar ruang tamu tengah kelihatan luas untuk meletakkan pelamin mini untukku.

"Athirah, cantik bakal menantu ibu." kata bakal ibu mertuaku yang telah mengelarkan ibu pada dirinya untukku panggil.
"Terima kasih ibu." balasku.
"Jadilah isteri dan menantu yang baik untuk anak ibu dan keluarga ibu." kata ibu sambil ana bersalam dan bercium tangan ibu. Setelah salam, lalu tanganku dipegang untuk ibu menyarung cincin.  Jatuh airmataku berlinang, namun harus ku hentikan bila mama meletakkan tangannya dibahuku.

Setelah itu, ana salam dan mencium tangan bakal ibu mertuaku.  Ibu terus memelukku seperti sebak juga, mungkin barangkali merasakan bahagia mendapatkan seorang menantu pilihan dirinya dan juga anaknya.
"Alhamdulillah..." kata ibu sambil mengucup dahiku.

Setelah itu, datang seorang lelaki memberi salam.  Mama menjemput lelaki tersebut masuk dan dia terus duduk sambil menghadap hantaran tunangan untukku dari dirinya.

"Athirah bangun duduk sebelah dia, nak ambil gambar kamu berdua ini." bisik kaklong.

Ana bangun tanpa rasa keberatan, melihat lelaki itu bersila di hadapan hantaran sambil memandangku yang menuju kearahnya.  Hatiku menjadi bahagia, dia seperti orang yang ku kenal.  Lalu kami duduk bersebelahan sambil menunduk kebawah. Masing-masing malu barangkali.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Eh, terangnya...ha?? ana mimpi ke??"
hehe....
Mimpi indah semalam lah....

Assalamualaikum kwn2..huhu..
Agak-agak teman2 baca sampai habis tak cerita ni?? panjang sangat kan..hehe... Inilah mimpi indah semalam. Maaf ya, buat suspen je kat korang.
*p/s : 
- gambar sumber google images..hehe...
- ini mimpi indah <3 yang macam real..insyAllah..
- mimpi ini diolah sedikit oleh ana untuk kesan yang lebih real =)


Wassalam by Anna Athirah 
x