Assalamualaikum WBT
Tidak
semua orang miliki ‘hadiah’ istimewa dari Allah….
Hadiah
paling bermakna dalam hidup seorang Muslim itu ialah hidayah.
Kerna...
Hidayah
yang akan membentuk seorang Muslim itu akan lebih dan sentiasa mengingati Allah.
Dan
beristiqomah dalam imannya.
Memang
benar seorang yang bergelar Muslim itu adalah beragama Islam.
Islam
satu-satunya agama Allah.
Tapi
apakah kita menjalankan semua suruhan Islam sepenuhnya?
Apakah
dengan kekurangan itu akan membuat kita sentiasa mencari Dia?
Apakah
cukup amalan kita dengan bergelar seorang Islam sahaja?
Apakah
cinta pada Islam kita itu sempurna?
Jika
kita bosan, apakah kita perlu lakukan untuk mengisi masa lapang kita?
Update
status facebook bahawa kita bosan?
Keluar
shopping sama teman-teman?
Bosan
melakukan kerja di pejabat?
Bosan
menghadiri kuliah?
Bosan
dengan rutin yang sama?
Hidayah
itu perlu kita cari...
Luangkanlah
masa kita untuk menambah keindahan langit dan pemandangan hidup kita.
Ketika
di perantauan, untuk menimba ilmu.
Saat
ini Allah menyeruku.
Allah
telah memberikan ‘hadiah’ yang paling berharga dan tidak akan pernah seseorang
dapat memberi ‘hadiah’ sebesar itu.
Dugaan
itu sangat besar bagiku, hingga mahu
saja ku putus asa dan berhenti dari bernafas.
“Allah
tidak akan menguji hamba-hambanya, melainkan dugaan itu mampu untuk
ditanggungnya.”
Ayat
itu lalu membuatku kuat.
Hari-hari
yang kutempuh seakan-akan pahit segalanya.
Tapi
jika ini jalan yang Allah beri untukku tempuh…
Ana
harus ikhlas….
Kerna
jika hidayah inilah yang akan menjamin akhiratku…
Ana
redha…
Ana
harus redha akan ketentuan ini…
Bawah
lindungan hidayah ini, ana tahu Allah sangat mencintaiku.
Hidayah Allah itu juga, bukan senang diperolehi,..
Cahaya hidayah...
Cahaya itu turun seperti air hujan...
Begitu banyaknya...
Begitu besar rahmatnya pada bumi..
pada makhluk ciptaan Allah..
Namun, adakah hidayah itu kita ambil atau kita endahkan??
(tetiba air mata turun lah pulak...airmata gembira taw kerana dekat dengan Dia..bukan cengeng taw..huhu^.^)
Apakah
matlamat mu?
Dimanakah
kesudahan kita?
Segalanya
kembali pada Allah.
Namun, kita hanyalah manusia biasa yang lemah dan tidak sempurna, doaku sentiasa mengiringi semua umat Rasulullah SAW dan sebagai khalifah Allah..carilah hidayah itu..penuhi hati-hati mu dengan cinta Nya..
Wallahua'lam..
Jaza khAllah bhil khair..